Thursday, December 6, 2012

"Dating" yang penuh Makna.

Alhamdulillah..

Rasa dah lama  tak mencoret rasa hati di sini..Syukur pada ALLAH.Saya teruja nak kongsikan pengalaman 3 hari 2 malam saya.

Alhamdulillah,sabtu lepas diizinkan ALLAH untuk saya menziarahi sahabat yang tercinta.Uniknya persahabatan kami terjalin melalui alam  maya iaitu Facebook.

Sungguh ukhuwwah itu manis.Saya mengambil peluang menziarahinya kerana suaminya khuruj 40 hari di Australia.

Saya jatuh hati..Jatuh hati  Pertamanya setelah usai solat isyak,majlis Taalim di rumah berlangsung.Seorang adik kepada sahabat membaca Fadhilat Amal.


Ini  kitabnya..Fadhilat Amal.


MasyaALLAH...sungguh membuat saya  jatuh hati.Maka setelah usai majlis taalim.Saya pun bersembang dengan sahabat mengenai majlis taalim ini.Beliau memberitahu bahawa kalau boleh cuba untuk menjalankan di rumah.Sekurang-kurangnya sekali seminggu.Jika berpeluang berumahtangga nanti.Amalkan dalam rumahtangga.Gilir-gilirkan membaca Fadhilat Amal bersama suami/isteri dan anak-anak.Banyak kelebihannya tau.Maka dengan ini,tengah duk kumpul2 duit nak beli kitab ini.Insyaallah.

Seterusnya buat kali kedua saya jatuh cinta lagi.Kali ini,saya dijamu dengan nasi dulang..hehehe.Kami makan nasi dalam dulang/talam.Seronok sunnah Nabi.Makan dalam dulang atas lantai.

Alhamdulillah,seronoknya..Inilah sedikit sebanyak perkongsian pengalaman..Banyak sangat jatuh cinta kali ini.(^_^)


Ku lihat senyuman di hati anak-anak..

Insyaallah,sehingga berjumpa lagi.

Wednesday, November 28, 2012

Pumpang..Pumpang!!!

Alhamdulillah..

Mari lazimi ucapan ALHAMDULILLAH dalam kehidupan..Nikmatnya tak terkata.(^_^)




-We Love Persaudaraan-


Friday, November 23, 2012

Terima kasih PALESTIN

Alhamdulillah..

  "Alhamdulillah genjatan senjata berlaku dan disambut begitu meriah sekali dan buat pertama kali kemenangan begini berlaku pada Palestine. Semua bersatu hati tanpa mengira parti samada Fatah atau Hamas. Sungguh terharu sambutan disini, kedengaran laungan azan, takbir dan laungan semangat daripada pemuda-pemuda Gaza."

Update status daripada Sani Araby Al-Kahery iaitu Sukarelawan Mapim Malaysia yang saya semalam mengembirakan saya.

Sujud syukur padaNYA..ALLAHU ALLAH..

Teruskan berdoa wahai saudaraku sekalian.Jangan putus-putus berdoa buat mereka.Teruskan menghulurkan bantuan buat mereka.Teruskan usaha boikot kita.

Teruskan semuanya.Moga usaha kecil-sekecil ini ALLAH kira dalam usaha kita membantu saudara seISlam kita di Palestin

Hari ini ofismate berkongsi tentang sesuatu.Sebenarnya situasinya tidak pernah saya alami maka agak sukar untuk saya menberikan cadangan untuk menyelesaikan masalahnya.


Alhamdulillah,saya cuba juga memberikan beberapa cadangan.

Baiklah tutup kisah tersebut.Hari  ini saya ingin berkongsi sesuatu.Pertamanya syukur kepada YANG MAHA AGUNG kerana menjentik hatiku mengambil pelajaran daripada kisah rakyat Palestin.




Terima kasih Palestin,

keranamu aku belajar erti sebenarnya syukur.
Mensyukuri apa yang telah Dia berikan
Memanfaatkan sebaiknya nikmat pemberianNYA


Terima kasih Palestin

keranamu aku bangkit andai disapa ujian cinta daripada Yang Maha Esa
kerana aku sedar kalian lebih berat ujiannya dibandingkan aku


Terima kasih Palestin

keranamu aku bertekad untuk sentiasa meletakkan ayat-ayat cinta ALLAH
Dalam segenap hatiku,jiwa ragaku


Terima kasih Palestin

keranamu aku belajar memantapkan tiang agamaku
Menyahut seruanNYa saat dipanggil
Menyegerakannya saat tiba waktu


Terima kasih Palestin

keranamu aku belajar menyebarkan bunga-bunga bahgia
Melemparkan seindah senyuman
Menyuburkan sunnah Rasul Junjungan



Terima kasih Palestin

keranamu mencelikkan mata hatiku
melawan nafsu amarahku
menyuntik semangat jiwaku
Mengajar kepadaku agar meletakkan ALLAH yang pertama dihati


Terima kasih Palestin

Terima kasih atas segala-galanya.





Sunday, November 4, 2012

Bakal disatukan..02.12.2012

Alhamdulillah..Syukur kepadaMu.

Insyaallah,tanggal 2 Disember 2012 bersamaan 18 muharam 1434H saya bakal disatukan dengan si dia..
Jeng..jeng..jeng


Buat suspens sikit..ok..ok.Al-maklumlah dah nak masuk musim cuti sekolah maka memang serasi dengan kenduri khwin a.k.a Walimatul Urus.




Tapi buat saya belum tiba masanya.Doakan untuk saya.Jom usaha jadi yang solehah dalam usaha bertemu yang soleh.Sebenarnya,insyaallah tanggal detik itu saya bakal memulakan Program Pembangunan Eksekutif selama dua bulan di Hotel Seri Malaysia,Mersing Johor dan seterusnya 6 bulandi syarikat yang terpilih.

