Friday, October 28, 2011

La Tahzan..

Di Antara Taqdir dan Ikhtiar



Nanti akan ada satu detik,
Nafasku kohor,
Kulitku rekah,
Uratku longgar,
Segala gerak seakan payah,
Lelah untuk mengorak langkah,
Namun tidak terhenti iktikad.
Adakah kau setia menanti,
Lantunan suara yang kian kelam,
Tenggelam pada bibir yang kontang,
Dimamah getir usia?
Apakah kau mampu hayati,
Kalimah tauhidkan Yang Esa,
Terbang bersama sayap makrifat,
Menjelajah langit abadi?
Aku sesekali tidak mudah luntur,
Aku tidak akan mudah goyah,
Pada detik yang merobek riwayatku.
Aku akan terus berjihad,
Aku akan terus beriktikad,
Hingga laungan Izrail menggema ke diri.
Sampai detik akhir itu,
Dengan desir kasih-Nya,
Titipkan doamu buatku selalu.

Wednesday, October 26, 2011

Akhirnya..DIA adalah JodohKU..

Assalammualaikum..

Salam ceria dan selamat pagi buat kalian semua.Apa khabar kalian?Apa khabar HATI kalian??..Jawapannya hanya ada pada kalian..Dah tahu jawapannya..Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH SWT.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan sahabat baginda SAW.


Semakin menginjak usia,semakin hangat "isu" ini diperkatakan.Di mana2 sahaja..Isu ini akan diselitkan dalam perbincangan.


Isu apa tu???Di wall FB,secara puratanya.akan ada post berkaitan ISU ini setiap hari..


ISU apakah yg sedang hangat diperkatakan ini.Sehingga saban waktu diperkatakan..


ISUnya tentang "BAITUL MUSLIM"..sampai ada diwujudkan page utk berkata dan berbincang perkara ini.Ada baiknya pandangan dan pendapat tersebut.Yang baik dijadikan tauladan yang kurang baik jadikan sempadan:-)


Insyaallah,ini adalah pendapat ana.Sudah tertulis JODOH PERTEMUAN AJAL MAUT ditangan YANG MAHA ESA.


Alhamdulillah,kini ana lebih menekankan tentang  mempersiapkan diri  dalam menuju alam BAITUL MUSLIM yang penuh dengan warna warninya.


Emm..timbul persoalan drp sekeliling??Sudah ada calonkah??..


Adakah apabila kita sudah mempunyai calon maka baru  tergopoh- gapah dalam persiapkan diri dengan ilmu berumahtangga.


Bagi ana ,jawapannya TIDAK.


Alhamdulillah,doa yang tak putus-putus ana panjatkan kepada YANG MAHA PENGASIH dan PENYAYANG agar mengurniakan seorang suami yang berpegang teguh dengan agamaNYA,yang dapat membimbing dan bersama-sama memimpin tangan ana dan keluarga (kelak) dalam menggapai redha YANG MAHA ESA.


Dalam akhir sujud,doa ini dilazimi, 


"Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),dan jadikanlah kami pemimpin orang yang bertaqwa"
 Surah Al-Furqan : 74


Maka,ana berusaha memperbaiki diri  daripada semasa ke semasa dan terus berdoa mengenai jodoh ini.Hanya kepadaNYA kita meluah dan meminta  serta berharap akan sesuatu.


Dan ana suka akan nukilan ini :


Jadilah yang soleh/solehah jika inginkan yang soleh/solehah.Jika ramai yang "MENJADI" bukan hanya "MENCARI",maka ramailah calon , senanglah pilihan:-)..Insyaallah.


Akhir kalam,jangan dirundung kerisauan memikirkan perkara ini.Yang perlu ditekankan usaha kita dalam mencapainya.:-).Sekadar luahan perkongsian.Moga bermanfaat.Insyaallah.


p/s: istiqomah amalkan membaca surah Yassin usai solat Subuh,solat Sunat Dhuha,Solat sunat  Hajat usai solat Magrib.Solat sunat Istikharah sebelum melelapkan mata.Bangkit malam solat sunat Taubat dan Tahajud serta penutupnya dengan Solat Sunat Witir.


-ISLAM itu INDAH-



Buat sahabat-sahabatku yang tersayang yang bakal melangsungkan perkahwinan

Nurafini Bt Shahidan,Noor Ruwaida Bt Ariffin,Idayu Bt Othaman dan Inayah Bt Taufik

Selamat Pengantin Baru

Semoga Allah memberkati kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian
dan mengumpul kalian dengan kebaikan,serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada Islam dan muslimin.

Semoga perkahwinan kalian mendapat sakinah, mawaddah dan rahmah dari
Allah S.W.T.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, October 17, 2011

BahgiaKAH anda???

Assalamualaikum...


ape khabar kalian semua??lamanya dah tak meng"hupdate" blog..kalau rumah dh berdebu rasanya:-)..


Sibuk ke pemilik sementara teratak ini?? Siapa tu??:-)


Alhamdulillah..nak kata sibuk sangat..tak juga(3 asignment dah menanti nak disiapkan..Submission date 24/10/11..huhu).Cuma sekarang sedang melebarkan sayap..Sedang berjinak-jinak menulis cerpen di FB.Alhamdulillah,terima kasih atas sokongan.Terdapat pembaca yg msg di inbox brtanyakan bila nak sambung bahagian seterusnya..Sabaq na..:-)


Adakah anda bahgia kini???Tanya pada HATI..Hati yang BAHGIA akan merasa tenang saat dijentik dengan ujian daripadaNYA.


Mampu buat orang BAHGIA??
Insyaallah,sebenarnya terasa indah hidup ini kala melihat orang di sekeliling kita bahgia.


Tak percaya..cuba buat sekarang..Pada sang suami cuba beli sekuntum BUNGA buat sang isteri hari ini..
Tak pernah buat??risau dikata buang TABIAT..Jangan gentar..Lihat reaksinya..Pasti si isteri akan tersenyum..


Anda rasa BAHGIA ??..Insyaallah anda juga akan merasa bahgia bila membuat orang sekeliling BAHGIA:-)


Pada yang bergelar anak..Sesekali balik kampung bercuti setelah berbulan-bulan kerja di KOTA. ..Bila balik kampung,Cuba masak makanan kegemaran mak dan abah..


Tak pandai masak??Jangan risau..JANGAN bagi alasan


 GOOGLE SEARCH kan ada..Dunia skrg dah MAJU..

Pasti mak dan abah gembira..Tak percaya..Balik kampung nanti..CUBA TRY TEST..:-P

Pada yang bergelar seorang sahabat pula..

Mai nak kongsi rahsia??Bagi kawan perempuan..Senang je..Perempuan suka yang comel2..hehe..Bagi key Chain..standard harga KEY CHAIN dalam RM4..Kalau menabung sehari 20sen..Insyaallah,hujung bulan kalian dah boleh beli satu KEY CHAIN untuk dihadiahkan buat sahabat..

Pernah cuba??Jom..kalau belum..kita buat..Mulalah menabung sehari 20sen..:-)

Dah cukup duit,beli Key Chain dan hadiahkan pada mereka.Tengok reaksi mereka??

Kepada lelaki pula,cuba sesekali bagi hadiah minyak rambut Yang bikin rambut terpacak(saya tak sarankan) pada kawan..Roomate ke..:-)

Bagi kopiah ke??Bila kawan pakai..Dia dah amalkan sunnah..Jadi anda dapat ganjaran juga:-)

Insyaallah sahabat bahgia,anda turut merasa BAHGIA.

Kesimpulannya,JIKA anda membuatkan orang di sekeliling bahgia..Insyaallah,anda turut merasa BAHGIA:-)

Sehingga ke temu lagi..Insyaallah..

P/s : suka pulak dengo lagu.."Bila kita nak makan kita baca BISMILLAH..bila kita dah MAKAN,ucap ALHAMDULILLAH"(voices of UMMI)..comey2 je adik2 ni..


Nak rasa BAHGIA yang paling INDAH

Laksanakan tanggungjawabmu sebagai HAMBA kepada YANG MAHA ESA..

-ISLAM itu INDAH-

Monday, October 10, 2011

Lawatan Penuh IBRAH

Assalammualaikum


Alhamdulillah..walaupun agak kepenatan hari ini namun rahmat dan kasih sayang ALLAH pada hambaNYA ini mencurah-curah.Terima kasih YA ALLAH.


Menjadi "pelawat Bulanan" sama ada di Hospital Sultanah Bahiyah mahupun Hospital Pakar Sultanah Fatimah memberikan seribu satu pengajaran buat ana.


Betapa beruntungnya ana...melihat anak-anak kecil yang diuji dengan UJIAN yang begitu berat untuk ditanggungnya seawal usia kecil.Betapa kasihnya  ibu dan ayahnya yang setia menemani sang anak.Begitu tabah dan kuat si anak kecil itu.


mAKa,hati ini sedikit demi sedikit kembali tenang..


YA ALLAH,jika anak kecil itu mampu menerima hadiah pemberianMU dengan senyuman..masakan aku tidak..Maka senyum dan gembiralah wahai hati..




Kuat Lin..kuat Lin..Jangan mudah putus asa.Rahmat ALLAH itu luas terbentang...Kata ana memujuk hati yang kadangkala pilu apabila bertandang ke HSB atau HPSF sebagai "PELAWAT BULANAN".


Buat diriku..ingatlah..saat dirimu diuji maka ALLAH kasih dan sayang padaMU..Maka balaslah kasih sayang YANG MAHA PENGASIH dan PENYAYANG dengan hati yang penuh keikhlasan.



Doalah mohon yang terbaik dari Allah. Mungkin sakit itu lebih baik dari sembuh. Biarkan ia mengikut kehendak Allah. Namun itu tidak bererti kita tidak berusaha untuk sihat.
Usaha itu perlu tetapi dari segi berdoa kepada Allah, tanyalah Dia yang mana terbaik. Mungkin di sebalik sakit itu ada Rahmat Allah yang begitu besar menanti kita.
Kesimpulannya, apabila sakit, ucaplah Alhamdulillah...
Hanya Allah yang Maha Mengetahui..

alt



Nukilan hati..
Isnin..9.25 malam.

Wassalam.

Tuesday, October 4, 2011

Hulurkan TANGAN,Ringankan BEBAN..

Bismillahhirrahmannirrahim...

Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH SWT..Apa khabar wahai pelawat-pelawat blog ana sekalian??Ana doakan moga sentiasa dalam rahmat dan perlindunganNYA.


Baiklah hari ini,ana ingin kongsikan cerita sebenar yang berlaku dalam realiti kehidupan ana..Ana cukup terharu tatkala on Facebook,ada beberapa kenalan Fb yang mempercayai ana dan seterusnya menceritakan permasalahan dan bertanya soalan kepada ana.


Terharu atas kepercayaan kalian kepada ana..Jauh di sudut hati ana sebenarnya ana ingin bergelar seorang "KAUNSELOR" pada masa akan datang.Namun perancangan ALLAH adalah sebaik-baiknya..Kini ana di tahun akhir pengajian dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.


Namun,keinginan ana yang ingin menjadi seorang "KAUNSELOR" akhirnya termakbul juga..Bukan "kaunselor" yang memiliki segulung ijazah dalam bidang berkaitan.Namun,dengan izinNYA,beberapa kenalan FB yang sama sekali tidak mengenali ana secara langsung melauahkan kegusaran dan permasalahan yang membelenggu kehidupan mereka kepada ana.


mutiarakata2

Maka,peranan yang ana mainkan adalah dengan mendengar(maksudnya "mendengar" melalui chatting di Fb)..Setelah usai mendengarnya dan memahami setiap butiran masalah mereka..Maka ana akan cuba untuk membantu mereka.Syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana mempermudahkan ana dalam membantu sahabat.


Ana gembira apabila kenalan-kenalan di FB menyatakan kegembiraan saat masalah mereka telah dapat diselesaikan.Seakan satu hadiah buat ana..Ucapan terima kasih mereka ucapkan buat ana.Namun yang sebenarnya bukanlah ana yang menyelesaikan masalah kalian..YANG MAHA PENOLONG memberikan jalan dan kemudahan kepada kalian dalam menyelesaikan masalah kalian.


“Allah s.w.t. tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……”
(al-Baqarah, ayat 286)



Ana gembira dan terharu..Terima kasih kepada kalian semua atas kepercayaan kalian buat ana.Bukan niat anda menulis entry ini untuk membangga diri..Jauh sekali memuji diri.Namun hanya ingin kita bersama-sama semaikan  sikap "HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN" dalam diri kita.


Maksud ana,bukanlah kalian menolong sseorang sehingga suatu lagi masalah timbul bagi pihak kalian.Tetapi menjadi seorang INSAN yang PRIHATIN dan menyemai sikap "TOLONG -MENOLONG" walaupun dengan hanya "MENDENGAR"..insyaallah,kita akan membantu sseorang yang terbeban dengan pelbagai masalah berasa "RINGAN" dalam menghadapi masalah tersebut.


Namun,perlu diingat  agar IKHLASkan hati kita dalam menolong dan bukan mengharap balasan daripada mereka.

Insyaallah,

HADIAH daripada sebuah KEIKHLASAN adalah
KEDAMAIAN dan KETENAGAN jiwa daripada
YA RABB

mutiarakata1


-ISLAM itu INDAH-

nota hati :
alhamdulillah semangat dah mulai KEMBALI..
untuk menulis..:-)

p/s:..Luahkan kepada YANG MAHA MENDENGAR,pasti kita tidak KECEWA..