Friday, February 11, 2011

ajaibnya DIRIMU

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah...masih dberi peluang utk menikmati kehidupan di BUMI ALLAH..Alhamdulillah hari ni brksmptn utk meng"update" blog.Sebenarnya nak update blog smlam tp dr pagi smpai ke malam brpeluang utk trlibat dalam 2 program yg brbeza..Ptg 2 free sikit..sikit je..tapi g bilik kwn wat tutorial mjahit tudung:-)Jahit sndiri lagi jimat:-)Trima kasih kpd kwn saya krn mgajar saya tnpa jemu..(Ruwaida nmnye).Alhamdulillah nnt boleh jahit sndiri tdg tnpa pgwsn drp ISO..(Cukup2)..Mula nak lari topik ni ...kalau wat karangan BM masa ting 5..rasanya kena reject..Lari drp topik:-)

Baiklah..trus kpd topik..Sebenarnya nak kongsikan bberapa ilmu n pngalamn yg menarik saya perolehi smlam.Semalam saya dan 2 org kwn brpeluang utk mjejakkan kaki ke Dewan Seminar Pusat Islam UUM kerana mghadiri ceramah.Yang menarik penceramah kali ini bukan calang-calang penceramah..Rasa terharu sgt krn brpeluang ke ceramah yg disampaikn oleh beliau.Beliau yg saya maksudkan ialah Dr Zulkifli Bin Muhammad Al Bakri.

 Rasanya ramai yg sudah yg mgenali yg beliau.Selalu juga djmput utk mnyampaikn ceramah sama ada dlm rncgn di TV1,Tv3 atau TV9.Semalam xdapat nak bw kamera sbb lupa cas bateri.Ini merupakan kali kedua beliau dtg ke UUM.

Tajuk ceramah yg beliau kupas semalam adalah Kupasan Kitab : IKTIBAR DAN HIKMAH MAULIDUR RASUL.Mmg suatu tajuk yg menarik.Dikupas lebih kurang 2jam.Tetapi sbnrnya masa yg dberikn itu ckp singkat untk mgupas ttg topik ini.Cukup meluas.Terlalu byk prkara yg boleh dikongsikan.


Jadi ini adalah serba sedikit perkongsian yg boleh saya kongsikan...Enjoy to read it.:-)

 Antaranya :

-Beliau menceritakan kpd kami ttg nasab keturunan NABI MUHAMMAD SAW.Sungguh mulia keturunan KEKASIH ALLAH..MUHAMMAD SAW.ALLAH memelihara nasab keturunan Nabi Muhammad SAW.

-Tarikh kelahiran NABI MUHAMMAD dipilih oleh YANG MAHA AGUNG iaitu bulan Rabiuawal.Rabiuawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman.Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab,sewaktu bulan rabiuawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka.Inilah sedikit sbyk ttg keunikan bulan Rabiuawal.

-Waktu kelahiran Rasulullah dipilih oleh ALLAH SWT iaitu di waktu fajar di mana waktu terbaik dalam kehidupan manusia yng pada masa ini iaitu waktu manusia hampir dengan ALLAH SWT.Waktu bermunajat kepada ALLAH SWT.Waktu yang paling tenang.

-Gelaran AL-AMIN yg diberikan kepada Rasulullah SAW bertepatan dengan akhlak Rasulullah.
"Pesanan drp Dr Zulkifli agar mmberikan nama anak sebaik-baiknya kerana nama itu adalah satu doa kpd seseorang" .Selain itu gelaran yg baik kpd sseorang juga penting kerana seringkali kita lihat masyarakat Melayu khususnya suka mgelarkn anak dgn tidak ada kena mgena dgn nama anak mereka.Macam-macam gelaran diberikan.

 -Nabi Muhammad adalah dipilih ALLAH utk mjadi yatim kerana mpunyai byk maksud yg tersurat dan  tersirat..Akhlak BAGINDA cukup indah.Banyak anak-anak yatim yg hebat sebagai contoh seperti Imam Syafie,Imam Abu Hanifah,Imam Al Bukhari dan termasuklah junjungan kita NABI MUHAMMAD SAW.

"Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat agung." (Al Qalam: 4)

"Pesan Dr Zulkifli agar masyarakat memuliakan anak-anak yatim.Jangan merendah-rendahkan anak yatim.Mengeksploitasi mereka dgn pelbagai cara."Jaga hati mereka."

-Dr Zulkifli juga menerangkan bahawa yatim membawa 3 pengertian iaitu :

 (i)yatim sesorang manusia apabila kematian Ayah.Tiada istilah yatim piatu..
(ii)yatim binatang kerana mati ibunya..Contoh yatim seekor anak lembu apabila ibunya(lembu betina mati)
 (iii)Yatim sekor burung apabila mati salah satunya..

-Akhlak terbahagi kepada tiga iaitu :
(i)tidak berakhlak
(ii)ada akhlak
(iii)mengakhlakkan

-Rasulullah SAW "duduk" atas akhlak maksudnya segala apa yang Rasulullah lakukan adalah akhlak.

 -Hati Rasullulah adalah untuk ALLAH SWT.

-Rasulullah berakhlk mulia antaranya sseorang yang pemurah,pemaaf,menepati janji,tabah,sabar dan banyak lagi(ini adalah antaranya...)-boleh baca ttg kisah Nabi Muhammad utk mgtahui lbh lanjut.

-seterusnya.ada lagi pesanan dripada Dr Zulkifli kepada semua hadirin yg hadir iaitu ILMU kalau tidak disertakan dengan perasaan TAKUT kepada ALLAh akan membawa kepada keburukan ke atas diri masing-masing.

Ini adalah serba sedikit yang dapat saya kongsikan.Khusyuk mendengar buti-butir kata yang disampaikan oleh Dr Zulkifli Muhammad Al-Bakri.Ini adalah serba sedikit yang dapat saya salin utk saya kongsikan.

-Sehingga itu,insyaallah dalam 2 3 hari ini saya akan "update" lagi blog saya mengenai 1 Cinta,Kekasih Awal dan Akhir yang akan dikupas oleh Al -fadil Syeikh Nuruddin Al Banjiri-antara tokoh yang disegani di Nusantara:-)

 -Moga saya diizinkan ALLAH SWT untuk menjejakkan kaki ke majlis ilmu trsebut pada 14 Februari 2011.

"ISLAM itu INDAH"
















Wednesday, February 9, 2011

MuHaSaBaH CiNtA

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...masih dbri pluang utk mncoret di sini.Kali ni saya xkan brbicara panjang..Ada beberapa kwn2 yg brtanya ttg LAGU yg sedang berputar di BLOG saya ini..Jadi Hari ni saya akn "post" lirik lagu ini.Lagu ini saya dgr di sebuah blog blogger dan liriknya saya hayati di blog seorang blogger lagi.Benar-benar menyentuh hati..

Sama-sama kita hayatinya.....

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


MUHASABAH CINTA-EDCOUCTIC


 Lirik Lagu diperolehi daripada website www.liriknasyid.com

Sekian terima kasih.

-ISLAM itu INDAH-

Sunday, February 6, 2011

I-S-T-I-K-H-A-R-A-H

Bismillahirrahmannirrahim...

أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Sengaja aku mengerjakan solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala"


Setelah selesai solat dua rakaat,maka bacalah doa ini:
     
"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kekuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.

    Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........................... baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya.

      Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian redhakanlah hatiku dengan takdirMu itu." 

-MOGA SEGALANYA BERHASIL..INSYAALLAH. 

-ISLAM itu INDAH-

Saturday, February 5, 2011

S_Y_U_K_U_R_

Bismillahirrahmanirrahim..

Subahanallah.Alhamdulillah.Allahu akbar. Sungguh tak menyangka..Mmg xsangka..Saya diberikan kata-kata sokongan dan dorongan utk trus mencoret di lembaran blog ini.Pelbagai kata2 sokongan dan dorongan yg sy trima baru2 ini.Mmg tidak menyangka sama sekali.Di kesempatan ini,ingin saya ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA kepada kalian semua kerana memberi sokongan dan dorongan untuk saya agar tanpa rasa jemu untuk berkongsi ilmu dan pengalaman di sini.Paling terharu bila ditanya dengan saya bila agaknya "post" baru akan menyusul.Subahanallah.Semoga apa yang saya kongsikan ini mampu memberi manfaat kepada kalian semua.Insyaallah.

Alhamdulillah di pagi sabtu yg indah ini..Syukur alhamdulillah.Hari ni saya tertarik nak berbicara tentang "SYUKUR".Apa itu "SYUKUR"???Tengah wat ape 2 semua???Nak cari kamus Dewan Bahasa cari maknanya??Tak pun Google Translate.:-)

Bagi saya,SYUKUR itu adalah suatu perasaan yang indah yang tidak dapat ditafsirkan melalui kata-kata.Suatu perasaan bila mana kita sendiri yang merasai kesannya..Saat kita memuji kepadaNYA dengan segala yang dikurniakn.Anda pula BAGAIMANA??

Hiba sangat kali ini, saya tak berkesempatan untuk pulang bercuti semester di kampung.Bertemu mak abah,abang dan adik-adik saya.Tapi saya harus bersyukur juga sebab ALLAH bagi ILHAM pada hambaNYA untuk menciptakan teknologi.Dengan teknologi yang ada,saya dapat menghubungi abah dan mak di kampung..Bertanyakan khabar mereka di sana.Terubat sedikit kerinduan di hati.Maka kita perlu "SYUKUR" atas nikmat yang ALLAH SWT kurniakan itu.

Tapi..Tapi....Tapi..............................................

 Adakah kita hanya patut bersyukur dengan nikmat yang ALLAH kurniakan??Pelbagai nikmat yang Allah kurniakan pada kita..Tidak terbilang akan nikmat YANG MAHA PENGASIH anugerahkan pada kita semua.Cuba renungkan dan muhasabah diri akan nikmat yang ALLAH kurniakn pada kita.Moga kita tidak jemu untuk mengucapkan ALHAMDULILLAH..syukur atas nikmat yang ALLAH SWT kurniakan pada kita semua.

 Jangan pula kita ucapkan SYUKUR saat ALLAH kurniakan kita dengan pelbagai nikmat sahaja.Tapi bila ALLAH bagi kita kesakitan,kesusahan,kesukaran dan kesempitan.Kita mengeluh..Bermuram durja..Ahhh...kenapa semua jadi pada aku.????.Apakah salah aku???Apakah dosa aku??Itu mungkin keluhan dan persoalan yang terbit saat kita ditimpa DUGAAN oleh YANG MAHA MENGETAHUI segala-galanya.

Buat diriku yang naif ini dan ikhlas untuk semua...Pesanan yang tulus ikhlas buat diriku sendiri dan saudara-saudariku yang dikasihi..UCAPLAH SYUKUR bila mana ALLAH kurniakan kita UJIAN dan DUGAAN kerana saat itu adalah saat ALLAH memandang kita..DIA ingin menguji kita sebagai HAMBAnya agar sentiasa memohon padaNYA...mengharapkan hanya padaNYA.Mohon agar kita dikurniakan kekuatan untuk menghadapi setiap ujian yang ALLAH kurniakan pada kita.

Boleh jadi,sebahagian nikmat yang ALLAH kurniakn untuk kita adalah UJIAN untuk menguji ketaatan kita padaNYA..Kerana setiap yang dianugerahkan itu adalah pinjaman semata-mata.BUKAN MILIK KITA tapi milik MUTLAK Yang Maha Agung.

 MUHASABAH diri...SYUKUR akan setiap yang ALLAH kurniakan pada kita.

"ISLAM itu INDAH"