Serius,saat menerima tawaran..Pelbagai rasa dirasai..Bercampur baur.Oleh itu,besar harapan saya pada kalian untuk "tembak" doa buat saya agar segala perjalanan program yang saya lalui dipermudahkan oleh Yang Maha Agung.

Terima kasih semua.Insyaallah,saya akan kongsikan detik-detik pengalaman berharga saya di sana.

Kehidupan esok penuh misteri.Hanya DIA yang mengetahui segalanya.Kita sebagai hamba teruskan berusaha melaluinya dengan sebaiknya andai diberikan peluang itu.

Kerana apa kita peru menghargai????

Kerana hidup kita di dunia hanya sekali  dan pastinya ALLAH tak menciptakan kita dengan sia-sia.Sudah dijelaskan dalam Al-Quranyang bermaksud “tidak ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku.

Ibadat itu luas maksudnya.Bukan sekadar solat lima waktu,membaca al-quran. Dan dengan kata mudah sesuatu yang ALLAH suka apabila  kita buat.

Maka,hargailah dan marilah kita berusaha untuk menjadi yang terbaik di mataNYA bukan di mata makhluk ciptaanNYA.

Insyaallah,moga bertemu di lain waktu..Wassalam.


Saturday, October 27, 2012

Anda dan saya adalah PEMANDU..(^_^)

Alhamdulillah..

Belum terlambat untuk mengucapkan Selamat hari raya Aidiladha buat semua umat Islam.Marilah bersama-sama kita hayati maksud yang tersirat di sebalik ini.

Baiklah,dengan seronok minggu ini cuti berderet daripada jumaat hingga ahad.Faktor ini sebenarnya akan menyebabkan segelintir pekerja berasa "malas" untuk turun bekerja di hari Isnin termasuklah insan yang menulis ini..Emm..ye ker????(^_^)

Pada minggu pertama saya mula bekerja,saya dengan slumber (baca : buat2 berani) meluahkan hasrat hati untuk berhenti kerja kepada emak saya.

Dan dengan tidak semena-menanya saya telah di "brainwash" (baca : cuci minda) oleh emak saya.

Dush..dush..dush..Apa alasan saya berhenti bekerja??Nak tau tak ???

Ringkas sahaja alasannya.Tapi alhamdulillah setelah hampir 3 minggu saya dah dapat menyesuaikan diri dengan suasana di pejabat.

Saya rasa Cukup indah ALLAH mahu titipkan pengajaran dalam hidup saya.Saya memperoleh pengajaran.

Pengajarannya adalah:

1. Sentiasa bersyukur dengan nikmat pemberian ALLAH

-Sepanjang saya menunggang motosikal pergi dan balik kerja,saya melihat beberapa pekerja asing
(baca: pekerja daripada luar negara) yang bekerja dalam sektor pembinaan.Hati disinggahi keinsafan.Mereka berpanasan di bawah terik untuk mencari rezeki.Sedangkan saya dingin dan selesa dengan air cond di pejabat.

Maka,nikmat mana yang ALLAH berikan yang engkau(baca : diri sendiri) ingin dustakan?

2.Sentiasa bersabar

-Dahulu semasa saya praktikal,seorang pegawai atasan di situ menitipkan nasihat penuh pengajaran buat saya.Katanya,apabila kita bergelar seorang pelajar,kita seperti seorang pelumba di litar.Jika strategi dan perancangan rapi telah diatur dan dengan latihan yang mantap,dengan mudah  kita akan mendapat gelaran "Juara Litar".Tapi,jika kita sudah bergelar seorang pekerja,kita bagaikan seorang pemandu di jalan raya.Pelbagai ragam yang bakal kita lalui andai kita memandu di jalan raya.Terdapat segelintir pengguna jalan raya yang degil tanpa mengikut undang-undang jalan raya.Kita perlu banyak bersabar dalam mengendalikan kenderaan yang kita pandu di jalan raya.Terkadang,apabila kita sudah berhati-hati di jalan raya,tetapi malang tak berbau.

Maka di sini,penting untuk kita membawa bersama-sama Allah di hati kita.Letakkan pergantungan seratus peratus pada ALLAH.Jangan lupakan ALLAH.Allah tak rugi andai kita lupakanNYA.Tapi kita yang muflis andai kita lupakan ALLAH.

Alhamdulillah,terima kasih YA ALLAH atas segala yang diberikan kepadaku ini.

Di sini saya ingin berkongsi kepada pembaca.marilah kita bersama-sama mengamalkan solat sunat Dhuha.Indah rasanya bila kita istiqamah untuk Dhuha.

Doakan saya dan juga kalian mampu istiqamah dalam menggapai redha ILAHI.

Insyaallah,moga ALLAH redha.








Wednesday, October 24, 2012

8 kali..

24 Oktober 2012

Hari ini ALLAH takdirkan untuk saya mendengar pengalaman seorang akak yang sudah  8 kali keguguran.Serta merta badan saya terasa lemah.Sungguh besar ujian yang diterimanya.Walau hakikatnya saya belum bergelar seorang isteri namun fitrahnya naluri seorang wanita berasa simpati atas segala yang dilaluinya.

ALLAH pilih kakak itu untuk mengalami 8 kali "kehilangan" permata hati yang dinanti.Bukan calang-calang insan yang dipilih oleh ALLAH untuk melalui semua ini.

Satu yang dapat saya kongsikan betapa akak ini REDHA akan segala ketentuan olehNYA.Menerimanya dengan hati yang tenang dan terbuka.Moga ALLAH jadikan hatiku redha dalam mendepani setiap ujianNYA.

Buat diri,ALLAH tahu yang terbaik buatmu.Ambil iktibar daripada luahan pengalaman berharga daripada kakak tersebut.Letakkan keyakinan 100% pada YANG MAHA AGUNG

ALLAH loves You(^_^)
credit to Google

Thursday, October 18, 2012

Pertemuan ini membuahkan Jawapan

Alhamdulillah..
Hari ini dengan rasminya cik selsema dan cik batuk "falling in love" dengan cik Lin (baca : peminjam blog Islam itu Indah).Ku pohon agar ianya mampu menjadi penghapus dosaku.
Kaku..tiada kata yang mampu diungkapkan saat ini.Sukar untuk saya ungkapkan apa perasaan yang saya alami sekarang..

Dan akhirnya,ALLAH pertemukan saya dengan kata-kata ini.

Terima kasih ya ALLAH atas pertemuan ini.


“Akak, camane nk buat kalau kita terjatuh cinta?”

Soal adik usrahku ketika  dalam perjalanan menghantarnya ke kolej, lewat malam semalam. Aku yang duduk di seat driver hanya tersenyum.

“ Kembalikanlah cinta itu kepada yang memberi rasa iaitu Allah. Insyaallah Dia akan tunjukkan cara. Yakinlah cinta adalah segala apa yang membawa kita kepada Allah. Selain daripanya hanyalah dusta.” Jawabku. 

Kata-kata di atas ku temui dalam sebuah blog.
Kata-kata yang di"bold" diatas seakan menyuntik hatiku.Terima kasih Ya ALLAH atas jawapanMU ini.

Friday, October 12, 2012

Cukup-cukup SuDah..

Alhamdulillah..

Pagi jumaat tadi dapat berita yang mengembirakan..alhamdulillah..permulaan yang baik.Jika rezekinya telah tertulis untukku bergelar seorang GURU,maka jadikanlah ia.

Insyaallah,minggu hadapan akan menghadiri ujian Mtest bagi pengambilan guru J-Qaf ambilan 2013.

Beberapa hari ini agak heboh di FB.Mungkin ada yang tahu mengenainya ataupun tidak.Gambar seorang doktor merangkap sukarelawan dalam program ke shelter haiwan di Johor bersama seekor anjing.

Banyak komen yang dibaca di Fb ttg gambar tersebut dan segelintirnya sangat mengutuk sekerasnya-kerasnya usaha sukarelawan ini mendekati anjing.

Dan saya,sebagai Pencinta haiwan cukup terguris dengan cacian dan kutukan kepada sukarelawan ini.

Dan saya begitu pelik dengan insan2 yang memberi kutukan dan cacian ini.

Bekata-kata sebelum mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

Ingat bahawasanya setiap makhluk yang ALLAH ciptakan punya fungsi masing2.

Fahamilah dahulu sesuatu perkara sebelum berkata dengan lebih lanjut tentangnya.

Tanamlah di dalam jiwa sifat saling menyayangi sebelm menyemai benih-benih kebencian di dalam diri.

Tiadalah ALLAH ciptakan sesuatu dengan sia-sia.Cukuplah wahai insan-insan yang begitu 'membenci' sebencinya haiwan yang bernama KuCInG dan anjing kerana mereka sudah pasti berada dalam gembira tanpa dihisab di sana nanti.

Namun kita,belum pasti kesudahan di sana,BAHGIA atau SENGSARA..

Cukuplah bersangka buruk pada seseorang.Semakin banyak sangkaan buruk kita pada seseorang menggambarkan sendiri akan keburukan diri kita.


Allah cipta kita dengan CANTIK sekali,maka hargailah KECANTIKAN ini.


Anak-anak bulus Ummi
saya gelarkan diri "Ummi" kpd anak-anak bulus kesayangan saya ini.
Gemok dan Debab

Thursday, October 11, 2012

Friday, September 14, 2012

Yang HaLaL

Dengan nama Allah..

Petang-petang begini.."blogwalking" ke blog sahabat..Dan ALLAH gerakkan hatiku untuk membaca coretan sahabatku jua merangkap roomate zaman belajar d UUM..(macam dh lama pula habis belajar)..Rasanya tak sampai setahun lagi.

Situasiku sama sepertinya..Lebih kurang sama.

Saya belum bekerja lagi..Kata orang,jangan memilih kerja..Saya kurang bersetuju tentang kata orang itu.

Saya perlu memilih kerja..

Perlu memilih yang HALAL..Dan halal bukan sekadar mendapat cop JAKIM tapi yang paling penting HALAL disisiNYA

Bukan makanan atau minuman kita sahaja yang perlu halal..Tapi urusan di dunia perlu juga "HALAL".

Setiap hari,boleh dikatakan saya meng"online" mencari peluang pekerjaan.Hampir tiap masa.Bukan tiada usaha saya mencari kerja..Tapi mungkin sesetengah orang diluar tidak mengetahui..

Segala macam website saya layari untuk mencari peluang pekerjaan..Dan saya yakin dengan ALLAH.

"Setiap anak ADAM sudah tertulis rezeki,jodoh,ajal maut,pertemuan untuknya.

Apa yang penting??.........KERJASAMA..oppsssssss..

Bukan sekadar kerjasama tetapi..

D- Doa
U-Usaha
I-Iltizam
T-Tawakal

Keempat-empat elemen itu penting dalam menggapai redha ALLAH.

Sepanjang proses "menanam anggur" di rumah ini.Saya banyak belajar ilmu rumahtangga.

Alhamdulillah,ianya amat berguna pada masa akan datang..Insyaallah.


Jauh merenung masa hadapan..(^_^)
Sentiasa ingat walau di mana bumi dipijak
Syariat ALLAH harus dijunjung.


