Tuesday, January 31, 2012

~Cinta ALLAH dan Rasul Sokmo~

Assalammualaikum


Apa khabar HATI  hari ini?Insyaallah,moga lebih baik daripada semalam dan masa-masa lalunya.
Dah agak lama tak "menconteng" dinding teratak ini.Alhamdulillah hari ini diizinkan olehNYA.


Sebenarnya beberapa hari ini sibuk sikit sebab ada walimah sepupu.Jadi,tolong-tolong yang mana patut..Nak tolong memasak..Tak pakar lagi.(^____^)




Masih berada di sarawak..Semalam mak dan abah kemalangan kecil.Namun,terdapat luka-luka di muka,badan dan tangan abah serta emak.Berderau juga jantung bila dengarnya.Alhamdulillah semua baik-baik saja.Dalam 2 minggu lagi..Insyaallah akan berada di sarawak..Insyaallah daripada sarawak akan terbang pula ke Selangor.

Insyaallah setelah ke Selangor,beberapa hari kemudian akan ke Kuala Lumpur pula..Macam sibuk aje??hehe..

Allahu akbar..Walau ke mana sahaja kaki dipijak,Jangan sesekali lupa bahawa semua yang kita Nikmati hanyalah pinjaman daripada YANG MAHA AGUNG..Insyaallah apabila kita sentiasa mengingatiNYA,kita tak akan mudah untuk alpa dalam merasai nikmat dan kurniaan pemberianNYA.

Tak lama lagi,tarikh itu bakal menjelma lagi..Walaupun BAGINDA telah lama meninggalkan kita..Namun kasih dan sayang Rasulullah masih ada bersama kita iaitu SUNNAH yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk kita amalkan.

Sayangilah ALLAH dan Rasul.




CINTA ALLAH DAN RASUL SOKMO


~Dia KEKASIH Allah~

setiap kali dengar lagu ini..pasti bergenang air mata..




Saturday, January 21, 2012

Tak mungkin Ku Lupakan

Assalammualaikum


Pertamanya,ucap syukur kepada ALLAH SWT atas segala nikmat dan kurniaanNYA.Cukup banyak.Teringat akan kata seorang ustaz andai tiap-tiap bulan keluar bil pinjam mata,bil pinjam hidung dan pelbagai bil lagi..Tentu tak larat nak membayarnya.Sekarang pun belum kerja sudah "berhutang"...Kepada yang makan tomyam,maka terasa pedasnya termasuklah saya.


Beberapa hari ini terbayang-bayang kenangan saat zaman kanak-kanak dahulu.Bila terkenang pasti,senyuman di bibir mekar bak bunga.Pelbagai kenangan zaman kanak-kanak dahulu yang tak mungkin dilupakan oleh saya.


Antaranya...


Selalunya kita akan dengar orang petik rambutan,manggis,buah anggur.Tapi pernah dengar orang petik buah DURIAN..


Agak-agaknya ada sesiapa yang pernah dengar ???...Atau pertama kali mendengar orang petik durian.Hari ini dengan segan silu saya mengumumkan bahawa saya dan konco-konco saya yang memetik durian.(^_^)


Kecil-kecil lagi dah ada konco-konco ya..KOnco-konco saya itu adalah abang dan dua orang sepupu lelaki saya.Makanya,saya seorang sahaja perempuan dalam kalangan mereka.Masa itu kebanyakan sepupu yang sebaya dengan saya adalah lelaki.Jadi,tiada pilihan lain maka saya pun ikut sahaja mereka melakukan "Ops Memetik durian".Kami memetik durian menggunakan "tali pinggang".Satu lagi cara baru yang dicipta oleh kami.Sudahlah"petik:" durian kemudian petik dengan menggunakan tali pinggang.Aduhai..budak-budak..


Dengan kudrat yang ada pada kami saat itu,kami pun meletakkan tali pinggang di tangkai durian lalu menarik tangkai durian itu sehingga putus.Akhirnya "MISI BERJAYA"


Kami pun dengan gembira membawa sebiji durian itu ke rumah nenek.


Setibanya di rumah nenek......Jeng..jeng..jeng..


Abah menegur...


Durian siapa yang korang ambil ini???Soal Abah
Duian atok lah(panggilan buat nenek)..Jawab kami..


Akhirnya,selidik punya selidik..Kami tersilap masuk dusun buah.Kami masuk dusun buah seorang pak cik.Alhamdulillah,abah telah meminta maaf kepada pak cik tersebut bagi pihak kami.Orang lain buat silap,orang lain yang jadi "Mangsa".Pak cik tersebut tidak marah pada kami.


Biasalah budak-budak..


Akhirnya,daripada pengalaman tersebut kami belajar dan mengetahui bahawa "Tiada durian yang dipetik,durian masak bila dah gugur ke tanah".


Kesimpulannya,pengalaman hidup yang dilalui oleh kita telah banyak mengajar dan memberi ilmu yang berguna buat diri kita.Pengalaman itu mematangkan kita.Daripada pengalaman itu juga,kita berusaha dalam memperbaiki diri agar tidak mengulangi sesuatu kesilapan itu buat kedua kalinya.




 "Oleh itu, pembelajaran terbaik mengenai kehidupan dalam mematangkan diri adalah daripada pengalaman kehidupan masa lampau"




Sekian,insyaallah ketemu lagi di lain waktu.Jazakallah khairan.


Terdapat Geng "petik Durian" dalam gambar di atas.
(^__^)
p/s :..Masa kecik2 dulu kalian ada main pondok-pondok tak???Petik daun untuk dijadikan duit.Habis daun satu pokok "dikeluarkan" dalam mesin ATM pokok" buat belanja beli barang dapur..Dah tu main kawen-kawen(kahwin)..Yg jadi mangsa jadi "pengantin perempuan"..saya la tu..(^__^)

Thursday, January 19, 2012

Itu namanya HATI..



Hati ini
Sabar dan tenanglah
Saat kau panjatkan
Luahan hati penuh syahdu
Pada Yang Maha Mendengar


Hati ini
Ku tahu engkau terkadang 
Leka,alpa dan lalai
Dalam melayari kehidupan 
Yang penuh dengan nikmat dunia


Hati ini
Bajailah ia dengan zikrullah
Siramilah ia dengan istighfar
Sinarilah ia dengan selawat buat kekasihNYA


Hati ini
Engkau sepenuhnya milik Yang Maha Agung
Serahlah kepadaNYA
Tanpa ragu dan penuh tanya
Kerana DIA 
Adalah Pemilik Seluruh Hati.



Nukilan
~Wardah Addin~
   7.09 pagi
~25 Safar 1433H~
  Muar

Wednesday, January 18, 2012

Cukupkah???....

Assalammualaikum


Alhamdulillah Syukur ke hadrat ALLAH swt,puji-pujian hanya untukMU,YANG MAHA ESA.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Dah beberapa hari tertangguh untuk mengemaskini blog.Sudah menaip sebaris dua ayat.Namun terbantut seketika.Hilang punca.Isi bercampur.Pelbagai perkara nak disatukan.Allah..


Semalam dan hari ini tersenyum dengan soalan yang sama diajukan oleh seorang pak cik dan mak cik.


Di gerai pisang goreng(Goreng pisang ke pisang goreng...cuba teka????)


Mak cik : Baru balik sekolah ke adik,sekolah di mana??
saya  : Hanya tersenyum..Segan pula nak beritahu 


Kemudian mak menjawabnya...


emak : Baru habis belajar..Sekarang tengah mencari-cari kerja.


Di kedai runcit pagi tadi..


Pak cik : sekolah kat mana??ambik spm tahun ini?
Saya  : Hanya tersenyum sekali lagi


Dan mak bertindak sebagai jurucakap saya(haissshhh...agaknya cikpuan Noor Azlen ni ada simpan emas dalam mulut dia,asyik senyum sahaja bila orang bertanya)


Nasib baik bukan rombongan masuk tanam "pinang"...Kalau tidak,SENYUM itu tandanya........:-)


Jadi,terfikir-fikir juga tadi.Muka saya ini nampak macam budak sekolah lagi ke????..Seronok juga
.'Masih berwajah budak-budak."...Awet muda..Hehehe(bunyinya gelak kecil)...
Huhu(kata seorang adik tu gelak sinis)..


