Thursday, February 23, 2012

Alhamdulillah..bestnye!!!

Assalammualaikum

Allahu robbi..sudah terasa lama tidak mengemaskini "teratak" ini..Dah berhabuk..Selama tidak mengemaskini pelbagai peristiwa dalam kehidupan berlaku.

Jadi nak kongsikan sedikit..Insyaallah,moga bermanfaat

Alhamdulillah,saya dan keluarga berkesempatan dengan izinNYA dan rezeki daripadaNYA menziarahi keluarga sebelah emak di sarawak.Hampir 3 minggu di sana.Pelbagai pengalaman manis terukir.

Buat pertama kalinya,saya melihat dengan mata kurniaan ALLAH swt akan ijab qabul antara sepupu saya dengan zaujnya..Berdebar-berdebar juga mendengar kalimah "Aku terima nikahnya...." yang dilafazkan oleh zauj kepada sepupu saya..

Pelik tapi benar,saya pula yang merasa debarannya.Maka sah mereka berdua bergelar suami isteri.Maka setiap daripada sudah terpikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.

Daripada situ,saya dapat kongsikan bahawa setiap daripada kita punya tanggungjawab iaitu sebagai hamba kepada Yang Maha Esa.Menjadi hambaNYA tidak perlukan kita memerah keringat membanting tulang..Hanya dengan melaksanakan perintahNYA dan meninggalkan LaranganNYA.

Seterusnya,sepanjang bercuti di Sarawak juga saya cuba jalankan "ujikaji".Anak kecil ini kita perlulah pandai mengambil hatinya.Satu lagi jika kita katakan sesuatu padanya kita perlulah bersiap sedia untuk kemukakan sebab atas sesuatu itu.

Sebagai contoh,di suatu tengahari.adik sepupu saya yang berusia 4 tahun mengajak saya bermain layang-layang.

Azra : Akak lin,jom main layang-layang
saya : tengahari la azra,Panas
Azra : Jom la kak lin
Saya : Nanti demam main masa panas-panas.Kalau demam,tak boleh pergi sekolah.Kita main petang nanti ya.
Azra : Ok.

Petangnya,si cilik ini ingat janji saya padanya.Dia ajak saya main layang-layang.Daripada si adik kecil ini saya belajar satu yang berharga.

Sentiasalah menepati Janji.Bila janji sudah dinyatakan janganlah pula kita mengingkarinya.

Seterusnya,sekembalinya daripada Sarawak,saya perlu menghadiri temuduga.Temuduga dunia yang pertama.Sebelum ini ada temuduga tapi masa ambil subjek Business Communication Skill d UUM.Ada satu sesi kami diminta berlakon menghadiri temuduga.Jadi perlulah bersiap sedia menyiapkan diri sehabis baik.

Temuduga yang dihadiri cukup seronok.Seronok kerana beroleh pengalaman.Insyaallah,jika rezeki,maka dapat kerja tersebut.Namun jika tidak,yakinlah ALLAH dah sediakan yang terbaik buat kita semua.

Dapat saya pelajari di sini adalah keyakinan kita pada YANG MAHA ESA.Bersangka baik dengan ALLAH.Allah sentiasa baik dan pemurah pada kita.

Syukur saya panjatkan kepada YANG MAHA ESA kerana dengan izinnya saya dapat bertemu dengan dua orang sahabat yang saya hanya kenali di FB iaitu adik Azleena dan Afniza.Tercapai juga hajat saya bersolat di Masjid Putrajaya dan melawat UKM.Terima kasih kepada Afniza kerana sudi membawa saya ke Putrajaya dan adik Azleena kerana membawa akak "pusing-pusing" UKM.





Lagu tip tap tip tap..hujan dh turun drp si comel Azra
siap ada suara latar..hehe

Baiklah,sampai di sini.Insyaallah,moga ianya memberikan manfaat.

Tuesday, February 7, 2012

Saya Sayang Rasulullah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.







Bersempena bulan Rabiulawal..Bulan kelahiran Rasulullah SAW.
Oleh itu,Wardah Addin mengambil peluang ini untuk menganjurkan satu peraduan dengan tema "Saya Sayang Rasulullah"

Alhamdulillah, di sini ingin saya maklumkan bahawa Tuan Zahiruddin Zabidi dan Tuan Haji Abdul Latip adalah antara juri yang akan mengadili karya peserta yang menyertai peraduan ini.

Terima kasih kepada Tuan Zahiruddin Zabidi dan Tuan Haji Abdul Latip atas kesudian menerima jemputan saya.

Syarat penyertaan :

1.Terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat ingin menyertainya.
2.Karya berupa syair,sajak, atau luahan kata dengan tema "Saya Sayang Rasulullah"
3.Setiap seorang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan
4.Sila sertakan butiran diri seperti Nama,alamat email dihujung karya yang dinukilkan
5.Karya mestilah asli.
6.Keputusan peraduan adalah muktamad.
7.Tarikh tutup penyertaan adalah 30 Rabiulawal 1433H.
8.Sila emailkan karya anda di noorazlenharon@yahoo.com

~Hadiah menarik menanti anda..Insyaallah.Ayuh,meriahkan peraduan ini.(^_^)