Friday, March 30, 2012

Impian Si Bunga Mawar..(Kecil-kecil dulu)

Assalammualaikum..

Alhamdulillah,Jumaat berkunjung tiba..Jumaat penuh barakah.Hari ini nak "update" entri yang baru.Tajuk entri hari ini.
"IMPIANKU"

Saya pasti kalian yang sedang membaca entry ini punya impian dalam kehidupan.Saya antara yang mempunyai impian seperti kalian juga.Terutamanya setelah habis pengajian ini,impian utama saya adalah ingin memberikan kebahgiaan kepada keluarga terutamanya abah dan emak saya.

Usai pengajian dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan di Universiti Utara Malaysia pada bulan 1 yang lalu,selesai peperiksaan akhir saya terus mengambil tiket pulang ke kampung halaman.Pengalaaman pahit manis terkenang saat bas ekspress yang saya naiki meninggalkan stesen bas changlun.

Pelbagai perkara juga berlegar-legar di minda.Setelah tamat pengajian dan berkira-kira serta merancang,saya ingin menjalankan perniagaan sendiri maksudnya ingin mengelak daripada "makan gaji".

Walaupunbagaimana,saya tetap juga mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan dan swasta.Tapi hati saya masih kuat untuk mengikuti perancangan saya untuk menjalankan perniagaan sendiri.

Kini hampir 3 bulan tamat pengajian,saya telah menghadiri satu temuduga.Namun,belum tiba rezeki saya untuk bekerja.Sekarang saya di rumah dan menetap bersama keluarga di kampung.

Alhamdulillah,hajat nak berniaga dipermudahkan.Tapi saya mulakan dengan perniagaan kecil-kecilan dahulu.Saya berniaga aiskrim Malaysia.


Saya juga turut menjual 

Gambar ini diambil drp blog dapurkakjee.com
Dadih saya buat menggunakan serbuk dadih segera seperti di atas.

turut menjual 

Gambar ehsan "google"



Alhamdulillah,dan saya letak dibawah label "Wardah Sweet & Spicy".Insyaallah,akan datang nak jual cendol,air cincau dan mee siput.Seterusnya,saya mengambil keputusan nak ambil kursus jahitan yang ditawarkan di Giatmara selama 6 bulan.Insyaallah.Dah cuba"search" tapi belum jumpa tarikh daftar kursus.Moga ALLAH permudahkan.Insyaallah,dah tahu menjahit saya nak membuka satu lagi perniagaan iaitu di bawah label "Wardah Collection".Saya nak hasilkan jubah,tudung labuh dan beberapa busana muslimah.Doakan impian saya ini ya.Amin

Ok,bila dah ada impian,kita usaha untuk mencapainya.Yang penting jangan sesekali lupa tunaikan kewajipan sebagai hamba ALLAH.Laksanakan suruhanNYA dan tinggalkan laranganNYA.

Baik,sehingga berjumpa lagi.Insyaallah..Wassalam






Tuesday, March 27, 2012

~Senyumlah Bidadari Dunia~

Assalammualaikum

Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH SWT atas segala limpah kasih dan sayangNYA.Alhamdulillah,Jumaat hingga Ahad yang lalu ALLAH pilih saya antara hamba-hambaNYA untuk menyertai kumpulan sukarelawan sempena Konvensyen Bidadari Dunia anjuran ILUVISLAM.com.Alhamdulillah ALLAH tiupkan keseronokan dalam hati.Seronok sebab bertugas dengan beberapa lagi sukarelawan untukmenyambut para peserta di pintu masuk dan peserta semuanya muslimat.Al-maklum,KOnvensyen Bidadari Dunia..

Sambil melemparkan senyuman pada para peserta yang masuk ke dewan dan adakalanya disertakan salam.Rasa seronok amal sunnah Nabi tau..Senyum itu Sedekah.Sedekah yang mudah tapi kadangkala sukar untuk kita laksanakan.Allahu robbi.Menurut kajian juga,sekiranya kita senyum,kita akan mengerakkan 72 otot muka untuk awet muda(sila betulkan jika saya silap ya,ni saya dengar sambil2 bertugas dalam dewan konvensyen yang lalu)

Nah,makanya tiada rugi jika kita melemprkan senyuman yang indah.Kalaulah setiap kali senyum maka akan timbul satu keping dinar emas pasti ramai yang merebut untuk tidak melepaskan peluang untuk senyum.

(^___________________^)

Senyumlah wahai Bidadari Dunia

Team HICOM dan sukarelawan mengabdikan
kenangan bersama En Imran Koyube
(Presiden IluvIslam.com)

Sunday, March 11, 2012

Berbicara denganNYA

Assalammualaikum..

Lamanya tak mengemaskini blog..Sebenarnya "dah banyak" list post yang di K.I.V..Banyak sebenarnya ingin dikongsikan.Insyaallah akan dikongsikan satu persatu.

Satu lagi,agak kekok dengan pemandangan baru blog ini.Benda baru lagi,jadi agak sukar sedikit.Insyaallah,akan "mengodek2" untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Nak cakap tentang apa hari ini???

Pertamanya,ucap syukur ke hadrat ALLAH s.w.t. kerana memberikan saya pinjaman usia 24 tahun hingga ke hari ini.Entah esok masih ada atau tidak pinjaman "nyawa" daripaNYA untuk sayA.Rasa masih sedikit amalan untuk dibawa bekalan ke sana.Moga ibadah yang saya lakukan diterima YANG MAHA ESA.

Alhamdulillah,semalam berkesempatan sertai Halaqah dipejabat IKRAM cawangan Muar..Seronok topik yang dikongsikan oleh ustaz semalam.ALLAH bagi keseronokan di majlis ILMU.

"Al-quran dihatiku"


~Allah berbicara dengan hambaNYA saat hambaNYA mentaddabur kalamullah~