Monday, March 28, 2011

SYUKUR dengann nikmatNYA

Bismillahirrahmannirrahim..

 Alhamdulillah syukur ke hadrat Yang Maha ESA kerana telah memberikan jari jemariku kekuatan untuk mencoret sebuah warkah di teratak ku ini..Nikmat yang DIA kurniakan sungguh tidak terhingga sekali.Kali ini di suasana dan tempat yang berbeza..Buat pertama kali meng "update" blog di luar kawasan bilikku..Di mana??Di dalam lingkungan BUMI SINTOK nan indah ini juga..

 Damainya suasana hari ini.Dengan cuaca yang redup...Angin sepoi-sepoi bahasa melagukan ketenangan..NIKMAT..satu lagi nikmat yang DIA berikan padaku.NIKMAT merasai dan melihat keindahan alam ciptaan ALLAH YANG MAHA AGUNG.Ucaplah ALHAMDULILLAH tanda syukur kita padaNYA.

 Warkah kali ini ku coret kerana ingin berkongsi ceritera..Ucapan jutaan terima kasih buat seorang insan yang telah menyedarkan saya akan betapa kita perlu sentiasa mensyukuri NIKMAT kurniaanNYA.Kenapa kita perlu bersyukur atas NIKMAT kurniaanNYA???Saya pasti semua mengetahui jawapan di sebalik persoalan ini.Saya ingin kalian mencari akan jawapannya.Tapi apa yang saya pasti... Kerana kita milik DIA yang abadi...

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

 Tidak ada kita punya
  Kita hanya mengusahakan saja
  Apa yang kita dapat
  Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

   Mana kita punya
  Tidak ada kepunyaan kita
  Kita hanya mengusahakan
  Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

  Patut bersyukur kepada Allah
  Yang memberi segalanya
  Malulah kepada Allah
  Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

  Janganlah mengungkit
  Mengungkit jasa kita
  Jasa kita di sisi-Nya
  Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

  Gunakanlah nikmat Allah itu
  Untuk khidmat kepada-Nya
  Selepas itu lupakan saja
  Agar tidak mengungkit-ungkitnya

(Rabbani "Mana MILIK Kita")

 Firman Allah s.w.t.:

Katakanlah: "Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi." Katakanlah: "Kepunyaan Allah." (Surah Al-An'am: 12)



Hayatilah bait bait lagu ini sedalam-dalamnya.. Kita semua milik DIA...Semua makhluk milik MUTLAK YANG MAHA AGUNG.

 Sekelip mata sahaja dan bila-bila masa sahaja..segala milik DIA akan DIA ambil...Bayangkan????Nikmat penglihatan yang dikurniakan diambil olehNYA dalam sekelip mata maka gelaplah dunia kita...Berduka kita ke akhir hayat...Tiada lagi tangisan yang mampu dititiskan....

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Jika Allah s.w.t kasih kepada seseorang hamba maka diuji-Nya dengan bala, jika dia sabar, dipilih-Nya, dan jika dia reda diistimewakan-Nya".

Oleh itu,jangan berduka kalian andai kita diuji olehNYA..Tetapi bersyukur kepadaNYA andai DIA masih lagi memberikan kita peluang untuk merasai NIKMAT kurniaanNYA.

Maka seharusnya kita sebagai hambaNYA usah alpa untuk mensyukuri segala NIKMAT kurniaanNYA.Untuk ingatan diri ini yang punya banyak kelemahan dan kepada sahabat-sahabatku..saudara dan saudari seagamaku...Ayuh,ucapkan ALHAMDULILLAH setiap detik dengan NIKMAT yang dikurniakan oleh YANG MAHA PENGASIH dan PENYAYANG.

Akhir kata,andai coretan di teratak daku kali ini mengguris hati kalian,daku ingin memohon sejuta kemaafan.Sesungguhnya setiap kelemahan dan kekurangan itu datangnya daripada diri saya dan segala kebaikan datangnya daripada YANG MAHA PENGASIH.

-ISLAM itu INDAH-


Saturday, March 19, 2011

dah 2x MENGHADIRINYA...


Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari...

 Sedihnya...sebenarnya..dah nak abis saya taip dan upload gambar2 utk entry terbaru kali ini..Tapi apakan daya..semuanya "ter" delete dalam sekelip mata...Dan akhirnya saya terpaksa redo semula.Sabar separuh daripada IMAN.

Penat..:-(..Kena berlari jap tadi ke ground floor angkat jemuran.Jemur kat bawah tapi duk di tingkat dua.Hehe..Gerimis tadi..Harap-harap tak hujan lebat petang nanti sebab ada plan ngan roomate nak g berbasikal..Exercise..:-)..

