Friday, September 30, 2011

assalammualaikum semua..lamanya dah tak update blog..Ampun dan maaf dipinta..Hari in dah 2 zulkaedah 1432H.Subhanallah..cepatnya masa berlalu..Ada sebab musabab yang menyebabkan ana tidak meng"hupdate" blog buat beberapa ketika.Ya ALLAH..


Baiklah,hari ini pun sebenarnya ana rasa tak mampu untuk menukilkan sesuatu yang boleh dijadikan manfaat buat pengunjung teratak ana ini.Terima kasih buat kalian kerana sudi menziarahi teratak ana ini..Walaubagaimana..hari ini ana ingin cuba kongsikan sesuatu..Moga ianya bermanfaat buat kalian semua..


Setiap daripada kita tidak dapat lari daripada menghadapi masalah...Ada yang menrimanya sebagai suatu peluang untuk memperbaiki diri dalam menguruskan masalah..(FAHAM tak ape yang ana cakap..rasa macam berbelit)....Sekarang tengah berhadapan dengan situasi yang begitu "mencabar diri"..Semalam baru "hujan"..alhamdulillah lega(kurang berkenan sikit pada LELAKI yang mengatakan bahawa apabila seseorang perempuan menangis..itu tandanya mereka LEMAH)...


Bagi ana sendiri..usai ana "HUJAN"..alhamdulillah ana rasa lega dan kurang terbeban dek masalah yang sedang dihadapi..Itu 'stail" ana...Alhamdulillah,syukur ke hadratMU..


Selepas MENANGIS,..dengan izinNYA dan bantuanNYA..sedikit demisedikit jalan penyelesaian dalam menyelesaikan masalah yang timbul mencurah-curah keluar..(Dramatik aje bunyi)..Mencurah-curah keluar ke ladang gandum.Just kidding.:-)


Pokoknya..saat menghadapi masalh tanamkan dalam hati bahawa setiap masalah yang timbul pasti ada JALAN penyelesaiannya dengan izinNYA..Minta dan berdoalah padaNYA..



Cukup sampai sini..SENYUM:-)

Tuesday, September 27, 2011

MaNisnya bErjumpa KeKasihku..

Dengan nama ALLAH YANG MAHA PENGASIH dan PENYAYANG..


Apa khabar sahabat-sahabat semua?Ana doakan sihat selalu..Senyum tau..:-)..Alhamdulillah ..Penat hari ini sebab buat "open House"..Bukan open house saya..saya sekadar "meringankan tulang-belulang sahaja..Hehehe..


Senyum tau..Dari tadi dok suruh org SENYUM kan..jom manis-maniskan Muka untuk jumpa dengan "KEKASIH"..


Namanya sangat indah iaitu istiqomah.Istiqomah maksudnya berterusan.Sudah lama diriku tak berjumpa dan merindui istiqomah.Kadang-kadang kami berjauhan dan ada masa kami terlalu dekat.Susah nak jelaskan hubungan kami ini.


Hanya Allah swt sahaja yang Mengetahuinya.Lantaran istiqomah akan merajuk kalau aku membiarkannya tanpa sedikit usaha untuk menemuinya.Istiqomah tetap dengan keindahan dirinya tapi aku akan resah gelisah saat kehilangannya.

Aku sungguh kecewa dengan diri kerana membiarkan istiqomah pergi begitu sahaja.aku kadang-kadang kaget tanpa istqomah disisi.Baru ku tahu bahawa kehadirannya sangat bermakna buat diriku.Aku terasa kehilangannya saat jiwaku kacau dan tak berdaya.Dari situ aku sedar bahawa istiqomah sangat menyayangi ku namun aku sendiri yang tak mempedulikannya dan membalas cintanya.


Pertama kali aku berjumpa dengan istiqomah,sungguh menarik dan romantik penampilannya.Hari-hai dia datang menjengukku dan menuturkan kata-kata kasih dan sayang serta syurga Allah swt yang terindah.Pengaruh dunia telah menjauhkan istiqomah dengan diriku lantaran pujuk rayu syaitan yang menyesatkan.



