Wednesday, October 20, 2010

Petang Yang INDAH:-)

Assalamualaikum.....
Alhamdulillah LIN masih diberi pluang untuk bernafas di muka bumi ini.Syukur alhamdulillah.Rindu kaT family..kat abah..mak..abang..adikku DIBAH..(pantang tgk kak ANGAH mkn..mst tgur.".angah ni byk mkn  la,ti "chubby' ...bru tau..hehe.kelakar.sayang jugak Dibah pd kak ANGAH.Tapi mmg betul..asal kat rumahnya,pantang tgk dapur..ade je benda nak wat...mcm2 resipi nak cuba buat.Ader yg mnjadi..ade jgak yg xmnjadi...itu la namanya mencuba.blm cuba blm tau kan.sebab 2 x abis2 mkn aje.

Blik umah pun bila ade cuti panjang.Maklumla..duk jauh..nun di Malaysia Timur,Bumi Kenyalang.Insyaallah hjg thun ni pindah ke Selatan Tanah Air pula setelah hampir 15 tahun menetap di SARAWAK.

Hari ni cuaca cantik...indah.Nak kongsikan sesuatu hari ni...tentang KESABARAN.

"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).

Memang sukar untuk kita bersabar di kala menghadapi kerumitan..akan tetapi sebagai HambaNYa,kita perlu sentiasa bersabar dalam menghadapi setiap ujian yang diturunkan oleh ALLAH kepada kita.UJIAN tandanya ALLAH MAHA MELIHAT kita.MAHA PENGASIH dan PENYAYANG pada kita.Ujian yg diturunkan pada kita adalah mgikut kemampuan kita dalam menghadapinya.ALLAH MAHA ADIL.

"Peringatan buat diriku juga,TABAH dan SABAR dalam menghadapi setiap UJIAN dan CABARAN.Buat semua..hadapilah UJIAN itu dengan penuh KESABARAN..insyaallah penghujungnya kita akan temui KEMANISAN:-)

DOA UNTUK MENJADI ORANG YANG SABAR

:"WAHAI TUHAN KAMI..KURNIAKANLAH KESABARAN KE ATAS KAMI DAN TETAPKANLAH PENDIRIAN KAMI DAN TOLONGLAH KAMI DI ATAS MENGHADAPI KAUM-KAUM KAFIR."

Monday, October 11, 2010

ISTIMEWANYA DIRIMU

Assalamualaikum....ade masa sikit sebelum nak ke  kelas BPCOMM..kelas Business Profesional Communication..hari ni LIN nak kongsi  ttg istimewanya dilahirkan menjadi "PEREMPUAN".Kenapa istimewa???Banyk keistimewaannya.Tika ADAM sunyi keseorangan..ALLAH turunkan HAWA untuk menemaninya.Begitu istimewanya makhluk ciptaanMU ini ..SUBAHANALLAH.

>>Ditujukan untuk semua yang bergelar "WANITA"...:-)..INDAHNYA CIPTAANMU:-)
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
    70 orang wali

  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
    baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil

  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
    tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
    mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
    dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang
    akan dipandang Allah dengan penuh rahmat

  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
    kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
    Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
    anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

  •  Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
    mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah

  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
    suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
    dari mana-mana pintu yang dia suka.

  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
    (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
    khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
    mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit
    suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

  • Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
    mendapat pahala80 tahun ibadat.
Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


-Sebenarnya banyak lagi keistimewaan bergelar "WANITA".Insyaallah next time,LIN kongsi2kan lagi.Apapun semua ciptaanNYA punya keistimewaan masing-masing.SUBAHANALLAH.
 

Friday, October 8, 2010

nak kongsikan pada semua yang bergelar pelajar....

PANDUAN PERSEDIAAN PEPERIKSAAN:
  • bacaan waktu pagi
  1. surah al FATIHAH
  2. ayat kursi
  3. selawat 3kali
  4. Baca 4 QUL
  5. Baca SURAH AL INSYIRAH
  6. Baca doa "RABBANA AATINA FIDDUNIYA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAG WAQINNA AZABANAAR"
  7. Baca amanarrasul
  8. Baca Shahidallah...
  9. MOHON DOA

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah syukur ke hadrat ILahi kerana masih memberikan hambaMU peluang untuk bernafas di muka bumiMU ini.Dah lama sebenarnya tak jenguk blog ni..rindu sgt.Dalam pada lama tak jenguk blog ni macam-macam perkara berlaku.Kebanyakannya menguji diriku.Menguji IMANKU,KESABARANKU.syukur YANG MAHA MENDENGAR sentiasa mendengar rintihan hambaNYA.cuma nak kongsi dengan semua...hebatnya berdoa:-)banyak sangat kelebihan berdoa.Berdoalah...pinta dan mintalah hanya pada YANG MAHA ESA.LIN juga dapat pesanan daripada abahku sayang..thanks a lot abah titipkan pesanan ini untuk kak angah..pesanan ni pun pesanan seorang USTAZ kepada abah...jadi abah titipkan juga pesanan ini untuk anakandanya...PESANANNYA :.kita sebagai hamba usai solat jgn lupa berdoa..berdoalah.mintalah yang baik daripada YANG MAHA PEMURAH.Allah akan sangka kita ni sombong bila tidak meminta daripadaNYA.jadi berdoalah insyaallah ALLAH akan makbulkan doa kita.Jika tak ditunaikan permintaan kita itu janganlah mengeluh dan bersedih kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI yang terbaik untuk semua hambaNYA.maka BERDOALAH.Inilah pesanan abah kesayanganku titipkan untuk anaknya.ABAH...angah akan ingat pesanan abah ni.SAYA SAYANG MAK,ABAH,ABANG LONG,UDA DAN DIK SU.:-)KAMU SEMUA ADALAH NADIKU:-)