Thursday, August 30, 2012

Tak pernah kecewakan Aku

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Dia tak pernah mengecewakanku
Tak pernah sama sekali
Hatiku disakiti dan  dilukai
Yang ada cuma bahgia 
Yang Dia berikan padaku
Yang sentiasa meminta dari Dia

Lalu untuk apa aku berduka
Untuk apa aku bersedih
Dan untuk apa aku bermuram durja
Kerna Dia sentiasa ada disisiku
Tidak mengira waktu
Tidak mengira saat suka mahupun senang
kerna Dia tahu aku amat memerlukanNYA

Cukup banyak dan terdaya
Untuk aku menghitung satu persatu
Setiap nikmat yang Dia berikan buatku
Sejak dari tertulisnya aku untuk Dia ciptakan
Sehingga akhirku nanti

Dialah penciptaku
Yang Maha Agung
Yang Maha Perkasa
Dan Maha Kaya dengan nikmatnya.

Dan kerna itu
Setiap detik yang dilalui dengan pinjaman nafas daripada DIA
Usah alpa dan leka
Dalam melafazkan kalimat cinta sebenar
pada Dia yang kekal selama-lamanya.







Saturday, August 25, 2012

JaNgan tunggu LaMa-LaMa

Jangan tunggu lama-lama,nanti lama-lama dia dikebas orang.Wah..siap nyanyi2 lagi.Opps..siap nyanyi-nyanyi lagi.

Sebelum melencong dan melalut tak tentu pasal maka eloklah saya terus ke mukadimah coretan hati saya kala petang yang dingin ini.

Baiklah,JaNgaN tunggu LaMa-Lama..

Buat sahabat pembaca..Jika hati dah tergerak untuk berhijrah ke arah kebaikan.Cepat-cepatlah realisasikan menjadi kenyataan.Usah hanya bermain di ruang legar otak fikiran.

Kerana apa???..Kerana itulah adalah sentuhan lembut daripada ALLAH buat hati kita yang dahagakan kebaikan.

Risau..Bimbang dan tak YAkin??

Buang jauh-jauh perasaan itu.Perasaan itu hanya menghanyutkan kita daripada terus alpa dalam melakukan kebaikan.

Lawan habis-habisan perasaan buruk itu.

Yakinlah dengan ALLAH YANG MAHA KUASA kerana ALLAH adalah pemilik hati setiap daripada kita.

Berani dan terus mengorak langkah untuk melakukan hijrah walaupun ianya memberikan sesuatu kelainan dalam diri kita.

Lain kerana telah berusaha untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih baik.

Beberapa orang adik(panggilan saya kepada mereka yang lebih muda daripada saya) telah menjengah ke inbox fb saya.

Ya,mereka nyatakan bahawa mereka ingin berubah ke arah yang lebih baik.Alhamdulillah,ALLAH lemparkan ilmu dalam menitipkan pesanan dan nasihat buat adik-adik yang ingin berubah ke arah kebaikan.

Antara pesan saya 

Usah berlengah andai hati sudah dirisik ALLAH untuk berhijrah,berhijrahlah keranaNYA pasti kalian akan bahgia dengan cintaNYA.Usah berlengah dalam berhijrah bimbang kita tidak diberikan kesempatan untuk bertemu dengan hari esok.

Maka hargailah cinta kasih ALLAH buat kita dalam menyentuh hati kita supaya
BERHIJRAH menjadi hamba ALLAH yang mentaati perintahNYA.

Ayuh!!!!


Friday, August 24, 2012

Sudah ku Temui..

Alhamdulillah..syukur Ya ALLAH.Terima kasih Ya ALLAH.Cepat benar doaku YANG MAHA PENGASIH makbulkan.

ALLAH sweeeeeeeeeeet sgt.Kalau minta dengan ALLAH,seronok sangat.

Sebentar tadi,saya telah temui dua ekor kucing saya yang telah dibuang oleh beberapa orang.

Ulang sekali lagi ..DIBUANG.Tak perlu saya nyatakan siapa yang membuangnya.

Cuma ucap syukur pada Yang Maha Esa kerna telah menemukan saya dengan kucing kesayangan.

Alkisahnya..apabila saya ketahui kucing saya telah dibuang..Saya buat muka 'comel2' untuk menahan sebak di dada.Beberapa minit kemudian masuk ke bilik,terus menangis.

Kemudian saya tekad untuk keluar mencari kucing saya dengan bertopi keledar ala2 motor sport punya topi keledar..Bawa beg sekolah zaman2 sekolah menengah dulu untuk diguna membawa kucing.

Kemudian saya pun tunggang motor.Hampir sejam setengah mencari.

Misi pertama GAGAL.............GAGAL...GAGAL tau..Saya balik tanpa rasa putus asa sebab terngiang2 di telinga ungkapan "JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH"

Saya balik untuk menunaikan solat zohor.Lepas solat saya berdoa pada ALLAH.

Ya ALLAH permudahkanlah pencarianku,pertemukan aku dengan kucing-kucing ku.Ya ALLAH sesungguhnya hanya padaMU aku memohon.
Perkenankanlah doaku.Amin

Lepas berdoa,saya bingkas bangun bersiap2.Saya tunggang motor.Hampir sejam mencari di bawah panahan mentari akhirnya ALLAH temukan saya dengan kucing saya.Tapi jumpa seeokor..Seekor lagi belum saya temui.Saya terus dukung Panjang(nama kucing saya),kemudian letak dalam beg.Saya terus "start" motor bawa balik rumah.

Kemudian saya keluar lagi mencari yang seekor,Debab namanya.Saya tanam dalam hati "Jangan berputus asa sambil itu berzikir memuji kebesaran ALLAH.

Letih menunggang motor,saya "park" motor di tepi jalan berhampiran dengan tempat kucing pertama yang saya temui.Saya berjalan menyusuri jalan dan akhirnya saya temui Debab di celah2 semak.Saya terus dukung Debab ke motor.Sebelum bawa Debab pulang,saya sujud syukur di tepi jalan itu.

ALLAH dah makbulkan doa Ummi wahai anak-anakku(saya bahasakan diri ummi pada kucing2-kucing yang saya bela).Adik perempuan saya pula MAMA.

Kemudian saya dengan membawa Debab pulang.Alhamdulillah.