Syaitan selalu membisikkan dalam hatiku supaya menjauhkan diri daripada istiqomah.Aku dengan jiwa yang lemah menuruti apa saja yang syaitan katakan.Oh..sungguh malu aku pada istiqomah.

Istiqomah…datanglah padaku kerana aku sungguh merindui dan sentiasa ingin bersama-sama denganmu.Setiap pagi sebelum subuh aku ingin kau dekatiku dengan solah sunah tahajjud.Seterusnya solah qabliyyah subuh dan solah fardhu subuh berjamaah.



Istiqomah…hadirlah dalam diriku.Selepas subuh,datanglah padaku dengan zikir mathurat dan tilawah al-quran.Di kala matahari tinggi sedikit,hadirkan dirimu istiqomah dengan solah sunat dhuha dan doanya yang sangat bermakna buat diriku.

Akhirnya istiqomah…datanglah padaku tiap kali masuk waktu solah fardhu dengan permulaan solat sunat qabliyyah zohor,asar,maghrib dan ishak serta selepasnya(ba’diyyah) dengan solah sunat zohor,maghrib dan ishak.



Wahai istiqomah,aku mengharapkan jalinan yang kita bina ini mampu mengangkat diriku ditempat tertinggi disisi Allah swt.insyaAllah…=)


Nukilan:Ustaz Hafizaidi/syabab ad-din



 http://www.al-hafizaidi.blogspot.com/











Monday, September 19, 2011

"Ku SiMpan NAMANYA di suDuT HaTi"

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kusimpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhoan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,


Ya Rabb..
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..

Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..

Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..

Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...

Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah Pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepada-Mu..

Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb..

sumber : iLuvislam

tinta hati :
Bila hati Azlen bersuara..
BUAT sahabat-sahabat yang sedang bermujahadah 
menjaga HATI.

-ISLAM itu INDAH-

Friday, September 16, 2011

Nak buat BAIK pUn SuSaH..

Assalammualaikum..


Alhamdulillah syukur ke hadratMU..Terima kasih YA ALLAH..terima kasih kepada sahabat-sahabat sekalian yg sudi menziarahi "teratak" ana.


Baiklah terus dengan luahan rasa hati yang sedih dan sedih dengan situasi dan keadaan yang berlaku di dunia sekarang..


Ana jadi sedih ..Zaman sekarang kalau nak buat baik pun kena kutuk..kan buat baik perkara yg baik..Bila seseorang nak berubah ke arah yang lebih baik..Maka akan kedengaran cakap-cakap "dikeliling"..


"nak menunjuk r tu...
ada lagi tau...........
eleh..kejap je tu..nanti buat lg ...
tak cukup di situ,ada lagi...
nak jadi ustazah la tu..


Ana cakap bukan sebarang cakap..Realitinya, perkara seperti itu berlaku pada masa sekarang..Sedih sangat-sangat..Kan lebih baik kita sama-sama bagi sokongan dan dorongan..Bukan menghamburkan kata cacian mahupun makian.


Apapun,kepada sahabat-sahabat di luar sana termasuk ana sendiri..Usah putus asa dan mengalah dengan "kata-kata" indah itu..


Biarkan mereka berkata-kata..YANG PENTING..ALLAH tahu akan setiap yang ingin dilakukan oleh hambaNYA..


Biarlah kita BURUK dipandangan manusia tapi INDAH dipandangan YA RABB..

Wassalam

tinta hati :

terusik hati kecil ini dengan nasib seorang adik
moga adik tabah.
DIA sentiasa ada disisi adik.

-ISLAM itu INDAH-

Wednesday, September 14, 2011

JoM jadi COMEL!!!

Assalammualaikum..


Terima kasih yang tak terhingga ana ucapkan buat kalian yang sudi membaca dan menziarahi "teratak" ana..Baiklah..ana pasti semua nak jadi COMEL kan..semua suka pada "KECOMELAN"..khas buatmu  yang bergelar MUSLIMAH.


Jadi tanpa melengahkan masa(macam nak panggil orang buat persembahan d pentas je)..:-.Baca sampai habis..Insyaallah,pasti kalian  COMEL..


"COMEL kan Gadis SOLEHAH"



.....sebuah nukilan motivasi buat gadis-gadis Solehah di seluruh Dunia
-------------------------------------------------------------------------------------
{karya faiz aziz dlm koleksi Motivasi CINTA TERINDAH 2009}


Buat awak.....
yakni...gadis-gadis solehah di seluruh dunia ni tau.....!
Hmm... nak panggil gadis-gadis solehah ini dgn pggilan “awak” boleh?
Nak bersembang sikit dengan awak...... ada pesanan dari “seseorang” …
Hmm “Seseorang” la..... dia kata...dia tengah tunggu awak...
siapa tu yea awak? … tunggu ape yea? …
hmmm... tunggu la....hehe...


Prolog tentang awak.......”pernah tak awak berbisik?”

awak tahu tak... yang awak adalah yang terbaik? yang terindah...? Pernah tak awak berbisik kat diri
awak… yakini dan selalu bisikkan : “ ya! saya Gadis SOLEHAH yang Comel =) !” ???
hmm...tapi tak ke orang kate perasan "comel' kalau mcm tu???
hehe.. bukanla awak kene cakap macam tu kat ramai-ramai atau “cakap kuat-kuat” kat wall - wall
facebook.. ! tapi itu untuk diri awak sendiri la.. untuk awak sematkan dalam hati je ...sebagai satu
Motivasi buat awak...!
hehe...Yup! betul ni....sebab... semua daripada awak memang yang tercomel....! jadi...awak kenalah
jaga kecomelan tu.... sebab kecomelan ni...boleh hilang tau...
hmm...betul ni.... boleh hilang........
ia hilang......... Bila nilai “Solehah” itu dah tak ada pada awak... :)
hehe...it is simple kan...!? =)... So...awak mestila kena sentiasa ada semangat untuk ISTIQAMAH jadi
INSAN yang SOLEHAH..... Sebab Insan Solehah tu BEST sangat-sangat.........yup! Betul ni, BEST....!
sebab ape yea? hmm...takpe jom terus membaca molek-molek pesanan “Seseorang” tu.....


Awak & fitrah awak....
Fitrahnya awk pasti sama macam kawan-kawan awak yang lain. Gadis yang sedang meningkat
dewasa.... suka tgk cerita korea.. Suka akan coklat.... Suka dengan baby...suka bermain dengan
kucing... eh..”kitty...kitty la!”~ kata awak :) ...oh ya ka.... hmm :) awak kan lebih pandai dalam
mencipta panggilan manja terhadap segala yang awak suka dan “cute” kan.... lepas tu minat baju-baju
cantik … beg tangan... minat jubah-jubah... dan...

~~hellooo..!!!

....tapi bukan yang membazir dan mengada-ngada fasionnya tau!.. hehe...~smpat awk mencelah.....
hmm... minat juga pada tudung syiria.....eh....pendekla tudungnya...tp ada jgk yg tak pendek kan...
yang mana yang tidak sampai tutup di paras yang sepatutnya, awak pun mesti akan cari yang lebih
labuh... kan...kan...kan...! hehe... takpe... bile awak teringin nak pakai apa yang awak suka, awk pun
pakaila suka-suka sahaja kat dalam bilik kalau ianya tak boleh dipakai kat luar.....kan.....smbil tgk
cermin.....”waah, comelnya !” ~awak berbisik sorang-sorang, sambil tersenyum :) .... aha...! suka juga
pada kecomelan diri sendiri apabila menonton diri kat cermin dan …..bila bersiap-siap sebelum ke
kelas msti bagi diri awak “terasa” comel terlebih dahulu... hehe....ya ka?
Hmm tapi.... awak hakikatnya hanya selesa dengan penampilan yang tidak sesekali mengganggu
manusia yang ada 'penyakit' di hatinya kan!... dan awak tak suka juga mengganggu mata-mata insan
yang akhirnya hanya membawa fitnah....kan..kan..kan... wah... Itulah kecomelan sejati~ berbisik
sorang-sorang lagi... hihi.. suka sangat-sangat dengan kecomelan ya...!

hehe...itu kan fitrah.....

Ketika kawan-kawan awak tengok cerita korea...(terkadang) awak pun tumpang sekaki jugak kan. Tapi
awak bukannya 'kaki' la.. yakni kaki cerita yang melekat sepanjang masa...sebab awak kan ada banyak
komitmen dan pengisian aktiviti yg lebih berfaedah.. kan?! ...Kan Awak suka akan keaktifan...dan
pemanfaatan masa... gerakkan matlamat membina ummah & keunggulan semangat kerjasama
secomel wonderpet!!! (antara cerita kartun yang awak minat jugak tu – hihi.. awak selalu cakap...bak
kate wondrpet : “apa yg penting...Kejesame” ).. cumanya kalau dlm bab cerita korea ni.... awk
tersentuh la jugak kan dgn Hero cerita korea tu....mungkin awak pernah berbisik... yang mereka ini
hensem & cool...kan...kan.....kan....
hehe...itu kan fitrah....
Dalam cerita korea awak suka juga cara kisah dan warna-warni kehidupan yang dipersembahkan...
apatah lagi kalau temanya tentang “CINTA”... tersenyum awak sorang-sorang menonton babak cinta
yang mengganggui jiwa awak.. kan...kan...kan... macam-macam pula yang awak fikirkan... macam best
je kalau jadi macam tu.....kan...kan...kan....?
hehe itukan fitrah...
Dengar pula lagu-lagunya yang membuat hati awk terpesona masa babak best dan terikut-ikut dgn
mood Kekecewaan kalau melodinya beritma 'frust'.. huhu....betol la kata awak...lagu-lagu korea ni
macam “Hidup”! Macam boleh berjalan-jalan dalam kapilari darah awak je...kan...kan...kan...hehe
'feeling' la tu....

hehe itukan fitrah....

Tapi …. awak dalam minat-minat kat cerita korea tu... awak mesti akan berhenti atau tutup cerita tu
setiap kali masuknya waktu solat kan... eh...pause saja la...sebab lepas ni nak sambung balik yea?
..hehe.. tapi awak sambung lepas beberapa ketika la...Lepas awak selesai solat, baca al-Quran &
selesaikan komitmen-komitmen lain... lepas tu pula awk sekadar berkongsi pandangan suka-suka dan
keminatan terhadap HERO2 crita Korea tu itu sesama kawan-kawan je kan... sambil bergurau-gurau.. ..gosip-gosip...hihi...sekadar mewarnai masa dlm
persahabatan... Tapi awak sesekali tidak berlebih-lebihan, tak la sampai post & share sesuatu mcm HERO yang
awak puja lagi mengujakan di wall-wall Facebook... seumpama membuat pengumuman yang “hebat”
kat tempat awam... membuat persembahan “nilaian diri” utk tatapan semua...huhu..

Hellooo..!!!~~

tiba-tiba kawan awak kata itu suatu yang tak salah la sangat pun.. tak mengganggu ketenteraman
awam pun.. hehe...tapi... awak bukan jenis mcm tu kan....awak pun nasihatla kawan-kawan awak tu
ya.... jadilah mcm awk yg suka post-post peringatan dari ayat-ayat al-Quran & hadith, gambar-gambar
petanda kebesaran Allah, perkongsian ilmu, perkembangan dunia islam dan.....

Hellooo.........!!!~~

tiba2 kawan awk mencelah lagi.... “dia pun ada jgk tazkirah-tazkirah tau!” ...hehehe...menyampuk aje
lah..hah..kalau mcm tu meh ajak kawan awak sekali jadi gadis solehah yang Comel...meh la...best
tau...hehe
aha...itu pasal Facebook yang kita kadang-kadang tersilap guna... terlebih, terlalai dan terlupa yang
kita msti jaga betul-betul nilai & maruah utk pameran ramai... huhu.....awak...kene la jaga-jaga juga
kan.. ;)

biasalah itukan fitnah....dan lorong-lorongnya...


(TERUSKAN BACA KALAU NAK COMEL)

Awak... susah tak kalau nak terus ISTIQAMAH jadi Comel.. ?
Hari itu ada seorang budak lelaki... masej-mesej..... hmm...pandainya dia dapat nombor telefon....
awak mule-mule terkejut la kan....hish... curi-curi je no tepon orang.... pastu dia ulang-ualng mesej....
sehari dua kali lepas makan..... macam jadual nak makan ubat antibiotik aje.... ish... sibuk je la dia tu
kan?? eh.......sekejap...sekejap....!!! huh.... ayat-ayat dia Islamik la..... wah.. baiknye...
baiknye....bersungguhnye...bersungguhnye....murninye...murninya.... Caringnya....Caringnya.... cool
nye...cool nye.....~~
aduh... awk teruja sudah..... awak suka dah ni... tersentuh sudah... adui awk minat sangat-sangatla
dengan ayat-ayat yang best mcm tu.... tiba-tiba lagu “ayat-ayat cinta” bergema di hati awak….kui2....
….itukan fitrah...

Hmm...kejap yea budak laki...nak makan sesuatu....nantilah nak ~~re....rep..rrrrr....repl..reply~~ (eh..nape
tersekat-sekat ni?...ade yg tak kene la tu awak!).. hehe ....
Aha.. ade cokelat la... Alhamdulillah...yeay! coklat Cadbury! Makan jap eh... cokelat Cadbury... ade
seseorang budak laki mane ntah yang bagi tadi....budak class ke awak???.... awak 'ter'terima lah sebab
ada orang datang bagi cokelat tu tiba-tiba, takkan nak halau dia macam tu sahaja....(lagipun..awak kan
suka jgk kat coklat tu kan...hehe(“,)... tapi awak malu sangat-sangat waktu tu kan... awak takut
menularnya fitnah yea?!.... ok2.... so, lepas nie awak akan lebih berjaga-jaga ya....! ;) aduh, Cadbury tu
da cair la awak... panas kot awak...ia da cair.......
~msti hati awk pn macam tu kan ...cair mcm coklat Cadbury bile ada yg mencairkan hati awak....sebab
awk letak cokelat kat ats meja aje.... kat tempat panas..... awk tak jaga cokelat tu... kan coklat mudah
cair.... klu awk letak kat tempat sejuk dan bersesuaian, mesti coklat tu akan terus ISTIQAMAH molek
bentuknye! Hehe.......sbb tu la awak... awak kena letak elok-elok, jaga elok-elok sesuatu yg mudah
cair...... macam hati awk.... kalau elok terus dijaga, tak akan terkena lah 'bahang'nya... tak akan dicair
semudahnye kan....hehee...
...nasib baik awak teringat kembali.....

hehehe...itukan fitrah.....

tup...tup...tup....
erk...!
“Abang ~~...Bla...bla...bla........sayang~~... bla..bla..bla...”
huish....awat semacam aje roommate awk tu bersembang dengan abang kandungnya kat tepon??
....ish..ish..ish awk...! ….rase lebih lembut kot suaranya dari kelembutan kuih Seri Muka... hehe.... eh...
awk ni la....baik sangka pulak...bukan abang kandung kot....abang lain kot.....hehe....tapi itu la awak,
sangat-sangat murni hati awak kan, ~menjaga & Husnudzan dalam segenap sangkaan yang muncul
kan....=)
….alamak...!!! awak pun terganggu lagi....awak rase mesti best kan mcm tu....awak terfikir lagi.. hati
mereka mesti asyik gembira aje.... terbelai, termamai, terbuai.... terBUAS...ops!....terbuas la pulak...
Ok2... awk tak suka kan kalau sampai mcm tu.....! ya!...nasib baik awk tak suka kan...
“Helloooo...!!!! I ingatkan you all dah kawin kalau dah sampai begitu cara nya!!!! grrr..grrrrrr...“ ~...wah...awk
bersuara dlm sindiran...hehe...nah! kene “seketul” dari awak... baru tau kan garangnya awak...
grrr~~.....Awk benar-benar bertegas dalam hal ni kan..kan..kan..... ! Hehe... bertambahlah tahap
kecomelan awak lagi.....bravo yea awak...(“,)
eh...sekejap....! keliru kan... bile awak tengok kawan awak tu macam sama ja dengan awk... pakaian &
penampilan mcm awak... ada “jawatan-jawatan” jugak kot.... bila berkata-kata di luar, dengan ramai-ramai...ayat-ayatnya “Islamik” bagai... ...tapi.....
.....tapi....emm....itukan fitrah....eh.... fitrah yang menjadi fitnah la!!!
.... bolehkah dia berkata lagi pada dirinya yang dia adalah : “Gadis solehah yang Comel?”.. ..

