Saturday, January 21, 2012

Tak mungkin Ku Lupakan

Assalammualaikum


Pertamanya,ucap syukur kepada ALLAH SWT atas segala nikmat dan kurniaanNYA.Cukup banyak.Teringat akan kata seorang ustaz andai tiap-tiap bulan keluar bil pinjam mata,bil pinjam hidung dan pelbagai bil lagi..Tentu tak larat nak membayarnya.Sekarang pun belum kerja sudah "berhutang"...Kepada yang makan tomyam,maka terasa pedasnya termasuklah saya.


Beberapa hari ini terbayang-bayang kenangan saat zaman kanak-kanak dahulu.Bila terkenang pasti,senyuman di bibir mekar bak bunga.Pelbagai kenangan zaman kanak-kanak dahulu yang tak mungkin dilupakan oleh saya.


Antaranya...


Selalunya kita akan dengar orang petik rambutan,manggis,buah anggur.Tapi pernah dengar orang petik buah DURIAN..


Agak-agaknya ada sesiapa yang pernah dengar ???...Atau pertama kali mendengar orang petik durian.Hari ini dengan segan silu saya mengumumkan bahawa saya dan konco-konco saya yang memetik durian.(^_^)


Kecil-kecil lagi dah ada konco-konco ya..KOnco-konco saya itu adalah abang dan dua orang sepupu lelaki saya.Makanya,saya seorang sahaja perempuan dalam kalangan mereka.Masa itu kebanyakan sepupu yang sebaya dengan saya adalah lelaki.Jadi,tiada pilihan lain maka saya pun ikut sahaja mereka melakukan "Ops Memetik durian".Kami memetik durian menggunakan "tali pinggang".Satu lagi cara baru yang dicipta oleh kami.Sudahlah"petik:" durian kemudian petik dengan menggunakan tali pinggang.Aduhai..budak-budak..


Dengan kudrat yang ada pada kami saat itu,kami pun meletakkan tali pinggang di tangkai durian lalu menarik tangkai durian itu sehingga putus.Akhirnya "MISI BERJAYA"


Kami pun dengan gembira membawa sebiji durian itu ke rumah nenek.


Setibanya di rumah nenek......Jeng..jeng..jeng..


Abah menegur...


Durian siapa yang korang ambil ini???Soal Abah
Duian atok lah(panggilan buat nenek)..Jawab kami..


Akhirnya,selidik punya selidik..Kami tersilap masuk dusun buah.Kami masuk dusun buah seorang pak cik.Alhamdulillah,abah telah meminta maaf kepada pak cik tersebut bagi pihak kami.Orang lain buat silap,orang lain yang jadi "Mangsa".Pak cik tersebut tidak marah pada kami.


Biasalah budak-budak..


Akhirnya,daripada pengalaman tersebut kami belajar dan mengetahui bahawa "Tiada durian yang dipetik,durian masak bila dah gugur ke tanah".


Kesimpulannya,pengalaman hidup yang dilalui oleh kita telah banyak mengajar dan memberi ilmu yang berguna buat diri kita.Pengalaman itu mematangkan kita.Daripada pengalaman itu juga,kita berusaha dalam memperbaiki diri agar tidak mengulangi sesuatu kesilapan itu buat kedua kalinya.




 "Oleh itu, pembelajaran terbaik mengenai kehidupan dalam mematangkan diri adalah daripada pengalaman kehidupan masa lampau"




Sekian,insyaallah ketemu lagi di lain waktu.Jazakallah khairan.


Terdapat Geng "petik Durian" dalam gambar di atas.
(^__^)
p/s :..Masa kecik2 dulu kalian ada main pondok-pondok tak???Petik daun untuk dijadikan duit.Habis daun satu pokok "dikeluarkan" dalam mesin ATM pokok" buat belanja beli barang dapur..Dah tu main kawen-kawen(kahwin)..Yg jadi mangsa jadi "pengantin perempuan"..saya la tu..(^__^)

No comments: