Sunday, December 19, 2010

6 SURAH...

Assalamualaikum pembuka bicara...


Syukur ke hadrat ILAHI kerana sehingga ke saat ini mengizinkan diri ini utk meluahkan luahan hati di blog yg tersayang...Berkongsi rasa yg dirasai..Alhamdulillah syukur kepada YANG MAHA PEMURAH yg telah  mmberikan pelbagai nikmat yg TAK terhingga kepada diri ini.Ucaplah" ALHAMDULILLAH."


Sungguh kejap rasanya masa berlalu...Diam tak diam hari AHAD sudah kunjung tiba.TAk terasa masa yg berlalu dengan begitu pantas.MUHASABAH akn apa yang telah dilaksanakan sepanjang  hari2 yg berlalu ini.Terasa diri ini blm ckup "mengumpul" bekalan utk menuju ke singgahsana yg ABADI. 


Makin jauh "pengembaraan" makin terasa kekurangan akan diri ini.Moga ALLAH MAHA KUAT senantiasa memberikan kekuatan kepada diri ini utk terus mengutip BEKALAN yg berguna selagi diberikan peluang utk mengintai ALAM ini.


Alhamdulillah..hari ini Len berpeluang utk ke kedai buku "TANJONG EMAS" di Wetex Parade ditemani adik yang tersayang.Bak kata pepatah "alang-alang meyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan"..Alang-alang dh di kedai itu,jadi Len pun ingin memunaikan hajat yg tak tercapai sebelum ini.Sebelum ini,teringin sgt memiliki sebuah buku (lupa tajuk penuh) tapi ade kaitan ttg diri yg bergelar seorang "HAWA".Buku ini karya DR Aidh Al-Qarni yg sebelum ini pernah mengarang sebuah karya yang menarik bertajuk  "LA TAHZAN"(Jangan Bersedih) sesuai utk SANTAPAN rohani.Buku ini banyak menyedarkan Len juga.Alhamdulillah.


Akan tetapi..hajat Len xterlaksana juga..Setelah hmpir 15 minit mncari buku trsebut..Akhirnya buku trsebut x ditemui di kedai tersebut.Terkilan juga.Sebelum ini..masih byk nashkah yg belum trjual..Mungkin karya kali ini  ditunggu oleh semua yg menanti2 karya seterusnya drp DR Aidh al-Qarni.Tidak mengapa,PENCARIAN mesti diteruskan.


Untuk mengubat hati yg bersedih...Len ubatinya dengan membeli sebuah buku yg bertajuk "FADILAT AMALAN 6 SURAH'  yg disusun oleh Ammar Bin Lukman terbitan AL HIDAYAH PUBLICATION.


Menarik juga buku ini..Jadi Len akan kongsi2kan bersama..


Antara yang menarik  :


(i)Fadilat surah Al-Kahfi 


Daripada Muaz Ibnu Anas Al -Juhari,daripada bapanya,daripada Nabi S.A.W baginda bersabda :


  " Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi"


  (HADIS RIWAYAT AHMAD)


 "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari JUMAAT , maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua JUMAAT'


(HADIS RIWAYAT IBNU KATSIR
                     
(ii) Fadilat Surah Yassin


Daripada Jundud r.a ,telah bersabda Rasulullah S.A.W, sesiapa yang membaca Yaasiin dalama satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH nescaya akn diampunkan dosanya


( HADIS RIWAYAT MALIK,IBNUS-SUNNI DAN IBNU HIBBAN)


(iii) Fadilat Surah Al-Mulk


Rasulullah S.A.W bersabda :
 " Sesiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam maka ALLAH mencegahnya daripada AZAB KUBUR."


Ini adalah sebahagian kelebihan-kelebihan yang terdapat pada SURAH AL-KAHFI,SURAH YAASIIN dan SURAH AL-MULK ..Tiga lagi surah-surah antara 6 SURAH yang baik diamalkan adalah SURAH AD-DUKHAN,SURAH AR-RAHMAN dan SURAH AL-WAAQI'AH.


Sampai di sini sahaja...Insyaallah Len akan kongsi2kan lagi akan kelebihan-kelebihan 6 surah ini.Pada sesiapa yg tidak sabar utk mengetahuinya boleh ke kedai-kedai buku berhampiran untuk membeli buku ini:-)Tidak rugi utk kita memilikinya dan mengamalkannya.




"ISLAM ITU INDAH".....SHARING + CARING = LOVING.

Tuesday, December 14, 2010

DIA dah sampai...

Assalamualaikum semua....

 tin..tin...tin....(bunyi hon moto)..cam pelik je bunyinye kan..hehehe...Alhamdulillah...mmg benar penantian suatu penyeksaan.Amboi..bermadah plak..Alhamdulillah lbh kurang jam 11.03 pagi tadi sy telah selamat disatukan dngn "TAUTAN HATI" yg telah mmbuatkan mandi sy hbis air berbaldi2...makan saya brtambh2...tido sy nyenyak sekali...hehe....Sekadar berjenaka sahaja.Hidup ini walau sukar mana pun ujian dihadapi,kita perlu tenang dan gembira dalam menghadapinya:-)

Suspens x???hehe..."TAUTAN HATI" itu adalah novel yg saya nanti2kan selama beberapa hari ni.Baru sj menghabiskan beberapa helaian..Insyaallah dalam masa 2 hari abis rasanya.Insyaallah.

 Sebenarnya hari ni saya nak kongsikan beberapa website yg bercirikan keislaman yg penuh manfaat yg bisa membantu kita untuk merungkai beberapa soalan yg ligat bermain-main di kotak minda kita semua.Segala persoalan ttg soal jawab agama turut boleh diajukan dlam website yg sy nak kongsikan.Malangnya sy terlupa membwa buku yg mmpunyai maklumat ttg wbsite ini ke rumah mak saudara saya.Sy ke rumah mak saudara utk melayari internet kerana di sini trdapat talian internet.

Insyaallah,nnt sy akan kongsi2kan website trsebut pd masa akan dtg:-)
"Sama-samalah kita berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"
Terjemahan surah Al-Asr.

Rasanya hmpir 2mggu saya berada di kampung utk mghabiskan cuti semester.Cuti masih lagi panjang.Pelbagai ilmu yg saya perolehi spnjg 2minggu sy berada di kampung..Ilmu ape???Ilmu rumahtangga..:-)Ilmu yg bermanfaat juga utk masa akan datang.Insyaallah jika dipertemukan dgn jodoh.Jodoh pertemuan ajal maut di tangan TUHAN.

 Antaranya..dapat belajar satu resipi "IKAN BAWAL MASAK 3 RASA"  drp mak saudara,Acik Nor.Mudah saja..hehe..(dah mcm Chef Two plak.).

 Macam-macam plak cerita sy hari ini.Apapun ada sesuatu saya nak kongsikan iaitu 
"JANGAN MELIHAT SIAPA YG BRKATA ,TAPI HAYATI APA YG DIPERKATAKANNYA"

Sehingga bertemu lagi..Insyaallah.

SHARING + CARING = LOVING

Thursday, December 9, 2010

JanGAn KEDEKUT!!!

Bismillahhirrahmanirrahim..Assalamualaikum...

 Syukur alhmdulillah..masih berpeluang utk mnjenguk blog..Dah beberapa hari x jenguk blog.Rindu sgt.:-)Rindu nak ziarah blog tmn2 blogger yg byk manfaat..yg mberikan seribu satu ilmu yg berguna pada Len.

 Len nak kgsi cite ttg prjalanan pulang Len semasa "study week" baru2 ini.Kisahnya bermula pada 1 November 2010.Pada malam itu,Len brsama2 dengan 2 org kwn ingin pulang ke kampung halaman masing2.

 Pada tarikh trsebut juga,hujan lebat sejak 2 hari tanpa henti telah mengakibatkan negeri JELAPANG PADI dilanda banjir.

len turut merasai tempias banjir itu.Walaupun keadaan di UUM masih terkawal.Macam2 pengalaman baru yg Len rasai pada malam tersebut.Malam yg mberi seribu satu pengalaman dan iktibar yg besar buat Len.

 Len nak sematkan pengalaman manis ini dalam sejarah hidup Len.Mungkin sesetengah tidak merasakan bhwa ini adlh pengalaman manis tp bg diri Len ia adalah sesuatu yg begitu brharga.