hmm...FITRAH dan FITNAH...

hmm... sabar yea awak.....sbb awak msti nak terus jadi Gadis Solehah yang Comel....kan....awak kena
jaga molek-molek diri awak tau.. sebab awak pun tau betapa BESTnya jadi Gadis Solehah ni
kan....kerana awak suka sangat-sangat dgn motivasi daripada Rasulullah... yg selalu awak sematkan
inspirasinya dengan sabda baginda..:

---------------------------------------------------
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang
solehah." (Riwayat Muslim)
-----------------------------------------------------

....alhamdulillah.....yeay! awak kembali tersenyum...awak kembali tenang...awak kembali riang...awak
kembali bersemangat....kerana awak tau... yang menjadi Insan solehah itu adalah sebaik-baik
perhiasan di dunia ini... maka awak selalulah diiktiraf sebagai yang terindah....ya awak adalah GADIS
Solehah yang COMEL! Yang Terindah! Yang teristimewa! yang paling CUN MELECUN gituuu.... :)
… ...hehe.. senyum sikit awak..! (“,)
(^^,)..(^^,)...(^^,)...alhamdulillah....
dari tadi lagi kan..asyik sebut fitrah...fitrah...fitrah....
mengapa awak senang tersentuh...? mudah untuk meminati...? mudah diganggui hatinya? mudah
dibua-buai....?

…..“sebab....awak ada hati yang sangat lembut & suka sesuatu yang mempunyai nilai yang
“cute-cute”....

betul tak awak?

disebalik cerita korea.. cokelat.....baby.....kucing...perhiasan dan lain-lain yang disebutkan tadi......
bukan sengaja dikisahkan... tapi ada falsafah yang tersirat tentang ceciri jiwa awak.... semuanya
berkait rapat dengan sesuatu yang membuatkan awak memandang dan terpengaruh akan sesuatu...
kerana itulah awak mesti kena jadi kuat...! selalu menjaga kelembutan itu dengan cangkerang
keimanan.. ketaqwaan... kesucian....sebagaimana yang telah menjadi “trademark” awak selama ini...
Dan dengan kejayaan awak menempuh jerih payah mempertahankan cangkerang itu...keindahan yg
lain pasti sedang menanti awak...

macam kisah cinta dlm cerita korea tu, cairnya hati awak macam
coklat Cadbury tu... semuanya sememangnya akan hadir jua....kerana itu kan fitrah....semestinya Allah
pasti menyempurnakan fitrah awak....... kerana... Dia jua telah ciptakan “seseorang” lagi yang turut
punyai fitrah ...tugasnya....utk sama-sama sempurnakan fitrah yg tercipta....

------------------------------------------
so...

bolehkah awak berjanji.... yang...awak hanya menanti “seseorang” itu sahaja? Yang telah dicaturkan
untuk sempurnakan fitrah-fitrah awak dalam keredhaan?... seseorang yang sebenarnya tidak ada
masa pun menjadi seorang “budak laki pencair hati” bersama SMSnya berulang-ulangan...? seseorang
yang tidak ada masa pun bersama coklat Cadburynya...? dan seseorang yang tidak pernah pandai pun
memperdaya kelembutan awak itu...?

tapi... dialah seseorang yang masanya di saat ini hanyalah melangkah dan terus melangkah
menyempurnakan misi-misi agamanya?

dia lah yang ingin selalu ingatkan awak ...
selalu bermujahadah & menantikan awak....
dan dia lah “seseorang” yang pastinya menunggu awak ....
kerana....
dialah Lelaki Soleh yang hanya inginkan awak................... si gadis solehah yg Comel! =)

 ALHAMDULILLAH..MAHA SUCI ALLAH =)

(( hehe.. senyum yea awak..! BEST sangat-sangat kan Janji-janjiNYA...!))
p/s : “seseorang” tu pesan : cuba baca sekali lagi pesanan dia ini sambil mainkan lagu Bisikan Nurani, dendangan inteam tu :)

ai kawan2...=) - karikatur 'adik solehah' , by Faiz Aziz ...
[penanda buku percuma~ lukisan Faiz Aziz Cartoons,] versi 'Gadis Solehah'...boleh download percuma & sebar2kan....p/s : ingat yea.. jadi Wanita yg solehah taw...kerana anda pasti akan mnjadi Bidadari sejak di Dunia hatta lah di 'Sana'.. smile =)


wanita misteri..xtau sapa..pakai lukis aja...by faiz aziz 2008




Alhamdulillah..dah COMEL tak??

-ISLAM itu INDAH-



  

Friday, September 9, 2011

SaLam Seindah SYAWAL.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG


aLhamdulillah..hari jumaat bersua kembali..Terima kasih YA ALLAH kerana memberikan ku peluang sehari lagi untuk menhirup udara segar dan merasai kehidupan di BUMImu ini.Lazimilah dalam diri kita ucapan ALHAMDULILLAH saat memperolehi satu kebahgiaan..insyaallah kita akan merasai kemanisannya.


Rasanya kalau nak ucap selamat hari raya lagi..boleh tak??..hari ini dah 11 syawal..Cepatkan..Jadi di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ...

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
kepada semua sahabat yang ana kenali sama ada secara dekat mahupun jauh
sahabat di alam maya iaitu sahabat blogger mahupun fb.

Thursday, September 8, 2011

keMbaRa ke RuMaH ALLAH..seronoknye!!



Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH dan PENYAYANG
Alhamdulillah..rasa seronok sangat.Semua keranaNYA..YANG MAHA PENGASIH tiupkan rasa seronok dan gembira di hati ini..Alhamdulillah..ALLAHU AKBAR..kepada yang membaca nukilan ana kali ini..SENYUM ya..:-)...kan manis tu..semut pun suka..hehe


Baiklah.nak berbicara santai di petang yang indah di BUMI SINTOK ini..Ana dah mula jatuh cinta pada BUMI SINTOK setelah hampir 3 tahun di sini..Nak tau kenapa..Mai sini na..:-)


Sape nak ikut ana realisasikan impian ana..petang ini ana nak kongsikan sesuatu yang indah..Jom..


Masjid Sh...
Masjid Shah Alam


Masjid Wi...
Masjid Wilayah Persekutuan
Masjid Zahir,alor setar (masjid ini ana dh p..cantik)
Masjid Kristal,Terengganu
(
ukhti Hidayah klu ana ke Terengganu,sudi tak bawa ana ke sini??)

Masjid Putrajaya
Masjid Sultan Ibrahim,Muar
(masjid ini ana dh p juga..unik senibinanya)
Masjid al-haram
Masjidil Haram,Mekah (teringin ke sini jugak)
Masjid nabawi

Masjid Al-Nabawi,Madinah  (teringin sangat2 nak ke sini)
Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi UAE
Masjid Sheikh Zayed,Abu Dhabi UAE
Sebenarnya banyak lagi gambar masjid yang cantik di seluruh dunia..Tapi tak larat ana nak upload semua..Ini adalah sebahagiannya..Inilah antara impian ana..Kembara Masjid ke Masjid..tak dapat kembara di over the sea..dalam Malaysia pun dah alhamdulillah..Dari utara ke selatan..apa nak ikut?..angkat tangan..:-)

Insyaallah,satu hari nanti..ajak keluarga kembara ke RUMAH ALLAH.Wassalam

-ISLAM itu INDAH-