Dan fikir mendalam lagi..Akhirnya.......


Usia yang ALLAH berikan pada kita hanya sia-sia sahaja andai kita tidak tahu memanfaatkannya dengan cara yang baik..Adakah dengan ANGKA sudah menunjukka bahawa kita ini sudah cukup AMALnya???..Atau angka usia itu hanya sekadar angka tanpa memberikan apa-apa pengertian.


Syukurlah andai usia yang diberikan olehNYA dari sehari ke sehari adalah tanda kita masih punya peluang untuk untuk mengumpul "bekalan" untuk dibawa ke sana.


Kadang diri sedih memikirkan nasib diri di sana nanti..Bagaimana agaknya???
Hatta Nabi Muhammad yang dijanjikan syurga masih kuat beribadat kepada ALLAH SWT.Tapi kita??


Cukuplah sampai di sini..Marilah Muhasabah diri selagi kita masih punya peluang itu.


~Temujanji dengan Doktor belum diputuskan lagi..Moga baik-baik aja..Insyaallah~









Tuesday, January 17, 2012

~Layar Keinsafan~


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Friday, January 13, 2012

DIA temanku..

Assalammualaikum


Alhamdulillah..Hari ini rasa ingin kongsi tentang satu perkataan iaitu "PENANTIAN".Tiba-tiba teringat akan artikel yang saya baca di blog seorang blogger saat perkataan ini berlegar di kotak minda.


Artikelnya menerangkan bahawa PENANTIAN itu bukanlah suatu PENYEKSAAN seperti yang dicanang oleh segelintir.Namun PENANTIAN itu suatu PROSES.


Lihatlah dengan mata hati bahawasanya apabila kita dalam situasi "PENANTIAN".Pelbagai perasaan yang kita rasakan.Sebagai contoh saat menunggu keputusan peperiksaan Pmr,SPM mahupun STPM dan seterusnya.


Apa yang kalian rasakan saat "MENANTI" keputusan itu??


TAKUT...RISAU..GELISAH..


Namun,setelah saya membaca penjelasan panjang lebar mengenai artikel itu,hati saya terjentik dan merasa tersentuh.Satu persoalan timbul di benak fikiran


Adakah saat aku menunggu sesuatu sama ada keputusan peperiksaan,menunggu kawan untuk ke kelas bersama-sama,menunggu bas awam untuk ke pekan dan pelbagai lagi situasi "PENANTIAN"..Saya menunggunya dengan YANG MAHA ESA.


Atau saya buang jauh-jauh hati daripada mengingatiNYA??


Masyaallah,terima kasih YA ALLAH kerana Engkau mengerakkan hatiku,tanganku dan mataku untuk membaca nukilan menyentuh hati tentang "PENANTIAN itu bukan SATU PENYEKSAAN.Namun satu PROSES untuk mendidik jiwa supaya bersabar dan jangan sesekali jauh daripadaNYA.


Menantilah dengan YANG MAHA AGUNG..Panjatkan luahan doamu pada YANG MAHA MENDENGAR kerana dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi TENANG.


Cukuplah sampai di sini dahulu.Saya menulis kerana ingin memberikan pengajaran buat diri sendiri agar memperbaiki kelemahan diri dan berharap agar nukilan hati saya ini boleh menjadi asbab kepada hati-hati di luar sana untuk bersama-sama dalam menggapai keredhaan ALLAH SWT.


Teringat akan dialog dalam filem "KETIKA CINTA BERTASBIH"yang diluahkan oleh watak dalam filem itu iaitu Azam..


~Prinsip hidup saya berdasarkan AL-Quran dan Sunnah~


Sekian.
Muar,Johor
3.35 petang
19 Safar 1433H

Siapa nak HADIAH??

Assalammualaikum buat muslimin dan muslimat sekalian


Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH SWT kurniakan.Pagi jumaat bertandang kembali.Hari ini gembira sangat sebab nak bagi "HADIAH" kepada sesiapa yang inginkan.


Wah..Hadiah??..


Hadiahnya berupa E-book Sifat Solat Nabi Muhammad SAW(alhamdulillah baru sahaja dimuat turun pagi tadi) dan E-book Apa Ertinya Saya menganut Islam tulisan Dr Fathi Yakan(saya dapatkan daripada seorang sahabat).Siapa nak,boleh bagi email di ruang komen atau "chatbox" di teratak saya ini.Selain itu,boleh juga hantar mesej pada inbox Fb saya.


Moga bermanfaat.Insyaallah.


Ok,Wardah Addin nak undur diri dulu.Moga hari yang kita lalui hari ini lebih baik daripada semalam..Insyaallah..



Tuesday, January 10, 2012

~ini Rancangan Wardah Addin~

Assalammualaikum


Syukur alhamdulillah..Seakan tak percaya tahun ini saya sudah menjangkau usia 24 tahun.Jujurnya banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari.Menuntut ilmu sepanjang hayat.Kita boleh memperoleh suatu ilmu dan pengajaran hatta daripada seorang anak kecil


Banyak sungguh perancangan yang diatur tahun ini untuk dicapai.


Pertamanya ingin memperbaiki segala kelemahan diri.Dengan ceramah yang dihadiri semasa di universiti telah banyak menyedarkan saya.Pelbagai input yang berguna diperolehi.Antara azam baru ialah seterika telekung untuk solat.


Bunyinya mungkin janggal.Namun ini antara pengalaman yang saya perolehi daripada ceramah yang saya hadiri.Saat kita ingin keluar ke kuliah,bersiar-siar atau beriadah.Sudah pasti kita akan memperkemaskan diri kita.Pakaian yang digunakan diseterika.Tudung diatur rapi.Lelaki pula,rambut disisir rapi dan kemas.


Tapi saat kita ingin solat,adakah kita turut melakukan perkara yang sama??Berkobar-kobar dalam mempersiapkan diri bertemuNYA.


Allah..Malunya rasa dalam diri.Itu adalah antara azam sempena Tahun Hijrah yang sudah berlalu hampir dua bulan.Tidak lama lagi bulan Rabiulawal akan menyapa kita.Teringat akan cadangan yang dikemukakan oleh Ustaz Kamaruddin Abdullah.Saat kita menyambut hari kelahiran Rasul Junjungan kita nanti disamping kita berarak dan berhimpun mengalunkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW,kita hadiahkan risalah atau flyer yang berkaitan peribadi Rasulullah dan  diselitkan dengan coklat atau gula-gula atau mungkin bunga kepada kawan-kawan non muslim kita.Kita sebarkan indahnya akhlak Kekasih ALLAH yang kita sayangi ini kepada mereka.Apa kata,nanti kita semua cuba laksanakan bila tiba masanya nanti.Insyaallah.


Keduanya, ingin menghadiri beberapa kelas kemahiran yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti setiap hujung minggu.Saya merancang ingin menghadiri kelas jahitan dan masakan iaitu pembuatan kek,pastri dan kek cawan.Insyaallah sudah punya teman untuk ke kelas iaitu ibu saudara dan adik perempuan saya.


Alasan untuk saya menghadiri kelas ini adalah kerana ingin memperolehi ilmu baru dan mengasah kemahiran dalam diri.Jujurnya saya lebih suka bekerja daripada rumah.Makanya,rasional saya mengikuti kelas jahitan dan masakan adalah kerana ingin memulakan perniagaan daripada rumah sahaja.Lebih mudah.Saya punya alasan yang tersendiri untuk bekerja di rumah.Maka saya perlu gunakan masa yang terluang ini untuk menghadiri kelas kemahiran.Sambil itu,merancang Rancangan Perniagaan.


Seterusnya,saya mempunyai perancangan untuk mengambil Sijil Usuluddin di bawah kelolaan Universiti Malaya dalam 3 siri.Setiap siri memakan masa 3 bulan dengan bayaran RM400 bagi setiap siri.Kelas yang terdekat adalah di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.


