Monday, April 25, 2011

Sabarlah wahai insan bernama....

Assalammualaikum..

Duhai insan yang bernama.........
Hamba kepada Yang Maha Esa
Umat Nabi Muhammad
Anak kepada abah dan emak
Kakak kepada adik-adik
Adik kepada abang
Sahabat kepada teman-teman

Kuat dan tabahlah dalam menghadapi ujianNYA
Sabar dan istiqamah dalam meraih cintaNYA
 Pasti kamu merasai
Indah dan Manisnya
Hikmah di sebalik ujianNYA.
Kerna kamu adalah hambaNYA
Yang pasti akan diuji olehNYA.


Nukilan hati..5.54 petang tanggal 25 April 2011.

2 comments:

Herni said...

Usah pinta dikecilkan ujian, tapi mintalah dibesarkan hati. Bila Allah menurunkan sesuatu, contohnya perasaan tidak bahagia itu, kita mungkin sering minta supaya diberikan kebahagiaan, dan dibawa benda2 kesedihan itu jauh2. Mintalah doa dilindungi dari hammi wal hazan yakni kegelisahan dan kesedihan, dan dikuatkan hati, diberi kesabaran dan ketahanan untuk menghadapi ujian2. Setiap perkara yang Allah turunkan kepada kita, adalah untuk menguatkan kita.

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalamualaikum

terima kasih adikku sayang..
"USAH PINTA DIKECILKAN UJIAN TAPI MINTALAH DIBESARKAN HATI"