Tuesday, April 26, 2011

Nak kahwin!!!!


Bismillahhirrahmanirrahim
Sangat berkesan dan terhibur dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha...
Tajuk untuk post kali ini pun agak "meletup"..Amat segan sebenarnya nak letak tajuk tersebut pada entry kali ini..:-).Macam tak sabar je gaya bunyi tajuk trsebut.Niat sebenar untuk menarik pengunjung2 yg berkunjung ke teratak saya menonoton video tersebut.Selamat menonton.:-)


Kalau mak tgk tajuk entry saya kat blog kali ini...jeng jeng jeng.."Kenak gatai ilak anak mak sorang tok bah..hehe
(faham x??ni loghat sarawak sebab mak kak angah orang BUMI KENYALANG)Maksudnya lebih kurang "amboi,gatal betul anak mak sorang ni":-).Baru2 ni  kena sakat dengan mak long dan acik nor..mereka sakat2 saya suruh tunjuk gambo bf..Saya tidak ada boyfren(cantik btul ejaan ya) pun..Dan tidak akan ade selepas ini cuma berdoa "Moga dipertemukan dengan seorang insan yang bergelar suami yang soleh kelak"


"Jika mahu mendapatkan suami yang soleh, tidak perlu bersusah-payah mencari yang soleh, sebaliknya berusahalah menjadi yang solehah. Jika mahu bertemankan isteri yang solehah, tidak perlulah sibuk sana-sini mencari si solehah, sebaliknya berusahalah menjadi yang soleh. Jika semua fokus untuk 'menjadi' dan bukan 'mencari', maka ramailah calon, mudahlah pilihan."(meminjam kata2 daripada pemilik teratak hadi87.blogspot.com..asif jiddan..pinjam kata2 ini..)


Anda dapat syurga sebelum kahwin, Tuhan akan tarik syurga selepas kahwin... 


Sekian.


~ISLAM itu INDAH~

Monday, April 25, 2011

Sabarlah wahai insan bernama....

Assalammualaikum..

Duhai insan yang bernama.........
Hamba kepada Yang Maha Esa
Umat Nabi Muhammad
Anak kepada abah dan emak
Kakak kepada adik-adik
Adik kepada abang
Sahabat kepada teman-teman

Kuat dan tabahlah dalam menghadapi ujianNYA
Sabar dan istiqamah dalam meraih cintaNYA
 Pasti kamu merasai
Indah dan Manisnya
Hikmah di sebalik ujianNYA.
Kerna kamu adalah hambaNYA
Yang pasti akan diuji olehNYA.


Nukilan hati..5.54 petang tanggal 25 April 2011.

Tuesday, April 19, 2011

"INDAHNYA BERKELUARGA"

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH swt...Hari ini rasa nak kongsi macam2 cerita di "teratak" saya ini..Pelbagai cerita sudah berlegar2 di minda utk dikongsikan pada kali ini..


Walaubagaimanapun,setelah berfikir..hari ini tajuk entry saya adalah "INDAHNYA BERKELUARGA".Kenapa saya memilih tajuk ini sebagai tajuk???Berbelit2 rasa ayat yang diungkapkan..


Saya telah berpeluang untuk "bercuti"awal drp teman2 kuliah yang lain.Ingin tahu kenapa??Sudah pun saya ceritakan dalam post sblm ini.Hati ini redha dengan ketentuanNYA.Saya harapkan hikmah disebaliknya akan menyedarkan dan mencelikkan mata hati saya agar sentiasa "bersedia" melengkapi diri  lagi dengan "bekalan" menuju ke sana.Bukan hanya bersedia sahaja malah sentiasa bertatih mengorak langkah sedikit demi sedikit mengutip bekalan.Yang penting,jangan pernah putus asa.Jangan mudah leka dan alpa dengan nikmat hidup di dunia wahai insan2 yang bergelar hamba kepadaNYA.


Peringatan ini ditujukan khas buat diri yang kerdil ini.Baiklah..berbalik semula pada tajuk pada kali ini.
Saya rasa sangat bersyukur atas kurniaan yang ALLAH kurniakan pada saya iaitu sebuah keluarga yang punya abah,emak,abang dan 2 org adik.Terima kasih YA ALLAH.


Alhamdulillah sudah bercuti 10hari di rumah.Macam2 gelagat yang mencuit hati berlaku sepanjang keberadaanku di rumah.Al maklum saja saya kena "berpantang" makan.Ahli keluarga saya cukup2 mengambil berat segala pemakanan saya sepanjang tempoh "berpantang" ini.


Situasi 1:
"Angah,mak ada beli karipap kat dapur 2"..kata adikku pada saya.Tapi angah mana boleh makan sebab pedas.Inti karipap letak serbuk kari n cili.Seraya mak menyahut.."xpe,jamah sikit2 je"..boleh..:-)Hehe.


Situasi 2 :


Makan tengahari dengan nenek..


 Lin tak boleh makan ikan pari bakar tu...".tajam"..kata nenek pada saya.Dengan muka yang menurut perintah,langsung tak menjamah ikan pari walau dalam hati meronta2 nak makan juga ikan tu..Alahai..sabo ye cik LIN..hehe.Maka tengahari tersebut hanya makan nasi berlaukkan sup sayur..(dalam hati memujuk.."sedap2 sup sayur ni):-)


Situasi 3:


Sedang bersantai di ruang tamu sambil menonton tv..


Emm..sedapnye..Udin,minta sikit..kataku pada adik lelakiku..Mana boleh angah..Kerepek ni keras.Bahaya.Habis "berpantang" baru boleh makan."balas udin pada kakaknya yang comel ini:-)..
Baiklah adikku sayang.(sob2..hatiku merintih)huhu..


Itulah serba sedikit situasi yang berlaku sepanjang tempohku "berpantang".Terharu hati kecil ini dengan keprihatinan dan kasih sayang yang dicurahkan keluarga kepada saya.


Angah sayang mak, abah, abang dan adik2 angah semua.


"YA ALLAH BERIKAN DAKU KESEMPATAN UNTUK DAKU  MEMBAHGIAKAN KELUARGAKU"


Sekian.


p/s:.."BERPANTANG" sebab selesai menjalani pembedahan "apendiks"..




-ISLAM itu INDAH-

Tuesday, April 12, 2011

TERIMA KASIH SEMUA...

Bismillahirrahmannirrahim..


Syukur ke hadrat ALLAH swt kerana memberi hambaMU kudrat untuk mencoretkan bingkisan hati di teratak ini..Puji-pujian hanya padaMU,selawat dan salam buat Junjungan Nabi Muhammad saw.Sudah lama benar rasanya tak mencoret di teratak ini.YA ALLAH,sesungguhnya pelbagai perkara yang berlaku sepanjang tempoh tersebut..


Dan salah satunya ingin saya kongsikan di sini khususnya buat insan yang bernama WANITA..Saya harapkan perkongsian saya kali ini mampu memberikan manfaat kepada semua.Saya gagahkan jua mencoret kali ini walaupun hati ini masih lagi berduka.Sabarlah wahai HATI...


Tanggal 3 April terlakar satu sejarah dalam hidupku..Memang saya sendiri tidak menyangka.Lebih kurang 5 pagi tanggal detik tersebut,saya diserang kesakitan yang sangat menyakitkan.Disangka diri ini hanya mengalami sakit perut biasa.Akan tetapi kesakitan yang dialami berlanjutan sehingga petang.Setelah diberikan ubat oleh teman sebilikku,harapan untuk sembuh daripada kesakitan tiada.Pada pagi tersebut,saya tak mampu untuk menghadiri kuliah seperti biasa.


Usai makan ubat,saya rehat di bilik.Tetapi kesakitan yg dirasa makin memuncak.Mujur beberapa kawan datang ke bilik pagi tersebut untuk bertanyakan ttg kuliah.Lebih kurang 10 pagi,saya gagahi jua kaki melangkah sambil dipapah oleh kawan untuk ke Pusat Kesihatan Universiti(PKU,UUM).Perasaan saya saat itu hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI.


Setelah dihantar staf pejabat kolej ke PKU ditemani kawan2,saya di masukkan ke bilik kecemasan.Setelah diperiksa DR melalui ujian darah dan ujian air kencing,saya disuspek menghadapi apendiks.Saya kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar.(HSB)


Setibanya di HSB,sekali lagi saya dimasukkan ke wad kecemasan.Sekali lagi ujian darah dilakukan terhadap saya.Pemeriksaan tekanan darah turut dilakukan kepada saya.Beberapa orang doktor merawat saya ketika itu.Hampir 4 jam saya ditahan di wad kecemasan.Kemudian saya dihantar ke wad untuk rawatan lanjut.


Tak disangka lebih kurang pukul 9.20 malam,seorang jrurawat datang di katil saya dan menyatakan bahawa saya akan dibedah pada malam itu juga.Ya ALLAH,perkhabaran yang diterima daripada jururawat tersebut amat mengejutkan saya.Serta merta badan saya terasa sejuk dan mengigil.Bercampur baur perasaan ketika itu.Seperti tidak percaya,tapi pada hakikatnya pembedahan  akn dijalankn pada malam 3 April.


Saat itu,macam-macam perkara yang berlegar di fikiran saya.Tak dapat saya bayangkan betapa rasa kerdil diri ini dihadapanNYA.Setelah siap menukar pakaian untuk dibedah,saya dibawa oleh 2 orang jururawat ke bilik pembedahan.Seorang kawan saya turut menemani.Hati rasa berdebar-debar saat itu.Sebelum itu,saya menelefon keluarga di kampung untuk menyatakan tentang pembedahan yang akan dijalankan ke atas saya.Saat itu,hiba dan sebak melanda diri.Saya diminta untuk menandatangani sendiri borang pembedahan.


Saya tiba di bilik pembedahan.Tetapi,kawan yang menemani saya hanya dibenarkan menghantar saya di pintu bilik pembedahan.Setelah sampai di bilik pembedahan,Doktor menerangkan tentang pembedahan yang akan dijalankan ke atas saya.Seingat saya,saya sempat untuk melihat sekeliling bilik pembedahan lebih kurang 5 minit.Setelah doktor meminta saya menarik dan menghembus nafas sambil itu,beliau meletakkan alat bantuan pernafasan kepada saya.


Pembedahan yang dijalankan ke atas saya mengambil masa lebih kurang 3jam.Saya hanya sedar setelah pembedahan selesai dijalankan ke atas saya.Jururawat kemudian membawa saya ke wad.Keadaan saya setelah tiba di wad amat lemah.Mungkin kesan ubat bius ke atas diri saya masih berbaki.Mata pun sukar untuk dibuka saat itu.


Pagi 4hb April,saya menerima kunjungan Dr yang membedah saya bersama dgn beberapa lagi Dr.Satu kejutan saya terima lagi pada kali ini.Saya bukan sahaja apendiks tetapi dimaklumkan mengalami ENDOMETRIOSIS.Satu perkataan yang belum pernah didengar.Saya diberi penerangan tentang perkara tersebut.Untuk mengetahui lebih lanjut,saya sertakan link ini,http://yuzaianne.blogspot.com/2010/03/apa-itu-endometriosis.html.Saya ditahan hospital sehingga 7 april 2011.Setelah dilakukan pemeriksaan dan dipastikan keadaan diri sembuh dari demam yang dialami setelah pembedahan,DR membenarkan saya pulang.


Hati ini sebenarnya berat untuk menerima semua ini.Saya terpaksa menangguhkan pengajian pada semester ini.Semester ini merupakan semester terakhir bagi saya.Tapi apakan daya,semuanya adalah perancangan,segala ketentuan adalah di tangan YANG MAHA ESA.Alhamdulillah,beberapa rawatan susulan akan saya terima selepas ini.Moga ALLAH memberikan kesembuhan kepada saya.Amin Ya Rabbal Alamin.


Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Hospital Sultanah Bahiyah,para doktor dan jururawat serta pihak Dewan Penginapan Pelajar Eon iaitu kepada Tuan Pengetua,Felo-felo,warga DPP Eon dan pihak UUM.Ucapan terima kasih juga ingin saya tujukan buat keluarga,kawan-kawan yang bertanya khabar dan menziarahiku,kawan-kawanku yang menjagaku sepanjang di hospital dan di rumah tetamu sebelum keluarga tiba untuk membawa saya pulang ke kampung,dan kepada semua yang memberikan sumbangan,kata2 dorongan dan nasihat serta iringan doa kalian buat saya.Sesungguhnya hanya ALLAH yang mampu membalas segala jasa kalian semua.


Akhir kata,sekali lagi TERIMA KASIH BUAT SEMUA atas sumbangan,sokongan,kata-kata nasihat serta iringan doa kalian buat saya.SEKIAN.


-JAGA KESIHATAN,HARGAILAH KESIHATAN kurniaan YANG MAHA PENGASIH.


-ISLAM itu INDAH-