Friday, September 30, 2011

assalammualaikum semua..lamanya dah tak update blog..Ampun dan maaf dipinta..Hari in dah 2 zulkaedah 1432H.Subhanallah..cepatnya masa berlalu..Ada sebab musabab yang menyebabkan ana tidak meng"hupdate" blog buat beberapa ketika.Ya ALLAH..


Baiklah,hari ini pun sebenarnya ana rasa tak mampu untuk menukilkan sesuatu yang boleh dijadikan manfaat buat pengunjung teratak ana ini.Terima kasih buat kalian kerana sudi menziarahi teratak ana ini..Walaubagaimana..hari ini ana ingin cuba kongsikan sesuatu..Moga ianya bermanfaat buat kalian semua..


Setiap daripada kita tidak dapat lari daripada menghadapi masalah...Ada yang menrimanya sebagai suatu peluang untuk memperbaiki diri dalam menguruskan masalah..(FAHAM tak ape yang ana cakap..rasa macam berbelit)....Sekarang tengah berhadapan dengan situasi yang begitu "mencabar diri"..Semalam baru "hujan"..alhamdulillah lega(kurang berkenan sikit pada LELAKI yang mengatakan bahawa apabila seseorang perempuan menangis..itu tandanya mereka LEMAH)...


Bagi ana sendiri..usai ana "HUJAN"..alhamdulillah ana rasa lega dan kurang terbeban dek masalah yang sedang dihadapi..Itu 'stail" ana...Alhamdulillah,syukur ke hadratMU..


Selepas MENANGIS,..dengan izinNYA dan bantuanNYA..sedikit demisedikit jalan penyelesaian dalam menyelesaikan masalah yang timbul mencurah-curah keluar..(Dramatik aje bunyi)..Mencurah-curah keluar ke ladang gandum.Just kidding.:-)


Pokoknya..saat menghadapi masalh tanamkan dalam hati bahawa setiap masalah yang timbul pasti ada JALAN penyelesaiannya dengan izinNYA..Minta dan berdoalah padaNYA..



Cukup sampai sini..SENYUM:-)

2 comments:

nurain vivian said...

Assalamualaikum Azleen..salam sayang daripada akak..jaga diri ye..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Buat apalah kita mudah tersentuh dgn kata2 orang baik mereka itu lelaki atau perempuan! Masing2 mempunyai perjuangan hidup. Rasulullah saw sendiri pun menerima cemuahan dan mehnah hidup manusia, sehinggakan pernah baginda saw menerima cacian dan balingan batu sehingga berdarah ketika berdakwah ke Taif tempat kelahiran ibunya. Jibrail a.s. pun merasa sedih dan meminta Rasulullah saw berdoa kpd Allah SWT meminta izin supaya hancurkan bumi Taif dgn meremukkan 2 gunung diantara daerah Taif. Tetapi Rasulullah saw sebaliknya berdoa kpd Allah SWT agar membuka hidayah penduduk Taif, sehinggakan setelah Rasulullah saw wafat, anak2 Taif inilah yang ramai menjadi pahlawan melebarkan syiar Islam sehingga Afrika Utara dan Benua Eropah. Kuatkan iman dalam perjuangan. Surah AlKahfi:14 وَرَبَطۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ إِذۡ قَامُواْ فَقَالُواْ رَبُّنَا رَبُّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ لَن نَّدۡعُوَاْ مِن دُونِهِۦۤ إِلَـٰهً۬ا‌ۖ Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya.
Wallahualam