 Pengalaman manis yg pertama :

a)pak cik Zul yg baik hati
-terima kasih byk2 saya ucpkan pada pakcik kerana sanggup mgmbil kami di kolej pada malam pertama bnjir.Pada mulanya pak cik majid tidak dapat mngambil kami akibat daripada kwsn di rumahnya dilanda banjir.Dugaan yg pertama..Saya dan 2 org kwn sy risau sgt.Bagaimana kami ingin pergi ke stesen bas.Tiada siapa yg sanggup mghantar kami dengan keadaan banjir yg semakin teruk.Banyak jalan ditutup pada malam itu.Peritnya rasa.Tapi Allah Maha pengasih..Allah permudahkan kami.Akhirnya kwn sy menerima panggilan drp pak cil Zul.Beliau sanggup utk mngambil kami.Terharu rasanya.pak cik Zul berasa simpati ngan kami.
Terima kasih Ya Allah kerana menganugerahkan seorang pak cik Zul yg baik hati kepada kami.Sanggup pak cik Zul meredah banjir ngan teksinya keseorangan ke UUM.TERIMA KASIH AYAHANDA ZUL:-)

b)pemandu bas ekspress yang baik hati juga@ pak cim Bokhari n pak cik ????(sy lupa nak tnya nama)
 -Alhamdulillah sy tiba di changlun.Ujian bertandang lagi.Tmpt kami menunggu bas ditenggelami air.masyaallah..terasa berat masa itu.Mujur pak cik Zul mghulurkan bantuan kepada kami.Saya dan kawan terus menelefon kaunter bertanya ttg tempt menuggu bas yg lain utk kami.Selepas membuat panggilan,kami brtiga berasa hampa lagi.Bas ekspress yg ingin kami naiki tidak dapat melalui changlun akibat air yg semakin naik.Byk jalan telah ditutup utk ke Alor Setar.Kami buntu lagi.Saat buntu itu,Allah prmudahhkan kami lagi.Syukur alhamdullillah.Pak cik Bokhari yg mbwa bas ekpress PANCARAN MATAHARI sudi menumpangkan kami sehingga Alor Setar.Akan tetapi,suatu perkara telah tejadi.Sedang berasa seronok dihati kerana segala dugaan yg datang tadi pergi dgn tenangnya.Satu lagi masalah telah brlaku lagi.tiba2 bas brhenti.Len berasa hairan.Pak cik Bokhari segera turun dari bas.Rupanya bas tidak boleh melalui jalan tersebut kerana trdapat lori yg rosak ditgh jalan.Saya dan penumpang lain menunggu dgn gelisah.Akhirnya,jalan penyelesaian telah ditemui.Bas kami trpaksa melalui jalan alternatif lain.Perjalanan mngambil masa hmpir sejam.

 c)akak kaunter tiket mayang sari yg baik hati
-sebenarnya bas ekpress PANCARAN MATAHARI hnya Len tumpang setakat Alor Setar.Bas yg sepatutnya Len naik adalah bas MAYANG SARI.Akibat bas MAYANG SARI yg tidak boleh ke changlun utk mgambil sy dn beberapa penumpg yg lain saya trpaksa menumpang bas PANCARAN MATAHARi.Terima kasih diucapkan kpd akak kaunter(xsmpt gak tnya nama)

d)tertinggal bas
-Setibanya di alor setar,malangnya bas ekpress mayang sari yg patut sy naiki telah bergerak.Saya tidak mampu utk brkata apa-apa pada saat itu.Bercmpur-campur perasaan Len.Risau nak tido kat mana sementara menunggu hari siang utk mmbeli tiket baru utk pulang ke kampung.Mujurlah pak cik Bokhari dan rakan pemandunya ingin menumpangkan sy sehingga ke Kuala Lumpur.Pak cik Bokhari tlh mghubungi pak cik Bas MAYANG SARI.Mereka telah berunding sesama sendiri dan akhirnya kata putus telah dipersetujui.Mereka akan bertemu di Kuala Lumpur.setibanya di  Kuala Lumpur,sy pun turun dari bas PANCARAN MATAHARI utk menaiki bas MAYANG SARI yg telah menunggu saya di tepi jalan brhampiral stsen minyak.Ya Allah,saat itu terasa begitu syahdu sgt hati ini.Macam2 yg Len lalui sepanjang satu malam ini.

 Banyak sangat iktibar yang Len perolehi..Antaranya,jangan kedekut utk mghulurkan bantuan atau pertolongan.Selagi kita terdaya dan termampu hulurkanlah pertolongan.Jika tidak terdaya sekalipun,hulurkan tgn menadah padaNYA... mmohon padaNYA agar insan2 yg memrlukan pertolongan itu dipermudahkan oleh ALLAH.Tidak rugi andai kita ringan tulang utk mmbantu sesama insan.

Bak kata pepatah "buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat..."Buat baik brpada-pada,buat jahat jgn sekali.

Sebelum menutup tirai pada kali ini,utk ingatan Len sendiri dan semua...HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN:-)


 

Saturday, December 4, 2010

SELAMAT DATANG...

Assalamualaikum...

Syukur ke hadrat ALLAH SWT....Masih diberi ruang utkku mncoret di lembaran blogku ini.Pujian-pujian hanya padaMU,Tuhan Yang Maha Esa.Tidak terasa masa berlalu begitu pantas.Tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam seluruh pelusuk DUNIA akan menyambut Tahun baru HIjrah 1422H.

Seperti biasa,tiap2 tahun bila masuk saja tahun baru maka setiap daripada kita pasti akan menanam azam baru.Pelbagai azam yg ingin dicapai..Macam2 cerita yg kita boleh dgr ttg azam pada tahun baru.ada juga azam yg pada thun lps tidak dpt ditunaikn dibawa pada tahun baru.

 Walau apapun azam yang ingin dicapai,pokok pangkalnya adalah HATI.Perbetulkan NIAT dan IKHLAS diri dalam melakukanya bagi mendapat KEREDHAAN daripada ALLAH SWT. 

   "Dan setiap yang BERHIJRAH pada JALAN ALLAH(untuk membela dan menegakkan ISLAM)nescya dia akan dapati di muka BUMI ini tempat BERHIJRAH yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan BERHIJRAH kepada Allah dan RasulNYA kemudian dia mati(dalam perjalanan),Maka sesungguhnya telah tetap PAHALA hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun,Lagi Maha Mengasihani." (SURAH AN-NISA : 100)

 Akhir kata,SALAM MAAL HIJRAH buat muslimin dan muslimat semua.Diharapkan tahun baru ini akan memberikan kita semangat juang yang baru dan tidak jemu untuk terus mencari KEREDHAAN Allah SWT.

Thursday, December 2, 2010

BuKan MILIK KITA:-)

Assalamualaikum....syukur ke hadrat ILahi masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini..Rasa sgt brtuah hari ini kerana diberi peluang sekali lagi utk menikmati BUMI indah ciptaan YANG MAHA ESA.

Sebenarnya xsabar2 nak kongsi kisah ni...Tapi sblum nak kongsi2 citer kat sini.Sblm jari - jemari rancak menari...Pekena Jus Carrot..sedapnya..Alhamdulillah.

 Hri ni pagi2 lg dh dpt mesej drp seseorg???"seseorang"...agak musykil di situ.hehe..Dpt msg drp Presiden Dewan Penginapan Pelajar merangkap Pengarah Projek bg Progrm "Titian Budi Semarak Kasih".Kat UUM ni kami x gelar kolej pljr tp kami gelar DPP.

Mesejnye brbunyi:(Brbunyi ke????)
    pres kolej : lin free x skrg??
    Len           :knp??
    pres kolej : nak minta wakilkan g meeting.rasa xsihat pg ni
    Len           : meeting ape???
    pres kolej : meeting program baktisiswa
    Len          :ok.


Dipendekkan cite Len pun pg..mulanya rasa berat jugak..Maklum la semalam tido lmbt.brsembg ngan roomate.Mcm2 cite..kenangan manis masa prtama kali jejak kaki ke UUM ni..Tapi takpe sbb sblum ni dh  twrkn diri klu ade2 ape2 prtlgn utk prgrm ni gtau je Len.Insyaallah Len boleh tlg.

Nak cite sikit pasal meeting Len hadir td..Meeting ttg prgram "TITIAN BUDI SEMARAK KASIH".Program ini sbnr program anak angkt bsama ngan keluarga yg krg brkemampuan.Bak kata slh seorg pegawai td keluarga yg miskin dn miskin tegar.Pelbagai pihak yg trlibat dlm mjayakn program ini nnt.

Kiranya nnt,kami sbg peserta kena wat sedikit sbyk kaji selidik latar blkg kluarga angkt kami bagi membantu kehidupan keluarga angkt kami drp terus-terusan di belenggu kemiskinan.Kami sbg platform bg mncari kkuatan yg trdpt pd setiap keluarga yg trlibat bagi merubah warna kehidupan mereka(YA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KAMI,AMIN YA RABBAL ALAMIN)

menarik juga program ini.Selalunya program baktisiswa melibatkn kpg2 yg telah maju dan membangun.Kpg-kpg yg mndpt anugerah bagi" Kpg trbaik" peringkat negeri atau kebangsaan.tapi program kali ini brlainan byk bg saya.

Selesai cite  sdkt sbyk ttg program ini.Sebenarnya len nak kongsikan satu pngalamn brharga yg telah Len perolehi semasa "meeting" td.Setelah tamat meeting,kami pun mjamu selera.Selepas mjamu selera kami pun brsembang2 ngan salah seorg pegawai yg trlibat dlm program ini.
 
Pelbagai cerita yg menarik yg beliau kongsikn pd kami semua.Len trtarik ngan suatu kisah yg beliau ceritakan pd kami semua.

Tanpa diduga,Len tlh mmperolehi PENGALAMAN YANG BERHARGA daripada kisah hidup beliau.Beliau brpesan pd kami..Pesanannya....:

antaranya :
   "jgn menganggap sseuatu itu adalah milik kita kerana hakikatnya sesuatu itu hanyalah pinjaman smata2 drp ALLAH SWT.Bila2 masa shj ALLAH boleh mngambil kembali "pinjaman" yg kita miliki."
(kerana seblm ini beliau memiliki segala-galanya..pernh mncapai thp JUTAWAN.kereta beberapa buah.. bbrapa rumah mewah dibeli dgn bayaran tunai.Akn tetapi dgn sekelip mata semuanya ditarik kembali oleh YANG MAHA KAYA)

 Seterusnya beliau mnyambung lgi..
  "Apabila menyayangi sesuatu jgnlah terlalu taksub mnyayangi kerana sesuatu yg paling kita sayangi seringkali  akn diambil olehYANG MAHA PENCIPTA..kerana itu adalh UJIAN buat kita bg mguji thp keimanan dn ketakwaan kita pada ALLAH YANG MAHA KAYA.



Pesannya lagi pada kami...
  "Harta kekayaan tidak mjnjikan erti kehidupan yg sebenarnya krn ia juga mrupakn pinjaman pada kita.Jgn trlalu alpa dengan semuanya sehingga lupa akn syariat yg harus ditegakkan".Hiduplah brlandaskan ISLAM krn ia akn menjanjikn yg trbaik utk kita di dunia dan akhirat."

 Subahanallah...Len hmpir brlinangan air mata mndgr segala kisah suka duka yg diceritakn oleh beliau kpd kami.Beliau ceritakn bhw sblum ini beliau lupa segalanya..Tiada  prnh mrasai erti kemanisan dlm kehidupan sebenar.Tapi ALLAH MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG..Beliau masih diberi pluang utk kembali ke jalan yg SEBENAR.

Betapa ALLAH kasih pada setiap HAMBANYA..pelbagai nikmt yg ALLAH kurniakn.Sebenarnya nikmt trsebut adalh UJIAN utk kita memantapkn diri  lg mnjadi seorg muslim yg sejati dgn hidup brlandaskan syariat ISLAM.AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.

 Kini beliau dlm usia lbh kurg 40-an  tlh merasa ckup indah dn bhgia dalam khidupan bru.Bru kini beliau mrasakn kemanisan hidup yg sbnrnya..Pesannya pada kami sblum menutup bicara ..
"Sayangilah keluarga..mak abah adik-bradik krn mereka adlh ANUGERAH yg xternilai yg ALLAH kurniakn buat kita semua"Hiduplah dgn ISLAM.ISLAM ITU INDAH.

 Sebenarnya ini adlh sebahagian prkongsian drp Len..Byk lagi pngalamn menarik yg beliau critakn   pd kami.Apepun Len hrp agar "PERKONGSIAN" yg sedikit ini akn  mjadi lonjakan kepada kita utk trus mncari keredhaan drp ALLAH SWT.Akn mjadi pembakar semangt utk kita trus brjuang dalam mncari "BEKALAN" yg secukupnya utk menempuhi ALAM yg kekal abadi.:-)

sesungguhnya yg baik itu drp ALLAH dn kekurangan dtgnya drp kelemahan diri Len.Sama2 kita mmperbaiki apa jua kelemahan yg ada pd diri kita krn tiada siapa yg mampu mgubah sesuatu kaum itu jika bukan kaumnya sendiri yg mgubahnya.

p/s: terima kasih kat presiden kolej sbb msj Len pg td utk wakilkan dia ke "meeting" trsebut.Byk sgt pengalaman yg Len dpt.Rasanya ini adlh "meeting" yg paling best Len hadiri:-)

 SHARING + CARING = LOVING



















Wednesday, December 1, 2010

selesai "PERJUANGANKU"

Alhamdulillah syukur ke hadrat ILahi.Puji-pujian hanya padamu,Ya ALLAH.Syukur sgt2 kerana diberikan peluang untuk berjuang pada semester kali ini sehingga tamat.

Perjuangan dalam menuntut ilmu pengetahuan. 25 ZULHIJJAH 1431H...merupakan tarikh keramat tamatnya peperiksaan akhir pada semester 5 untuk  Len n beberapa sahabat yg lain.

Kepada sahabat-sahabat yg masih berjuang di medan peperiksaan di DEWAN MUADZAM SHAH,UUM(sejuk sgt2 dewan ni) n beberapa lagi dwn peperiksaan yg lain.Len doakan smg kejayaan akan menjadi milik kita semua.AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Maka hari ini bermulalah "HOLIDAY" bagi Len.Cuti2 jugak tapi sebenarnya pada cuti kali ni Len kena manfaatkan sebaik mungkin.

Cuti kali ini makanya akn bertambah2 "hitam manis" Len.hehe..manis??sweet 22.:-).Len kena cari tempat praktikal(pejam celik pejam celik)...x terasa dah di tahun akhir Len.Insyaallah tahun depan merupakan semester terakhir bagi Len.

Nak cri tempat praktikal sekitar bandar Muar n Melaka.Al maklumlah...kampung kat Parit Besar,Muar..makanya nak cari dkt2 sini.Bukan ape,leh jimat belanja skit.Harap2 dpt kat sini.

Disebabkan Len xde lagi LESEN MOTOR...sedihnye...maka kena naik bas utk mncari2 tempat praktikal.Ade sesape nak tmn Len x?????hehe.xpe2....kepada adikku DIBAH yg cute(bila nak minta tolong,bru nak puji ek)..bersedialah kamu..hehe.Ti teman ANGAH cari tmpt praktikal.Kamu jadi "bodyguard" ANGAH tau.Sebab 2 la Len gtau td mkin brtmbh2 "hitam manis" Len.Kena jalan kaki.:-) EXERCISE(leh trun brt bdn)

Cuti ni jugak insyaallah Len akan menyertai program BAKTISISWA yg dianjurkan oleh DPP EON.DPP yg kusayangi..DPP maksudnya DEWAN PENGINAPAN PELAJAR.Kat UUM,kitaorg xpggl kolej.Tapi diberi glrn DPP.UNik:-).Sronok gak join program mcm ni..Leh tmbh kenalan n luaskan pengalaman.

 Harap2 ape yg Len rancang akn berjalan dgn lancar.Ape yg penting.."NIAT" kita msti betul dan ikhlas.USAHA pastu DOA..kemudian TAWAKAL kepada ALLAH SWT.Mudahan2 ALLAH memudahkan urusan kita semua.Insyaallah.

Akhir kata,kalau ade salah silap harap dimaafkan.Selamat bercuti.YANG BAIK itu drp ALLAH dan kekurangan itu datangnya dri Diri Len.Sama2 kita perbaiki kelemahan diri agr mjdi MUKMIN YG SEJATI:-)Insyaallah.

 SHARING + CARING =LOVING