Sunday, December 19, 2010

6 SURAH...

Assalamualaikum pembuka bicara...


Syukur ke hadrat ILAHI kerana sehingga ke saat ini mengizinkan diri ini utk meluahkan luahan hati di blog yg tersayang...Berkongsi rasa yg dirasai..Alhamdulillah syukur kepada YANG MAHA PEMURAH yg telah  mmberikan pelbagai nikmat yg TAK terhingga kepada diri ini.Ucaplah" ALHAMDULILLAH."


Sungguh kejap rasanya masa berlalu...Diam tak diam hari AHAD sudah kunjung tiba.TAk terasa masa yg berlalu dengan begitu pantas.MUHASABAH akn apa yang telah dilaksanakan sepanjang  hari2 yg berlalu ini.Terasa diri ini blm ckup "mengumpul" bekalan utk menuju ke singgahsana yg ABADI. 


Makin jauh "pengembaraan" makin terasa kekurangan akan diri ini.Moga ALLAH MAHA KUAT senantiasa memberikan kekuatan kepada diri ini utk terus mengutip BEKALAN yg berguna selagi diberikan peluang utk mengintai ALAM ini.


Alhamdulillah..hari ini Len berpeluang utk ke kedai buku "TANJONG EMAS" di Wetex Parade ditemani adik yang tersayang.Bak kata pepatah "alang-alang meyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan"..Alang-alang dh di kedai itu,jadi Len pun ingin memunaikan hajat yg tak tercapai sebelum ini.Sebelum ini,teringin sgt memiliki sebuah buku (lupa tajuk penuh) tapi ade kaitan ttg diri yg bergelar seorang "HAWA".Buku ini karya DR Aidh Al-Qarni yg sebelum ini pernah mengarang sebuah karya yang menarik bertajuk  "LA TAHZAN"(Jangan Bersedih) sesuai utk SANTAPAN rohani.Buku ini banyak menyedarkan Len juga.Alhamdulillah.


Akan tetapi..hajat Len xterlaksana juga..Setelah hmpir 15 minit mncari buku trsebut..Akhirnya buku trsebut x ditemui di kedai tersebut.Terkilan juga.Sebelum ini..masih byk nashkah yg belum trjual..Mungkin karya kali ini  ditunggu oleh semua yg menanti2 karya seterusnya drp DR Aidh al-Qarni.Tidak mengapa,PENCARIAN mesti diteruskan.


Untuk mengubat hati yg bersedih...Len ubatinya dengan membeli sebuah buku yg bertajuk "FADILAT AMALAN 6 SURAH'  yg disusun oleh Ammar Bin Lukman terbitan AL HIDAYAH PUBLICATION.


Menarik juga buku ini..Jadi Len akan kongsi2kan bersama..


Antara yang menarik  :


(i)Fadilat surah Al-Kahfi 


Daripada Muaz Ibnu Anas Al -Juhari,daripada bapanya,daripada Nabi S.A.W baginda bersabda :


  " Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi"


  (HADIS RIWAYAT AHMAD)


 "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari JUMAAT , maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua JUMAAT'


(HADIS RIWAYAT IBNU KATSIR
                     
(ii) Fadilat Surah Yassin


Daripada Jundud r.a ,telah bersabda Rasulullah S.A.W, sesiapa yang membaca Yaasiin dalama satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH nescaya akn diampunkan dosanya


( HADIS RIWAYAT MALIK,IBNUS-SUNNI DAN IBNU HIBBAN)


(iii) Fadilat Surah Al-Mulk


Rasulullah S.A.W bersabda :
 " Sesiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam maka ALLAH mencegahnya daripada AZAB KUBUR."


Ini adalah sebahagian kelebihan-kelebihan yang terdapat pada SURAH AL-KAHFI,SURAH YAASIIN dan SURAH AL-MULK ..Tiga lagi surah-surah antara 6 SURAH yang baik diamalkan adalah SURAH AD-DUKHAN,SURAH AR-RAHMAN dan SURAH AL-WAAQI'AH.


Sampai di sini sahaja...Insyaallah Len akan kongsi2kan lagi akan kelebihan-kelebihan 6 surah ini.Pada sesiapa yg tidak sabar utk mengetahuinya boleh ke kedai-kedai buku berhampiran untuk membeli buku ini:-)Tidak rugi utk kita memilikinya dan mengamalkannya.




"ISLAM ITU INDAH".....SHARING + CARING = LOVING.

No comments: