Sunday, May 29, 2011

3-0..tiga kosong..




Bismillah..

3 0?


Apa dia tentang tiga kosong ni Zam?

Keputusan perlawanan bola ke?

Oh, bukanlah.. kalau nak tahu, baca dan hayatilah post ni sampai ke noktah terakhir.. ;)

Ianya sangat penting sepenting mewujudkan keharmonian menyeluruh di dunia, bukan seperti keputusan perlawanan bola yang tiada faedah lagi sia-sia itu..

Telah zahir pada kita bahawa insan, masyarakat dan dunia kini mengalami kemerosotan dahsyat dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada dari segi agama, budaya, moral, sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.

Di negara tumpahnya darah kita contohnya, masalah politik yang tidak stabil seolah-olah memberi jalan yang luas untuk jenayah bermaharajalela yang kini kian meruncing dan sangat sukar untuk dibendung di samping masalah gejala sosial yang sangat parah untuk dipulihkan..Moral para remaja makin lama makin runtuh, jauh dari yang digariskan dalam agama..


Itu belum lagi kita lihat negara-negara lain, macam-macam keparahan berlaku, bahkan ada yang lebih dahsyat.. Lihat saja apa yang berlaku di Libya.. =((

Erk... Zam, jadi apa kena mengena apa yang kau cakap ni dengan 'Tiga Kosong' tadi?


Oh ya..okay, straight to the point..sebenarnya saya terfikir tentang 3 masalah utama manusia yang menjadi punca masalah negatif, kejahatan, kepincangan dan kerosakan di dunia ini.






Ada tiga kekosongan yang apabila wujud dalam diri, kita sebagai manusia sering kecundang :

Kosong Perut

Kosong yang pertama adalah kosong perut.

Oleh kerana makanan dan minuman merupakan keperluan asas manusia yang utama, kita mesti berusaha untuk mencarinya dan mendapatkannya untuk hidup. Itulah fitrah manusia.

 
Makan untuk hidup. Tetapi bukan hidup untuk makan.

Demi makanan, apabila perut kosong, manusia sanggup buat apa sahaja untuk hidup. Ada yang menggunakan cara yang halal dan ada juga yang haram.Jadi, tidak mustahil seseorang yang perut kosong dan tidak berkemampuan sanggup mencuri, merompak, membunuh malah ada juga yang sanggup murtad asalkan dapat mengisi perut mereka..Wal’iyazubillah..

Hanya kerana kosong perut seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja. Jenayah kecil atau besar, halal atau haram tidak menjadi masalah asalkan dapat mengisi perut..
Sebab itu banyaknya suruhan-suruhan agama yang menuntut kita untuk berusaha mencari rezeki agar perut kita sentiasa terisi dengan cara yang halal disamping tidak kurang juga galakan agama untuk kita membantu golongan yang memerlukan, semuanya demi menjaga keharmonian dunia.

Bahkan Rasulullah sendiri berdoa memohon perlindungan dari kelaparan dan kekosongan perut:

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kelaparan, kerana sesungguhnya kelaparan itu seburuk-buruk teman berbaring, dan aku memohon perlindungan kepadaMu dari khianat, karena sesungguhnya khianat itu seburuk-buruk teman”. (HR Abu Dawud dan Ibnu Majah)






So, disamping berdoa memohon perlidungan dari kelaparan, pastikan juga kita dan orang sekeliling kita terisi perutnya dengan cara yang halal..


Bagaimana pula tentang ada juga yang terisi perutnya, tetapi masih terbabas di dalam kerosakan hidup?

 
Ya, mungkin dia mengalami kekosongan yang kedua..


Kosong Wang

Seperti juga kes kekosongan perut, setiap insan bila ketiadaan wang, segala jenis kejahatan boleh tercetus untuk dilakukan demi wang.. Melacur, menipu, meragut, merompak dan pelbagai perkara negatif boleh berlaku. Wang seolah-olah sumber kehidupan manusia moden kerana tanpa wang, tiadalah makanan dan keperluan asas yang lain dan tanpa semuanya itu, tiadalah kehidupan boleh bertahan..

Lihat saja golongan faqir miskin dan yang tidak berkemampuan, ada di kalangan mereka yang terpaksa berhutang, mengemis, menipu dan sebagainya. Lalu berlakulah penipuan, pembelasahan dan pembunuhan apabila mereka tidak membayar hutang yang mana kemudiannya menyebabkan mereka sanggup lakukan apa saja demi melangsaikannya dan akhirnya hidupnya menjadi tak tentu arah seolah-olah mereka hidup demi melangsaikan hutang kerana takut nyawa melayang..






Sebab itu Rasulullah sendiri memohon perlindungan dari perhutangan dan kefakiran:
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kekafiran dan kefakiran dan azab kubur”. (Hadits Sahih atas syarat Muslim dikeluarkan oleh Imam Ahmad)

Dari Aisyah ra.: Bahawa Rasulullah saw. dalam solatnya berdoa:

"Ya Allah. Sesungguhnya aku mohon perlindungan kepadaMu dari siksa kubur. Aku mohon perlindungan kepadaMu dari fitnah Al masih Dajjal. Aku mohon perlindungan kepadaMu dari fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku mohon perlindungan kepadaMu dari dosa dan hutang.

Seseorang berkata kepada baginda: Betapa seringnya Anda memohon perlindungan dari beban hutang ya Rasulullah. Rasulullah menjawab: "Sesungguhnya, seseorang bila hutang, maka dia berbicara lalu bohong"...
 Namun, dengan banyaknya wang juga, seseorang itu boleh tersungkur. Fitnah boleh datang melalui kekayaan harta benda..

 “Money is everything sayang!” Kata Maher kepada isterinya.
“No. Why is that? Abang can't purchase heaven with your money nor any of your property can you?” Sanggah isterinya.

Kadang kala manusia berlumba-lumba mencari wang hingga haloba menguasai dirinya, lalu mengaburi tujuan hidupnya, lupa pada tanggungjawabnya sebagai hamba dan akhirnya lupa pada Tuhan. Sampai satu tahap, wang dianggapnya Tuhan..

Ya, bukan wang yang menjamin kebahagiaan kita. Hidup ini tidak percuma. Kita perlu bayar setiap nafas yang Allah beri, segala nikmat yang Tuhan beri. Tapi bukan dengan wang, sebaliknya dengan amal ibadah..Kita hanya mendapatkan wang demi keperluan dalam kehidupan, tidak perlu menjadi terlalu kaya, tidak perlu juga menjadi terlalu miskin. Kita perlu hidup dengan sederhana dan berpada-pada. Begitulah sunnah yang ditunjuk Rasulullah.

Rasulullah S.A.W ada berdoa:

Ya Allah, sesungguh-nya aku memohon perlindungan kepadaMu daripada fitnah neraka dan azab neraka, dan daripada fitnah kubur dan azab kubur, dan daripada kejahatan fitnah kekayaan, dan daripada kejahatan fitnah kefakiran.” (Muttafaqun 'alaih)

Bagaimanapun ada juga yang telah terisi perutnya dan mempunyai cukup wang, tetapi tetap juga berada dalam penyimpangan.. Mengapa? Kerana sebenarnya ada satu lagi kekosongan dalam diri manusia ini yang paling perlu diutamakan yang tanpanya, hidup seperti tiada 'break', mudah saja terbabas di gaung gelita..


Kosong Iman

Inilah punca utama kerosakan manusia. Apabila tiada iman, manusia sering jatuh, sering kalah dengan nafsu dan perhiasan dunia..

Lantaran itu, walaupun penuhnya perut dengan makanan, penuhnya wang dalam bank, seseorang itu masih lagi di dalam kepincangan dan kerugian jika kosongnya iman. Dengan kosongnya iman, terjadilah pergaulan bebas, free sex, curang, rogol, rasuah, jenayah, dan lain-lain..Sebaliknya jika terisinya iman dalam diri, kekosongan perut dan wang tidak menjadi masalah baginya.. Arah hidupnya masih belum mudah terbabas kerana 'break' iman masih ada..

Dengan iman, hidup masih terarah, manusia tidak mudah kecundang, nafsu dapat dikekang, syaitan dapat dilawan, dunia tidak dipandang.. Di situlah sebenarnya penawar utama keparahan dunia ini.

Namun, kekosongan perut dan wang juga tidak dapat dinafikan dapat menggugat kestabilan iman seseorang itu. Boleh jadi, iman seseorang itu pudar apabila kekosongan perut dan wang.
Justeru, pentingnya untuk kita sentiasa memastikan iman kita terisi demi kebahagiaan kita di dunia dan akhirat sana.. Begitu juga dengan perut dan wang kita, agar iman kita sentiasa terjaga dan stabil..

Let us together recharge our iman again and always.. =-
 
Terima kasih yang tak terhingga buat adik Azam Husni kerana sudi memberikn kebenaran untuk akak menyebarluaskan "Cetusan Hati" adik di sini http://azamhusni.blogspot.com/2011/05/tiga-kosong_25.html.Moga kita semua akan memperoleh pengajaran dan manfaat .
 
Sekian
 
-ISLAM itu INDAH-





Wednesday, May 25, 2011

murah Rezeki..ALHAMDULILLAH

Penat masih terasa lagi.Hari ini saya telah ditugaskan untuk "memasak" sebab emakku yang tersayang ke suatu tempat..:-)..Jadi telah dipinta oleh emak untuk memasak juadah ikan masak singgang,ikan goreng kunyit dan sayur kacang bendi goreng.

Al kisahnya sekitar jam 9.15 pagi,saya sudah memulakan rancangan MARI MEMASAK bersama chef Azlen..bukan chef Wan tau.Alhamdulillah sekitar pukul 10.30 selesai memasak.Cepat selesai boleh rehat seketika dan kemudian bersihkan diri untuk menunaikan solat sunat Dhuha.

Gembira masih terasa sampai ke hari ini tatkala menerima 3 pasang jubah pemberian ibu saudara yang tersayang minggu lepas.Seronok tak terkata.Jadi hari ini saya nak bercerita tentang solat sunat Dhuha.

Alhamdulillah seorang daripada kawan saya yang memberitahu saya bahawa setelah dia  mengamalkan solat sunat Dhuha dia  merasa tenang dan mudah saat ingin memulakan sesuatu tugas.Tambahnya lagi,saat mengalami kesukaran atau kesusahan pun hati terasa tenang.Semuanya kesukaran dapat dilalui dengan mudah atas pertolonganNYA.

Oleh itu antara kelebihan solat sunat Dhuha ada dinyatakan dalam beberapa hadis ini..

 Kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).


Saya sendiri sangat tertarik dan jatuh hati dengan doa yang dibacakan setelah selesai menunaikan solat sunat Dhuha ini.Maka di bawah ini,saya sertakan cara menunaikan solat sunat dhuha.

Waktunya
Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.

Tatacaranya
Setelah pasti masuknya waktu Dhuha, maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk . Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.

Niat
Niat dalam hati dengan berkata,
 " Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah "
Rakaat pertama
bacalah surah Al-Fatihah dan mana-mana surah (disarankan membaca surah As-syams)
Rakaat kedua
bacalah surah Al-Fatihah dan mana-mana surah (disarankan membaca surah A-Dhuha)
Selesai menunaikannya,baca doa..

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh perdekatannya
dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."



Alhamdulillah,moga-moga kita semua dapat mengamalkannya dan istiqamah.Insyaallah..



-ISLAM itu INDAH-







Monday, May 23, 2011

Rahsia KasihMU

Burung-burung riang berkicauan meraikan keindahan Bumi ciptaan sang pencipta.Keriangan itu sama sekali tidak menceriakan hati Nur Ameena yang sedari tadi gelisah dan resah. Dr,adakah penyakit ini akan berulang kembali.??tanya Nur Ameena kepada Doktor.Dengan nada yang agak suram, Dr menjawab pertanyaan Nur Ameena sebentar tadi.Ya,penyakit ini akan berulang kembali,cik Nur Ameena.Cuma yang dapat saya sarankan kepada awak supaya awak..........
Lamunan Nur Ameena terhenti.Azan magrib melambai-lambai sayup.
Astaghfirullah hal azhim.Istighar Nur..engkau mesti kuat Nur.Setiap penyakit ada penawarnya.Itu janji Yang Maha Pengasih dan Penyayang.Hati Nur Ameena bermonolog sendirian.Tanpa dipinta,titis-titis jernih menyapa lembut pipi mulusnya.Dengan tidak semena-mena titis-titis hujan mengiringi kesedihannya.
Sejak disahkan menghidapi penyakit itu,hati Nur Ameena tidak henti-henti menangis mengucap kesyukuran.Tangisnya bersebab.Tangisannya tanda syukur kerana masih diberikan peluang untuk menikmati kurniaan ALLAH MAHA BESAR.Masih pantas bernafas dan menghirup udara nan bersih di dunia ini..Masih diberi peluang untuk bersujud padaNYA.Tapi jauh di sudut hatinya risau dan gundah gulana.
Walaupun pembedahan membuang ketumbuhan telah dijalankan namun peratusan penyakit ini akan berulang amat tinggi.Sudah tiga temujanji dihadiri Nur Ameena dengan Doktor.Saranan yang sama diajukan.Saranan daripada Doktor itu membikin hati nan satu Nur Ameena sentiasa ligat memikirkannya.Saranan yang akan sentiasa diajuakan selagi dia tidak merealisasikannya.Mana mungkin saranan tersebut akan direalisasikan sesegera mungkin.

.................................................................................

Nur..Nur..panggil Aisyah Balqis sejak tadi.Namun Nur Ameena tidak mendengarnya.Dipanggilnya kembali.”Nur..Nur”.panggil Aisyah Balqis.Akhirnya Nur Ameena sedar namanya dipanggil lantas menyahutnya.
Bagaimana dengan saranan doktor tersebut,Ameena?Satu soalan menyapa telinganya.Nur Ameena diam sejenak.Setelah mencongak bicara, akhirnya Nur Ameena memuntahkan butir-butir bicaranya.Aisyah pun tahu sendiri jawapannya.Kita berduakan sama.Ingat janji yang telah kita ikrarkan dahulu.Janji tersebut kita pegang sampai ke saat ini walaupun kadangkala hati kita diuji dengan pelbagai ajakan dan pujukan.Namun,dengan pertolongan YANG MAHA AGUNG kita mampu menepisnya.



INSYAALLAH
BAKAL BERSAMBUNG..

-ISLAM itu INDAH-
tinta hati :

nak ajak mak "merempit" lagi ke Bazar Ramadhan petang ni..
mak : angah bw motor cam kura-kura..40..tang tu aje..:-)
angah : laju tu mak..hehe







Wednesday, May 18, 2011

Sukarnya MEMILIH...

    Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi masih diberi kesempatan untuk menarikan jari jemari di teratak saya ini..Rindu sangat ingin berkongsi di teratak ini.Tak terlintas pun sebenarnya nak "update" blog pada petang yang agak2 redup ini..Tapi bila tengok ramai sahabat2 bloggers "update" post maka rasa berkobar-kobar pula ingin menarikan jari jemari mencoret sedikit bingkisan hati..Saat ini tengah dilanda selsema..rasa tak sihat sikit.


Baiklah,saya pasti setiap daripada kita berhadapan dangan pelbagai pilihan setiap hari..Diminta untuk memilih itu dan ini..Sebagai contoh..


Situasi 1


Hari ini nak pakai baju warna ape ye??wrna biru ke??warna pink ke??


Situasi 2


Cik.nak makan ape??kat sini ada macam2..mee goreng ada..nasi goreng ada..tomyam ada..nasi ayam ada..Macam2 ade....Tak ke pening nak memilih..


Situasi 3


Hujung minggu ini rasa nak jalan2 makan angin la..Emm..rasa nak pg Port Dickson la..gi mandi manda..tapi teringin plak nak gi melaka..Aduh2..yang mana satu ??


Itu adalah antara contoh2 pilihan dalam hidup kita.Yang pasti apabila membuat pilihan kita akan melihat kepada kelebihan2" nyata" yang jelas atas pilihan yang ingin kita buat. Kita akan memilih untuk berada dalam tahap keselasaan tanpa mahu terjebak dengan pelbagai risiko yang bakal menanti atas pilihan yang kita lakukan.Makanya kita akan memilih sesuatu perkara yang tidak akan membuahkan risiko2 dalam hidup kita.


Tapi kadangkala kita akan berhadapan dengan pilihan yang tidak memberikan kita pilihan..pelik bunyinya kan..bagai diluak mati emak,ditelan mati bapa.


Oleh itu,pokok pangkalnya kembali pada YANG MAHA MENDENGAR.Pinta dan pohon padanya agar dipemudahkan dalam berhadapan dan membuat pilihan dalam kehidupan kita


Maka,di sini saya ingin berkongsi beberapa doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita.


Doa untuk kebaikan dalam semua urusan


        Ya Allah perelokkanlah segala amal perbuatan kami sekaliannya,Ya Allah tambahkanlah kami dan janganlah mengurangkan kami dan muliakanlah kami dan bukan menghinakan kami,kurniakanlah akan kami dan bukan menegah atau menahan kami,redhakanlah kami dan redha daripada kami wahai Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat


Doa untuk mendapat segala kebaikan


      Ya Allah bukakanlah bagi kami pintu-pintu kebaikan,pintu berkat,pintu nikmat,pintu rezeki,pintu kekuatan,pintu kesihatan,pintu keselamatan dan pintu-pintu syurga.


Doa untuk mendapat kebaikan dan berlindung dari kejahatan


      Ya Allah, sesungguhnya aku pinta akan Dikau dari kebaikan semuanya sama ada segera ataupun lambat, apa yang aku mengetahui daripadanya dan apa yang tidak aku mengetahuinya, dan aku berlindung denganMU dari segala kejahatan sama ada segera mahupun lambat,apa yang telah aku mengetahui daripadanya dan apa yang tidak aku mengetahui.


Sekian.


-ISLAM itu INDAH-