Saya terus ingat kata-kata Papa Hero..kucing juga punya kehidupan.Mereka ingin kebahgiaan juga.(Ingat2 lupa saya kata2 PH tapi lebih kurang begitu bunyinya)

Terima kasih Papa Hero kerana menjadi antara insan2 yang membantu saya agar menyayangi kucing.

Sekian.



Wednesday, August 22, 2012

¬Ibrah 4o Hari¬

Ah..bosan..bosan..Tak habis2 asyik membebel..24 jam nak membebel.Dah takde keje lain agaknya.Jerit Faizal.

Dia bosan saat pulang ke rumah pada cuti semester.Ibunya tidak habis-habis membebel.Bebelannya membingitkan telinga Faizal.Kali ini dia tekad.Cuti semester yang akan datang dia tidak mahu kembali ke rumah.Dia mahu menghabiskan cuti semesternya di tempat lain.

Eh..dah dekat cuti ini..Engkau dh beli tiket balik kampung ke Faizal?Soal Rasyeed kepada Faizal.
Emm..aku tak beli pun.Cuti semester kali ini aku tak balik kampung.Balik rumah pun buat sesak nafas aku je.Mak aku memanjang bebel.Bingit telinga aku tau.Jelas Faizal panjang lebar.

Biaq betul hang?Awat lagu tu.Mak hang bebel sebab ade kot yang tak kena hang buat.Biasa la mak.Mak aku pun kadang membebel.Ulas Rasyeed

Tak ape la.Aku kali ini nak rasa juga cuti sem tak balik kampung.Dah la.Ko g la kemas barang-barang ko.Nanti tertinggal bas pula.Merasa ko cuti dengan aku di sini.Ketawa kecil Faizal

Ye la Faizal..Jawab Rasyeed.

Faizal melalui cuti-cuti semesternya di kampus.kampus bagaikan kampus "mati" saat cuti semester.Kebanyakan pelajar pulang ke kampung menghabiskan cuti.Melepas rindu dengan ahli keluarga.Lain pula bagi Faizal.Dia mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung.Walaubagaimanpun,d kampus itu tetap jua berpenghuni.Pelajar antarabangsa seperti Indonesia,Brunei,Jordan dan lain-lain tidak pulang ke negara mereka.Mereka turut menghabiskan cuti di kampus induk itu.

Bosan giler kat sini.Nasib baik la boleh online.Tak ade la giler aku jadinya.Monolog Faizal.

Petang itu,Faizal mengambil keputusan untuk ke padang bola berhampiran kolejnya.Ternampak kelibat beberapa orang pelajar asing sedang ligat bermain futsal.Faizal teringin menyertainya.Tapi keinginannya tiba-tiba mati.Dia tiba-tiba teringat akan mimpinya malam tadi.Sejak menghabiskan cuti hampir seminggu d kampus itu.Dia didatangi mimpi yang hampir sama saban malam.

Mimpi seseorang yang mendatanginya.Orang itu memintanya menuju ke sebuah kawasan.Namun kawasan yang dimaksudkan dalam mimpi itu tidak dapat dilihat dengan jelas.Faizal kebingungan.Lama Faizal termenung memikirkan mimpi yang dialaminya.Sayup-sayup suara azan berkumandang.Faizal tersedar daripada lamunannya.Hatinya tiba-tiba menjadi sayu dan hiba mendengar laungan azan daripada masjid universiti.Lantas Faizal bergerak pantas menuju ke masjid.

Ya,sudah lama aku tidak menjejakkan kakiku di rumahMU,Ya ALLAH.Aku malu padaMU,malu sangat padaMU.Aku lalai,Ya ALLAH.Pimpinlah hatiku.Ulas lembut hati Faizal

Faizal sudah sampai ke masjid.Lantas dia menuju ke bilik air untuk berwudhu.Usai berwudhu dia terus ke saf .
Amin ya rabbal alamin.Baiklah,kita ada sedikit jamuan di belakang.Ada hamba ALLAH sedekah.Jadi marilah jemput ke ruang makan.Jemput Imam masjid kepada semua jemaah.

Faizal masih tetap duduk.Titis air jernih membasahi pipinya.Sejak tadi dia merasakan dirinya bersalah pada YANG MAHA ESA.Dia menangis sepuas-puasnya menginsafi segala dosa-dosa lalunya.

Assalammualaikum..assalammualaikum saudara.ucap seorang jemaah kepada Faizal.

Faizal tidak segera menoleh.Dia mengesat saki baki air matanya.Namu Faizal tidak berjaya menyembunyikan  hibanya.

Waalaikumussalam.Jawab Faizal.

Maaf,kalau ana menganggu enta.Ana Uwais.Enta?..Em..saudara namanya??Ana lihat enta sedari tadi di sini.Enta ada apa-apa masalah ke?Tidak balik cuti semester?.Soal Uwais.

Lama Faizal diam terpaku sebelum menjawab persoalan yang diutarakan Uwais tadi.Beberapa minit kemudian Faizal bersedia menjawab persoalan itu.

Saya Faizal.Saya tak balik cuti semester kali ini.Saya bosan.Di rumah ibu asyik membebel sahaja.Saya nak kan ketenangan.Jadi,saya ambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung cuti semester ini.Ulas Faizal.

Alhamdulilah,Faizal masih punya ibu.Sebenarnya ibu Faizal sayangkan Faizal.Cuba Faizal hayati kembali bebelan ibu Faizal kepada Faizal.Saya pasti bebelan ibu kepada Faizal bukan bebelan kosong sahaja.Ucap Uwais dengan berhemah.

Faizal mengimbas kembali segala peristiwa yang lalu.Ada benarnya kata-kata Uwais.Selama ini,bebelan ibu kepada Faizal ada isinya.Faizal sahaja yang menutup pintu hatinya untuk memahami luahan ibunya.

Faizal tersedar daripada lamunannya.

Benar,Uwais.Saya yang selama ini gagal untuk memahaminya.Betapa berdosanya saya pada ibu.Saya menyesal.Allahu akbar.Luah Faizal

Alhamdulillah,Faizal masih punya masa dan waktu untuk berbakti pada ibu tercinta.Insyaallah.Hargailah ibu selagi masih di sisi kita.Syurga seorang anak terletak pada telapak kaki seorang ibu.Pesan Uwais kepada Faizal.

Terima kasih banyak2 Uwais.Awak tak pulang cuti semester ini?Soal Faizal

Tak,saya nak keluar 40 hari dengan jemaah.Insyaallah,esok bertolak.Jawab Uwais.

Keluar 40 hari??Keluar ke mana tu??Makan angin ke ???Soal Faizal kepada Uwais.

>>>>Bersambung,Insyaallah>>>>



Monday, August 20, 2012

Yang TERBAIK!!!

Ramadhan sudah pergi meninggalkan beberapa ketika yang lalu..Ramadhan kali ini tidak akan kembali kepada kita tetapi yang pasti beruntunglah buat sesiapa yang dipilih oleh Yang Maha Pengasih untuk melaluinya.

Sangat-sangat beruntung..Untungnya bukan seperti kita mendapat hadiah sebuah kereta apabila menang peraduan teka silang kata(dan macam2 lagi peraduan) tetapi beruntungnya apabila setiap ibadah yang kita laksanakan digandakan ganjaran olehNYA.

Selain itu,kita dapat bonus berganda-ganda pemberian YANG MAHA PEMURAH.Bukan bonus separuh gaji yang kakitangan awam dapat tu tau.

Menariknya bonus ini hanya kita dapat pada bulan yang dinamakan sebagai RAMADHAN.

Tidakkah merasa kita cukup BERUNTUNG kerana dipilih untuk merasai RAMADHAN kali ini??

Jom muhasabah bersama..

Saya dan kamu yang sedang membaca nukilan ini tidak dijanjikan YANG MAHA PENCIPTA dengan jaminan untuk dimasukkan syurga.Akan tetapi Rasulullah SAW yang dijamin ke syurga oleh ALLAH begitu gigih dalam mengabdikan diri kepada YANG MAHA SATU.

Maka,dengan itu ALLAH hadiahkan kita dengan satu bulan yang di dalamnya dipenuhi rahmat dan kasih sayang daripada ALLAH.

Dengan itu,kita sewajibnya menghargai kehadiran RAMADHAN dalam kehidupan kita.

Moga ALLAH terima amalan saya dan muslimin serta muslimat sekalian pada RAMADHAN kali ini.Amin

Moga ALLAH pilih saya dan kalian untuk bertemu dengan RAMADHAN yang akan datang.Amin

Moga kegigihan kita dalam menahan diri daripada melakukan kemungkaran kepada ALLAH,menjadikan AL-QURAN sebagai novel cinta dan pelbagai lagi amal kebaikan yang dilakukan sepanjang RAMADHAN yang lalu diteruskan pada bulan-bulan yang akan datang.

Marilah menjadi hamba ALLAH dan bukan hamba RAMADHAN.

HAMBA ALLAH sepanjang masa mentaati perintahNYA dan menjauhi laranganNYA.

Akhir kata,ayuh meriahkan hari-hari yang kita lalui setelah RAMADHAN dengan menjadi HAMBA ALLAH yang terbaik.(^_^)



Wednesday, August 8, 2012

Ku Ingin Melamarnya


Ayuh,kita muhasabahkan diri sejenak mengimbau segala yang telah kita lakukan 
di muka bumi pinjaman ALLAH buat kita

Sucikan hati..Ikhlaskan niat kerana memohon keredhaan Yang Maha Agung

Bulatkan tekad,laksanakan usahamu
agar Ramadhan kali ini mampu
melahirkan jati diri unggul buatmu




Ayuh,kita bersama-sama berusaha dalam

Melamarnya..

Melamar Lailatul Qadar


Friday, July 20, 2012

~Marhaban Ya Ramadhan~

Assalammualaikum

Alhamdulillah,syukur ke hadrat ALLAH SWT.Saat menaip ini sudah bergenang air mata.Sebak dan sangat terharu.Moga ALLAH sampaikan saya dan sahabat yang disayangi kerana ALLAH kepada bulan penuh barakah,Ramadhan.

Di kesempatan ini,saya Noor Azlen Binti Haron dengan rasa rendah hati ingin memohon ampun maaf andai sepanjang perkenalan dan ukhuwwah saya bersama kalian di facebook mahupun blog dengannya terdapat kata-kata saya yang menguris atau mengecilkan hati kalian semua.

Saya mohon ampun maaf,maaf zahir dan batin.

Di kesempatan yang ALLAH berikan ini juga,saya ingin mengucapkan

 SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

buat semua muslimin dan muslimat

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan Ramadhan dengan amalan ibadah dan seterusnya istiqamah dalam beramal hingga bulan seterusnya.

Akhir kata,

Marhaban Ya Ramadhan.





Wednesday, July 18, 2012

Hatiku milikMU

Andai hati ini boleh berkata-kata pasti orang disekeliling akan bersimpati kepadaku.Syukur kepada ALLAH kerana hanya DIA yang mengetahui isi hati hambaNYA.

Berat kakiku melangkah.Satu persatu anak tangga ku daki.Aku pasti,soalan 3 bulan lepas akan disoal kembali andai kakiku melangkah ke sini.

Soalan yang bisa membikin hatiku pilu dan bagaikan dirobek.Sebak di dada terasa.Aku menahan agar tidak gugur titik jernih membasahi pipiku.

Kata semangat ditiup untuk hati nan sedih..Sabar hati..masanya akan tiba.Benar,seringkali memujuk namun terkadang menitis jua akhirnya tanda meluahkan segala yang terpendam di hati.

Ya ALLAH,aku tahu Engkaulah Perancang terbaik buat diriku yang kerdil ini.YA ALLAH,Yang Maha Kuat,berikanlah daku kekuatan hati dalam menghadapi semua ini.


Thursday, July 12, 2012

Emm..Malunya..

Huh..selamat..Alhamdulillah.Kalau tak kena tunggu sejam lagi..Kata kak Azlen pada Jiha.

Hehe..Ahad lepas,dialog ini terpacul keluar daripada mulut pemilik blog ini.Ahad lepas buat ke 5 kali rasanya dalam hidup penulis selama 24 tahun hidup di muka bumi ALLAH ini,diberi peluang menaiki KTM..Rasa kelakar dan geli hati saat mengimbau kenangan itu.

Andai saya malu bertanya,sudah pasti saya akan sesat dan menuju ke stesen yang salah.

Benarlah kata pepatah,Malu bertanya sesat JALAN.

Bertanyalah pada yang arif.Namun ada juga ETIKA dalam bertanya.Usah bertanya berkenaan perkara yang LAGHA(sia-sia).

Selain itu,bila bertanya perlulah disusuli dengan adab -adab..Jangan main redah saje.

Islam datang dengan INDAHnya..Sebelum bertanya seeloknya bagi seorang Muslim adalah dengan memberi salam.

Dari Abdullah bin Mas’ud ra., ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, “‘As-salam’ adalah salah satu dari asma Allah yang diletakkan di bumi, maka sebarkan salam di antara kamu.” (HR. Bukhari)

Setelah memberi salam,maka mulalah dengan memperkenalkan diri serba ringkas.Sebagai contoh 

Saya Azlen,daripada Muar..Maaf menganggu..Nak tumpang bertanya..

Kemudian SENYUM

Lihat,kita sudah amalkan banyak sunnah Nabi saat kita bertanya.

Seronok kan..

Insyaallah sehingga berjumpa lagi

Di kesempatan ini  saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai selama saya "berblogging" di teratak ini ada hati-hati yang terguris dengan kata-kata saya.

Saya mohon dimaafkan atas kesilapan itu.



Akhir kata,

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK



Friday, June 29, 2012

Bila ada BF..eh...eh..FB la..

Alhamdulillah..Penat juga satu nikmat daripada ALLAH.Sememangnya penat sejak  awal bulan 6 ini.Sepanjang miggu terisi.Alhamdulillah.

Pergi kelas buat kek..Buat kuih..Apa lagi..??

Penat sampai krem kaki(betulkan ejaan)...Abah selalu tanya

Penat ke angah??

Jawapan skema anaknya(saya la tu)..Tak penat sgt.hehe

Selepas pembedahan tahun lalu,saya mudah mengah.I dont know why.(cakap omputih plak ye).

Baiklah,tutup cerita di atas...Dulu saya tak berapa tau sangat tentang FB.Tak nak buat pun sebenarnya tapi bila ada yang bertanya ditambah lagi dengan cerita bila ada fb senang nak cari kawan-kawan lama yang terputus khabar berita..Maka saya pun buat fb.(Putus..hhehe..saya anak seorang bekas tentera..maka tau2 ye..berhijrah ke sana dan ke mari)..sampai sekarang saya masih cuba mencari jiran saya yang merupakan kawan sekolah saya semasa di Kem.

Mula kekok juga,akhirnya tau juga caranya.Alhamdulillah,daripada FB ini juga dapat eratkan ukhuwwah antara muslimat.

Yang paling terkesan,ukhuwwah yang terjalin di maya ini direalisasikan di dunia nyata.

Saya berjumpa face to face dengan seorang sahabat yang pada mulanya hanya dikenali d fb.Seronok juga.

Bila ada FB juga,dapat juga ilmu dan manfaatnya.Alhamdulillah,dengan izin ALLAH,melalui FB saya telah 2 kali menyertai konvensyen anjuran IluvIslam sebagai volunteer.Hebahan mencari volunteer oleh IluvIslam d fb menyebabkan saya berpeluang untuk menyertainya.

Itulah,nak pesan kepada sahabat2 dan diri sendiri..Gunalah teknologi dengan sebaiknya.Jangan disalahgunakan.Padah menanti di sana nanti.

Bagaimana menggunakan dengan sebaiknya??

Bila kita rasa yang ianya boleh jadi "add value' untuk kita di SANA nanti.

Post gambar sambil muncungkn mulut(baca :tak menutup aurat)..Agak2 ada manfaat tak untuk dalam buku amalan kita untuk dibawa menghadap Ilahi nanti???

Jadi,fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu.

Ok,insyaallah jumpa lagi.


Adik sepupu saya,Azra Batrisya
Rindu kak Lin pada kamu:-)









Monday, June 25, 2012

Kongsilah denganNYA

Satu mesej masuk ke peti mesej saya minggu lalu..

tet..tet..tet..(Bunyi mesej masuk)..

Akak,saya dah dapat lesen..(Saya baca mesej ini dengan nada gembira)

Alhamdulillah,saya turut merasakan syukur dan gembira atas kejayaan adik ini mendapat lesen kereta.(akak yg menaip ini pun belum lagi ambil lesen memandu..Insyaallah,dalam tahun ini akan ambil)

Baiklah..step seterusnya,saya membalas mesej adik  itu dengan ucapan tahniah.

Baiklah,setiap kejayaan yang diperolehi sudah pasti diraikan dengan kegembiraan.

Tapi,kadangkala berlaku juga setiap kejayaan yang diperolehi hanya dipandang sepi oleh insan-insan disekeliling.Insan-insan yang dipercayai yang akan sekali meraikan kegembiraan itu bersama kita.

