Thursday, January 19, 2012

Itu namanya HATI..



Hati ini
Sabar dan tenanglah
Saat kau panjatkan
Luahan hati penuh syahdu
Pada Yang Maha Mendengar


Hati ini
Ku tahu engkau terkadang 
Leka,alpa dan lalai
Dalam melayari kehidupan 
Yang penuh dengan nikmat dunia


Hati ini
Bajailah ia dengan zikrullah
Siramilah ia dengan istighfar
Sinarilah ia dengan selawat buat kekasihNYA


Hati ini
Engkau sepenuhnya milik Yang Maha Agung
Serahlah kepadaNYA
Tanpa ragu dan penuh tanya
Kerana DIA 
Adalah Pemilik Seluruh Hati.



Nukilan
~Wardah Addin~
   7.09 pagi
~25 Safar 1433H~
  Muar

1 comment:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Hati ini adalah milik Allah SWT. Tiada siapa yang mengetahuinya w/pun para malaikat melainkan Allah SWT. Rasulullah saw sendiri pun tidak mengetahui hati manusia ataupun org munafik kecuali apa yang dikhabarkan oleh Allah SWT melalui Jibrail a.s. Surah AtTaubah:101 وَمِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ ۖ مَرَدُوا عَلَى النِّفَاقِ لَا تَعْلَمُهُمْ ۖ نَحْنُ نَعْلَمُهُمْ ۚDan di antara orang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang "A'raab" ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik; engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka.

Namun adalah benar, jika hati ini tidak disirami dgn `zikrullah` maka hati kita akan lari dari petunjuk Allah SWT dan hidup dlm kesempitan. Nama lain bagi AlQuran adalah AzZikr! Surah Toha:124 وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu (AlQuran), maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit.

Satu masa nanti, kita akan berhadapan dgn Allah SWT dan awal2 lagi Allah SWT memberi nasihat supaya jangan kita termasuk org yang lupa/lalai dari ingatan Allah SWT semasa didunia. Surah Al`Araaf:172 قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Wallahualam