Insyaallah malam nanti nak ke Dewan Seminar Pusat Islam UUM...nak dengar ceramah yang bertajuk "WARKAH CINTA HARUMAN SYURGA" yang akan dikupas oleh Ustaz Hizbur Rahman (salah seorang finalis IMAM MUDA musim yang lalu).Moga ALLAH permudahkan langkah saya ke sana nanti.Amin..Insyaallah kalau berpeluang ke sana nanti,saya akan kongsikan ttg tajuk ini pada entry akan datang.

Sebenarnya,hari ini nak ceritakan serba sedikit tentang pengalaman saya dan kawan-kawan yang berpeluang menghadiri KURSUS PRA PERKAHWINAN pada 26 Februari 2011.Yang menariknya,peserta kursus kali ini kebanyakan terdiri daripada siswa dan siswi UUM.Mungkin disebabkan penganjurnya merupakan salah seorang pensyarah di UUM,jadi penyertaan yang diterima daripada siswa dan siswi UUM amat memberangsangkan.Rombongan kami dari UUM kalau xsilap saya sebanyak 3 buah bas ke Masjid As-Syahab,Kepala Batas Kedah di mana tempat berlangsungnya kursus ini.





Ustaz Bashir(Pensyarah Subjek Seminar Muamalat saya dan kawan2..selaku penceramah dlm slot yg terakhir)seronok hadiri kelas beliau
Foto-foto di atas merupakan antara penceramah dalam Kursus Pra Perkahwinan..Slot yg paling "menakutkan" slot Penjagaan Kesihatan brsama Puan Siah..(tiada dalam gambar)

 


Antara slot dalam kursus tersebut..gambar utk slot lain segan nak ambik..duk kat barisan depan..bila ada peluang..penceramah x perasan..baru boleh snap gmbr slide 2...hehe..


Ruang solat muslimat di tingkat atas

Ruang solat muslimin



Masyaallah..indahnya pemandangan sekitar Masjid As-Syahab...lagi indah bila malam menjelma..

Buku yang dibeli semasa kursus tersebut..hanya di jual dalam kursus.Tiada dalam pasaran:-)




Sijil yang saya dapat semasa hadiri kursus buat pertama kali di Sarawak..Sijil utk kursus utk kali kedua ini  tak dapat lagi.

Agaknya ada yang terkejut tak????hehe..saya dah pun menghadiri kursus Pra Perkahwinan ini buat kali kedua sepanjang berusia 23 tahun.Pertama di Sarawak dan yang kedua di Kedah.Tapi saya belum berumahtangga lagi.Bagi saya,saya hadirkan diri untuk kursus ini adalah untuk menambah ilmu dan pengalaman.Nak buang "mind set" sesetengah individu zaman la ni..(loghat utara dah keluaq..hehe)..bila dah dekat2 nak kahwin..baru  hadiri kursus ini.Saya bertambah2 risau bila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKIM iaitu setiap 15 minit satu pasangan bercerai.Isu ini telah turut dibincangkan dalam kelas Strategic Management saya pada khamis yang lepas.

Ustaz Zabidi selaku Pengerusi Majlis dengan nada bergurau meminta kami setelah dapat sijil kursus nanti,pusing2 satu kampus dengan bangga tunjuk sijil bahawa kami semua dah boleh kahwin..Hehe..Berderai ketawa kami setelah mendengarnya.
 

 Maka dengan ini TAMAT ceritera saya buat kali ini.Nak tahu lebih lanjut tentang kursus ini..anda semua kena menghadirinya:-)Hari ini dah hari sabtu..sebenarnya saya nak "publish" post ini semalam tapi tak berkesempatan kerana belum selesai.Alhamdulillah,saya diizinkan olehNYA hari ini untuk "publish' post yg trbaru saya pada hari ini.Semalam juga saya berkesempatan utk berbasikal bersama-sama kawan2 dan berpeluang menjejakkan kaki ke Pusat Islam UUM untuk menghadiri MAJLIS  ILMU.Alhamdulillah syukur ke hadrat YANG MAHA ESA kerana memudahkan langkah saya ke majlis tersebut.Insyaallah,saya akan kongsikan ilmu yang saya dapat dalam ceramah tersebut pada akan datang.

Sehingga ke temu lagi...Insyaallah.

-ISLAM itu INDAH-
tinta hati :

entry ini dah lama disimpan..sebelum jadi "pekasam"
jadi ana post hari ini.
Moga beroleh manfaat:-)