Monday, October 10, 2011

Lawatan Penuh IBRAH

Assalammualaikum


Alhamdulillah..walaupun agak kepenatan hari ini namun rahmat dan kasih sayang ALLAH pada hambaNYA ini mencurah-curah.Terima kasih YA ALLAH.


Menjadi "pelawat Bulanan" sama ada di Hospital Sultanah Bahiyah mahupun Hospital Pakar Sultanah Fatimah memberikan seribu satu pengajaran buat ana.


Betapa beruntungnya ana...melihat anak-anak kecil yang diuji dengan UJIAN yang begitu berat untuk ditanggungnya seawal usia kecil.Betapa kasihnya  ibu dan ayahnya yang setia menemani sang anak.Begitu tabah dan kuat si anak kecil itu.


mAKa,hati ini sedikit demi sedikit kembali tenang..


YA ALLAH,jika anak kecil itu mampu menerima hadiah pemberianMU dengan senyuman..masakan aku tidak..Maka senyum dan gembiralah wahai hati..




Kuat Lin..kuat Lin..Jangan mudah putus asa.Rahmat ALLAH itu luas terbentang...Kata ana memujuk hati yang kadangkala pilu apabila bertandang ke HSB atau HPSF sebagai "PELAWAT BULANAN".


Buat diriku..ingatlah..saat dirimu diuji maka ALLAH kasih dan sayang padaMU..Maka balaslah kasih sayang YANG MAHA PENGASIH dan PENYAYANG dengan hati yang penuh keikhlasan.



Doalah mohon yang terbaik dari Allah. Mungkin sakit itu lebih baik dari sembuh. Biarkan ia mengikut kehendak Allah. Namun itu tidak bererti kita tidak berusaha untuk sihat.
Usaha itu perlu tetapi dari segi berdoa kepada Allah, tanyalah Dia yang mana terbaik. Mungkin di sebalik sakit itu ada Rahmat Allah yang begitu besar menanti kita.
Kesimpulannya, apabila sakit, ucaplah Alhamdulillah...
Hanya Allah yang Maha Mengetahui..

alt



Nukilan hati..
Isnin..9.25 malam.

Wassalam.

1 comment:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Tanda2 yang Allah SWT berikan sebagai pengajaran adalah pada diri kita dan sekeliling kita sehingga segenap penjuru dunia. Surah Fussilat:53 سَنُرِيهِمۡ ءَايَـٰتِنَا فِى ٱلۡأَفَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ‌ۗ أَوَلَمۡ يَكۡفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ ۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ شَہِيدٌ Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?
Apabila melihat suasana sekeliling, kita akan merasakan jauh bertuah dari segi penghidupan tetapi adakah kita terfikir sistem ini AKAN BERTERUSAN dan tiada sebarang perubahan yang dapat kita lakukan? Rasulullah saw semasa di zaman Makiyyah, melihat keadaan diri dan umatnya dlm keadaan susah menderita. Ternyata dlm AlQuran, Surah AdDhuha:7-8 وَوَجَدَكَ ضَآلاًّ۬ فَهَدَىٰ (٧) وَوَجَدَكَ عَآٮِٕلاً۬ فَأَغۡنَىٰ Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)? (7) Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?

Untuk mengubahkan sistem penghidupan secara global dan jangkapanjang.Apabila Rasulullah saw melihat ramai para sahabatnya disiksa dan terbiar dlm kemiskinan, Rasulullah saw tidak dapat buat apa2 melainkan menyuruh mereka bersabar kerana sistem pada masa itu tidak membantu penghidupan malah memerangi kebenaran. Rasulullah saw perlu mengubah dirinya dan masyarakat kearah berpetunjuk dengan Allah SWT. Apa lagi kalau bukan dibawah panduan AlQuran. Surah AsSyura:52
وَكَذَٲلِكَ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ رُوحً۬ا مِّنۡ أَمۡرِنَا‌ۚ مَا كُنتَ تَدۡرِى مَا ٱلۡكِتَـٰبُ وَلَا ٱلۡإِيمَـٰنُ وَلَـٰكِن جَعَلۡنَـٰهُ نُورً۬ا نَّہۡدِى بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنۡ عِبَادِنَا‌ۚ وَإِنَّكَ لَتَہۡدِىٓ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus.
Wallahualam