Wednesday, October 26, 2011

Akhirnya..DIA adalah JodohKU..

Assalammualaikum..

Salam ceria dan selamat pagi buat kalian semua.Apa khabar kalian?Apa khabar HATI kalian??..Jawapannya hanya ada pada kalian..Dah tahu jawapannya..Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH SWT.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan sahabat baginda SAW.


Semakin menginjak usia,semakin hangat "isu" ini diperkatakan.Di mana2 sahaja..Isu ini akan diselitkan dalam perbincangan.


Isu apa tu???Di wall FB,secara puratanya.akan ada post berkaitan ISU ini setiap hari..


ISU apakah yg sedang hangat diperkatakan ini.Sehingga saban waktu diperkatakan..


ISUnya tentang "BAITUL MUSLIM"..sampai ada diwujudkan page utk berkata dan berbincang perkara ini.Ada baiknya pandangan dan pendapat tersebut.Yang baik dijadikan tauladan yang kurang baik jadikan sempadan:-)


Insyaallah,ini adalah pendapat ana.Sudah tertulis JODOH PERTEMUAN AJAL MAUT ditangan YANG MAHA ESA.


Alhamdulillah,kini ana lebih menekankan tentang  mempersiapkan diri  dalam menuju alam BAITUL MUSLIM yang penuh dengan warna warninya.


Emm..timbul persoalan drp sekeliling??Sudah ada calonkah??..


Adakah apabila kita sudah mempunyai calon maka baru  tergopoh- gapah dalam persiapkan diri dengan ilmu berumahtangga.


Bagi ana ,jawapannya TIDAK.


Alhamdulillah,doa yang tak putus-putus ana panjatkan kepada YANG MAHA PENGASIH dan PENYAYANG agar mengurniakan seorang suami yang berpegang teguh dengan agamaNYA,yang dapat membimbing dan bersama-sama memimpin tangan ana dan keluarga (kelak) dalam menggapai redha YANG MAHA ESA.


Dalam akhir sujud,doa ini dilazimi, 


"Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),dan jadikanlah kami pemimpin orang yang bertaqwa"
 Surah Al-Furqan : 74


Maka,ana berusaha memperbaiki diri  daripada semasa ke semasa dan terus berdoa mengenai jodoh ini.Hanya kepadaNYA kita meluah dan meminta  serta berharap akan sesuatu.


Dan ana suka akan nukilan ini :


Jadilah yang soleh/solehah jika inginkan yang soleh/solehah.Jika ramai yang "MENJADI" bukan hanya "MENCARI",maka ramailah calon , senanglah pilihan:-)..Insyaallah.


Akhir kalam,jangan dirundung kerisauan memikirkan perkara ini.Yang perlu ditekankan usaha kita dalam mencapainya.:-).Sekadar luahan perkongsian.Moga bermanfaat.Insyaallah.


p/s: istiqomah amalkan membaca surah Yassin usai solat Subuh,solat Sunat Dhuha,Solat sunat  Hajat usai solat Magrib.Solat sunat Istikharah sebelum melelapkan mata.Bangkit malam solat sunat Taubat dan Tahajud serta penutupnya dengan Solat Sunat Witir.


-ISLAM itu INDAH-



Buat sahabat-sahabatku yang tersayang yang bakal melangsungkan perkahwinan

Nurafini Bt Shahidan,Noor Ruwaida Bt Ariffin,Idayu Bt Othaman dan Inayah Bt Taufik

Selamat Pengantin Baru

Semoga Allah memberkati kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian
dan mengumpul kalian dengan kebaikan,serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada Islam dan muslimin.

Semoga perkahwinan kalian mendapat sakinah, mawaddah dan rahmah dari
Allah S.W.T.

Amin Ya Rabbal Alamin.

6 comments:

Si Puteri Ali said...
This comment has been removed by the author.
Si Puteri Ali said...

eh kak inayah on nk kawin dh yea..igtkan kak ida je..huhu..barakallah

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum

ye dik..kak inayah bulan 12 nnt..insyaallah.adik bljr d uum juga ke??

salam ukhuwwah fillah

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum

ye dik..kak inayah bulan 12 nnt..insyaallah.adik bljr d uum juga ke??

salam ukhuwwah fillah

Hardy Boy said...
This comment has been removed by the author.
Hardy Boy said...

cuma saya nasihatkan semua muda mudi lebih berhati2 apabila memilih pasangan hidup walaupun direkmen oleh org lain kerana lelaki & prmpuan skarang ramai yg tidak jujur di zmn yg mencabar, tidak seperti orang2 terdahulu yg lebih cpat matang & bertanggungjawab...

sebelum berkahwin, fikirlah semasak2nya dgn menyelami sedalam2nya ciri2, akhlak, fizikal & dalaman bakal pasangan hidup supaya tidak, jgn terus menyerahkan kpd takdir dan tidak membuat keputusan tergesa2.. sebelum berkahwin, kita hanya mengenai max 70% ciri2 pasangan kita, selebih baik buruk 30% lagi akan kita kenali slps berkahwin...

Dan merupakan perkara normal stp lelaki & wanita akan menyembunyikan setiap keburukan dlm dirinya sblum berkahwin. Cuma apa yg penting kita semua perlu membuat keputusan terbaik, berusaha semaksimum mungkin, kemudian berdoa sambil bertawakkal semoga dikurniakan pasangan hidup yg terbaik utk kita.

Untuk dptkan ciri-ciri idaman kita, wujudkan ciri2 tersebut dlm diri kita terlebih dahulu..hehehehe..

Sekadar renungan krn saya sukakan topik berkenaan "cinta" & "perkahwinan" ini . Entry saya mengenai tajuk ini (^_^) > >>

http://princehardy.blogspot.com/2011/10/haramkah-bercinta-bercouple.html