Rancangan seterusnya adalah mengambil lesen memandu.Memang terasa rugi sangat tidak mengambil lesen memandu di usia remaja.Kebanyakan kawan sudah mengambil lesen seawal usia 18 tahun.Namun,sebenarnya rancangan saya untuk mengambil lesen memandu masih dalam 50-50.Jujurnya saya "risau" untuk memandu di Malaysia ini.Boleh ke ada perasaan "risau" begitu????


Akhirnya,setiap anak pasti mempunyai impian untuk membahgiakan kedua ibu bapa.Saya juga begitu.Saya masih lagi merasa bahawa belum lagi dapat membahgiakan abah dan emak saya.Jasa dan pengorbanan mereka membesarkan saya tidak mampu saya balas sepenuhnya.Namun,jauh di sudut hati saya,saya berharap agar sesuatu yang saya lakukan mampu untuk membuatkan abah dan emak saya gembira dan bahgia.Insyaallah.


Ya ALLAH, Engkau permudahkan setiap urusan hambaMu ini.Amin Ya rabbal Alamin.



HangatnYa Soalan adik...(^_^)

Assalammualaikum semua..

Apa khabar sahabat semua?Bagaimana permulaan pagi hari ini??Ceria..Gembira..Sedih...Saya doakan moga sahabat mampu melalui hari ini lebih baik daripada semalam.Insyaallah.

Pagi ini tersenyum dengan soalan daripada adik-adik di Fb.Boleh dikatakan permulaan tahun ini soalan yang mendapat kedudukan tertinggi dalam kehidupanku adalah mengenai.........


Soalan yang hangat ditanya oleh adik-adik manisku kepada akak yang comel ini..(Angkat bakul nampak)..

Soalan dan pesanan daripada adik-adikku di kolej juga di fb...

Akak bila nak kahwin??

akak,bila nak merasa nasi minyak akak??

Akak,jangan lupa jemput ti..senang nak tempah tiket awal2 g walimah akak..(Yang ini pesanan adik-adik yang nun menetap jauh di sabah dan sarawak)..

Akak,cari ore sini la kak..senang adik nok gi walimah akak..

Akak,dah ada yang masuk minang ke??

Akak,dah ada calon ke??kalau xda adik nak kenal

Azlen,nak saya tolong carikan ke..kenal-kenalkan ke??

Kak,boleh la saya kenalkan dengan abang saya??..Dia tengah mencari juga..Gurau-gurau ye akak

Insyaallah,tak lama lagi tu akak.Adik doakan..

Fuhhhhh..ada soalan yang seram sejuk juga dibuatnya....(^_^)..Pesanan dan titipan doa daripada kalian buat saya.Terima kasih banyak-banyak ya adik-adikku.Dah tak sabar agaknya adik-adik akak di sana nak tengok akak "Bina masjid" ya..

Dan ini jawapan balas daripada saya mengenai soalan yang diajukan oleh adik-adik comel saya semua..

~Insyaallah,doakan akak ya..Dan kemudian saya senyum..(^___^)..Nanti dah samapi masa,dapat kad wangi daripada akak ya adik-adik.~

Buat adik-adikku yang disayangi..Belajar rajin-rajin ya..Ingat,Bercinta sebelum kahwin memang manis diawalnya namun bersulamkan kepahitan juga di awal dan akhirnya.Putus cinta..merana jiwa.Patah seribu hati bila si kumbang/si bunga kena tinggal.Sebabnya "NO COUPLE UNTIL AKAD".Pesanan ini buat akak juga(^_^)


Berdoa dan berusaha memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam diri.Bukan mudah nak perbaiki kelemahan diri.Tapi,insyaallah,kalau kita berusaha kita boleh melakukannya.Nak nampak lebih bersemangat,boleh senaraikan kelemahan-kelamahan yang telah diperbaiki  dan tampal di bilik.

Tahun ini berazam nak segerakan solat di awal waktu..Jadi bila nak usaha perbaikinya,tampal di bilik tentang kejayaan kita itu.Tampal dalam almari baju.

Ok,nak undur diri dahulu..Assalammualaikum.