Monday, October 11, 2010

ISTIMEWANYA DIRIMU

Assalamualaikum....ade masa sikit sebelum nak ke  kelas BPCOMM..kelas Business Profesional Communication..hari ni LIN nak kongsi  ttg istimewanya dilahirkan menjadi "PEREMPUAN".Kenapa istimewa???Banyk keistimewaannya.Tika ADAM sunyi keseorangan..ALLAH turunkan HAWA untuk menemaninya.Begitu istimewanya makhluk ciptaanMU ini ..SUBAHANALLAH.

>>Ditujukan untuk semua yang bergelar "WANITA"...:-)..INDAHNYA CIPTAANMU:-)
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
    70 orang wali

  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
    baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil

  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
    tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
    mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
    dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang
    akan dipandang Allah dengan penuh rahmat

  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
    kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
    Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
    anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

  •  Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
    mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah

  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
    suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
    dari mana-mana pintu yang dia suka.

  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
    (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
    khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
    mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit
    suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

  • Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
    mendapat pahala80 tahun ibadat.
Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


-Sebenarnya banyak lagi keistimewaan bergelar "WANITA".Insyaallah next time,LIN kongsi2kan lagi.Apapun semua ciptaanNYA punya keistimewaan masing-masing.SUBAHANALLAH.
 

No comments: