Tuesday, April 19, 2011

"INDAHNYA BERKELUARGA"

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH swt...Hari ini rasa nak kongsi macam2 cerita di "teratak" saya ini..Pelbagai cerita sudah berlegar2 di minda utk dikongsikan pada kali ini..


Walaubagaimanapun,setelah berfikir..hari ini tajuk entry saya adalah "INDAHNYA BERKELUARGA".Kenapa saya memilih tajuk ini sebagai tajuk???Berbelit2 rasa ayat yang diungkapkan..


Saya telah berpeluang untuk "bercuti"awal drp teman2 kuliah yang lain.Ingin tahu kenapa??Sudah pun saya ceritakan dalam post sblm ini.Hati ini redha dengan ketentuanNYA.Saya harapkan hikmah disebaliknya akan menyedarkan dan mencelikkan mata hati saya agar sentiasa "bersedia" melengkapi diri  lagi dengan "bekalan" menuju ke sana.Bukan hanya bersedia sahaja malah sentiasa bertatih mengorak langkah sedikit demi sedikit mengutip bekalan.Yang penting,jangan pernah putus asa.Jangan mudah leka dan alpa dengan nikmat hidup di dunia wahai insan2 yang bergelar hamba kepadaNYA.


Peringatan ini ditujukan khas buat diri yang kerdil ini.Baiklah..berbalik semula pada tajuk pada kali ini.
Saya rasa sangat bersyukur atas kurniaan yang ALLAH kurniakan pada saya iaitu sebuah keluarga yang punya abah,emak,abang dan 2 org adik.Terima kasih YA ALLAH.


Alhamdulillah sudah bercuti 10hari di rumah.Macam2 gelagat yang mencuit hati berlaku sepanjang keberadaanku di rumah.Al maklum saja saya kena "berpantang" makan.Ahli keluarga saya cukup2 mengambil berat segala pemakanan saya sepanjang tempoh "berpantang" ini.


Situasi 1:
"Angah,mak ada beli karipap kat dapur 2"..kata adikku pada saya.Tapi angah mana boleh makan sebab pedas.Inti karipap letak serbuk kari n cili.Seraya mak menyahut.."xpe,jamah sikit2 je"..boleh..:-)Hehe.


Situasi 2 :


Makan tengahari dengan nenek..


 Lin tak boleh makan ikan pari bakar tu...".tajam"..kata nenek pada saya.Dengan muka yang menurut perintah,langsung tak menjamah ikan pari walau dalam hati meronta2 nak makan juga ikan tu..Alahai..sabo ye cik LIN..hehe.Maka tengahari tersebut hanya makan nasi berlaukkan sup sayur..(dalam hati memujuk.."sedap2 sup sayur ni):-)


Situasi 3:


Sedang bersantai di ruang tamu sambil menonton tv..


Emm..sedapnye..Udin,minta sikit..kataku pada adik lelakiku..Mana boleh angah..Kerepek ni keras.Bahaya.Habis "berpantang" baru boleh makan."balas udin pada kakaknya yang comel ini:-)..
Baiklah adikku sayang.(sob2..hatiku merintih)huhu..


Itulah serba sedikit situasi yang berlaku sepanjang tempohku "berpantang".Terharu hati kecil ini dengan keprihatinan dan kasih sayang yang dicurahkan keluarga kepada saya.


Angah sayang mak, abah, abang dan adik2 angah semua.


"YA ALLAH BERIKAN DAKU KESEMPATAN UNTUK DAKU  MEMBAHGIAKAN KELUARGAKU"


Sekian.


p/s:.."BERPANTANG" sebab selesai menjalani pembedahan "apendiks"..




-ISLAM itu INDAH-

11 comments:

Suhaila said...

huhu..sabar ye..kejap je tu... ana pulak demam dimusim2 nak final ni.. huhu

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalamualaikum suhaila

semoga cepat sembuh:-)

terima kasih ya.

semoga sukses dlm peperiksaan akhir nnt:-)

Siti NuruL Ain said...

dengar cakap family tu lin..makan memang kena jaga pantang.. jangan hentam kromo je..kang lambat baik kang...nak? huhuu..

makan ubat and jaga pantang ok..

Muhammad Marzuqi Bin Rameli said...

syafakillah...moga cepat sembut~
moga dapat terus belajar dan belajar...

Al - Mu'allim said...

Salam 'alaik.

Moga segera sembuh dan sabar dalam menghadapi ujian.

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

to my roomate :

yo..den donga cakap..hehe..kalau salah ckp nogori 2,betul2kan ek..

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

to akhi marzuqi :

terima kasih ya..

tahniah ats program yg dianjurkan.(sat g ke mana2 org kenal ya dh msuk paper)

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

to cikgu :

waalaikumussalam..

terima kasih ya..nnt kongsikn jwpn utk kuiz yg cikgu dpt 2..sukar juga kuiz trsebut.

Syauqatul Wardah said...

syakillah ya Ukhti, ujian itu indah, menguji kesabaran dlm bercinta =)

(26:80)
waidza maridhtu fahuwa yasyfeen..
Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku..

p/s: Azlen umur brp ye, kakak ke adik ni ^_^ saya 19

Syauqatul Wardah said...

*syafakillah (maaf.. tersalah eja) =)
kuat!

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalamualaikum

terima kasih adikku syauqatul wardah..

boleh pggil akak,akak azlen..

salam ukhuwwah:-)
sayang adik syauqatul wardah.
jaga kesihatan n jaga diri ya.