Usah bersedih andai itu terjadi..Tarik nafas..and SAY..ALHAMDULILLAH.Mari tetapkan niat segala kejayaan daripada DIA dan seharusnya mulakan berkongsi kejayaan dengan DIA.

Sujud syukur padaNYA atas kejayaan yang DIA berikan buat kita...Jangan bersedih,sebarkan kebahgiaan.
Berkongsilah kejayaan dengan YANG MAHA PEMBERI kejayaan.

Di kesempatan ini juga,saya ingin mengucapkan syukur dan tahniah atas kemenangan atas Dr Morsi.Alhamdulillah,syukur ke hadrat ALLAH SWT.

Sebak dan terharu menyelubungi diri.


 

TAKBIR!!!

ALLAHU AKBAR.


Thursday, June 21, 2012

~Syukur Box~

Assalammualaikum


Subhanallah..Lama sungguh rasanya tak update blog..Hari ini nak kongsikan sesuatu yang menarik untuk tatapan pelawat teratak ini.Terima kasih yang tak terhingga kepada kalian kerana sudi menjenguk teratak ana yang dhaif ini.


Segala teguran,nasihat dan sokongan dialu-alukan.Ok,kembali kepada topik utama..Ok,ready ya..nak kongsikan sesuatu..




Tadaaaaaaaa.....



~TERIMA KASIH kepada coach Maria Marzuki kerana sudi berkongsi di Konvensyen Super Parents anjuran iluvislam.com.~

p/s: caranya tulis di kertas kecil akan nikmat pemberian Allah yang harus kita syukuri.Kemudian,masukkan dalam "SYUKUR BOX".Setiap hujung minggu muhasabah kembali segala yang telah kita ISI di dalamnya.Subhanallah.
(^_^)

Ok,sampai di sini sahaja.Insyaallah jumpa lagi.Boleh buat ya sahabat-sahabatku..

Saturday, June 9, 2012

Menangislah



Menangislah..........Terima kasih Ya ALLAH.

Wednesday, May 30, 2012

Ayuh,BERUSAHALAH!!!

Alhamdulillah wa syukurillah..Allah berikan kesempatan untuk menyertai Konvensyen Bidadari Dunia dan konvensyen Super Parents.



Alhamdulillah,pelbagai pengalaman manis serta ilmu diperolehi.
Antaranya,di KBD,saya dapat ...Tak mampu untuk saya gambarkannya.Apa yang saya ingin katakan kepada sahabat-sahabatku yang bergelar HAWA bahawa berusahalah menjadi wanita yang berkeperibadian CANTIK.Ketahuilah kita cukup beruntung dipilih oleh ALLAH menjadi HAWA.

Dan kepada yang belum tiba masanya dianugerahkan "PEMIMPIN" oleh Allah seperti saya maka teruslah berusaha menjadi PEMIMPIN untuk diri sendiri dahulu.

Seterusnya di KSP,saya mendapat seribu satu pengisian yang bermanfaat.Juga ucapan khas ditujukan kepada yang belum tiba masanya dianugerahkan "PEMIMPIN" oleh Allah,terus berusaha mempersiapkan diri dengan ilmu dunia dan akhirat untuk menjadi seorang anak yang HEBAT kepada keluarga,isteri yang HEBAT kepada seorang SUAMI,ibu yang HEBAT kepada anak-anak dan akhirnya menjadi PEMIMPIN yang HEBAT kepada diri sendiri.

Jangan pernah berputus asa selagi ALLAH memberikan kita peluang.

~Saya ingin menjadi seorang menjadi seorang anak yang HEBAT kepada keluarga,isteri yang HEBAT kepada seorang SUAMI,ibu yang HEBAT kepada anak-anak dan akhirnya menjadi PEMIMPIN yang HEBAT kepada diri sendiri.Doakan saya.

Ayuh,BERUSAHALAH!!!

Thursday, May 24, 2012

Apa Ertinya??

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang

Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah.Dah lama tak melukis di dinding teratak ini.Nak kongsi sesuatu hari ini.Sebelum tu,sejak keluar statistik 2.5 juta penduduk berusia 25 tahun ke atas belum berkahwin..Rasa macam rancangan d tv bercerita ttg perkahwinan..Macam-macam tajuk.Sampai kadang terdetik dalam hati.. "Dah tak ada tajuk lain lagi nk cerita"..

Bukan menolak sebuah perkahwinan tapi ada lagi perkara penting yang perlu diambil berat.Terlalu banyak perkara lain yang boleh dibincang atau dikongsikan.Fikirkanlah dan renung2kan.

 Dalam masa sama,jangan lupa panjatkan doa.Jangan hanya bercerita ttg baitul muslim tapi usaha Hampeh tak der..Ini peringatan untuk yang menulis juga.. Insyaallah.

Dah,kali ini bukan nak cerita pasal "tawen-tawen" walaupun musim kompang berbunyi bakal bermula.Hari ini nak cerita tentang
"Erti sebuah KESYUKURAN"

Apa pengertian syukur dalam diri kita semua??

Saya tinggalkan soalan ini untuk kalian.



Bagi saya,andai kita semai benih-benih kesyukuran dalam hati,kita akan merasa cukup dalam setiap pemberian daripadaNya.Kita akan kurang mengeluh saat diuji olehNya malah sedar bahawa ujian itu tanda Allah sayangkan kita.

Mari kita muhasabah sama-sama..Antara kasih sayang Allah yang maha hebat buat kita dengan memilih saya,kamu,kamu,kamu dan semua untuk hidup di muka bumi Allah ini sebagai makhlukNya yang bernama

MANUSIA

Jadi,mari kita balas kasih sayang Allah dengan berusaha menjadi hamba yang bertaqwa kepadaNya.Allah bukan memandang pada hasil tapi usaha yang kita lakukan kerana usaha yang bersungguh pasti membuahkan hasil yang berguna pada kita.

Insan yang masih perlu perbanyakkan usaha,
~Wardah Addin~