Tuesday, April 12, 2011

TERIMA KASIH SEMUA...

Bismillahirrahmannirrahim..


Syukur ke hadrat ALLAH swt kerana memberi hambaMU kudrat untuk mencoretkan bingkisan hati di teratak ini..Puji-pujian hanya padaMU,selawat dan salam buat Junjungan Nabi Muhammad saw.Sudah lama benar rasanya tak mencoret di teratak ini.YA ALLAH,sesungguhnya pelbagai perkara yang berlaku sepanjang tempoh tersebut..


Dan salah satunya ingin saya kongsikan di sini khususnya buat insan yang bernama WANITA..Saya harapkan perkongsian saya kali ini mampu memberikan manfaat kepada semua.Saya gagahkan jua mencoret kali ini walaupun hati ini masih lagi berduka.Sabarlah wahai HATI...


Tanggal 3 April terlakar satu sejarah dalam hidupku..Memang saya sendiri tidak menyangka.Lebih kurang 5 pagi tanggal detik tersebut,saya diserang kesakitan yang sangat menyakitkan.Disangka diri ini hanya mengalami sakit perut biasa.Akan tetapi kesakitan yang dialami berlanjutan sehingga petang.Setelah diberikan ubat oleh teman sebilikku,harapan untuk sembuh daripada kesakitan tiada.Pada pagi tersebut,saya tak mampu untuk menghadiri kuliah seperti biasa.


Usai makan ubat,saya rehat di bilik.Tetapi kesakitan yg dirasa makin memuncak.Mujur beberapa kawan datang ke bilik pagi tersebut untuk bertanyakan ttg kuliah.Lebih kurang 10 pagi,saya gagahi jua kaki melangkah sambil dipapah oleh kawan untuk ke Pusat Kesihatan Universiti(PKU,UUM).Perasaan saya saat itu hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI.


Setelah dihantar staf pejabat kolej ke PKU ditemani kawan2,saya di masukkan ke bilik kecemasan.Setelah diperiksa DR melalui ujian darah dan ujian air kencing,saya disuspek menghadapi apendiks.Saya kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar.(HSB)


Setibanya di HSB,sekali lagi saya dimasukkan ke wad kecemasan.Sekali lagi ujian darah dilakukan terhadap saya.Pemeriksaan tekanan darah turut dilakukan kepada saya.Beberapa orang doktor merawat saya ketika itu.Hampir 4 jam saya ditahan di wad kecemasan.Kemudian saya dihantar ke wad untuk rawatan lanjut.


Tak disangka lebih kurang pukul 9.20 malam,seorang jrurawat datang di katil saya dan menyatakan bahawa saya akan dibedah pada malam itu juga.Ya ALLAH,perkhabaran yang diterima daripada jururawat tersebut amat mengejutkan saya.Serta merta badan saya terasa sejuk dan mengigil.Bercampur baur perasaan ketika itu.Seperti tidak percaya,tapi pada hakikatnya pembedahan  akn dijalankn pada malam 3 April.


Saat itu,macam-macam perkara yang berlegar di fikiran saya.Tak dapat saya bayangkan betapa rasa kerdil diri ini dihadapanNYA.Setelah siap menukar pakaian untuk dibedah,saya dibawa oleh 2 orang jururawat ke bilik pembedahan.Seorang kawan saya turut menemani.Hati rasa berdebar-debar saat itu.Sebelum itu,saya menelefon keluarga di kampung untuk menyatakan tentang pembedahan yang akan dijalankan ke atas saya.Saat itu,hiba dan sebak melanda diri.Saya diminta untuk menandatangani sendiri borang pembedahan.


Saya tiba di bilik pembedahan.Tetapi,kawan yang menemani saya hanya dibenarkan menghantar saya di pintu bilik pembedahan.Setelah sampai di bilik pembedahan,Doktor menerangkan tentang pembedahan yang akan dijalankan ke atas saya.Seingat saya,saya sempat untuk melihat sekeliling bilik pembedahan lebih kurang 5 minit.Setelah doktor meminta saya menarik dan menghembus nafas sambil itu,beliau meletakkan alat bantuan pernafasan kepada saya.


Pembedahan yang dijalankan ke atas saya mengambil masa lebih kurang 3jam.Saya hanya sedar setelah pembedahan selesai dijalankan ke atas saya.Jururawat kemudian membawa saya ke wad.Keadaan saya setelah tiba di wad amat lemah.Mungkin kesan ubat bius ke atas diri saya masih berbaki.Mata pun sukar untuk dibuka saat itu.


Pagi 4hb April,saya menerima kunjungan Dr yang membedah saya bersama dgn beberapa lagi Dr.Satu kejutan saya terima lagi pada kali ini.Saya bukan sahaja apendiks tetapi dimaklumkan mengalami ENDOMETRIOSIS.Satu perkataan yang belum pernah didengar.Saya diberi penerangan tentang perkara tersebut.Untuk mengetahui lebih lanjut,saya sertakan link ini,http://yuzaianne.blogspot.com/2010/03/apa-itu-endometriosis.html.Saya ditahan hospital sehingga 7 april 2011.Setelah dilakukan pemeriksaan dan dipastikan keadaan diri sembuh dari demam yang dialami setelah pembedahan,DR membenarkan saya pulang.


Hati ini sebenarnya berat untuk menerima semua ini.Saya terpaksa menangguhkan pengajian pada semester ini.Semester ini merupakan semester terakhir bagi saya.Tapi apakan daya,semuanya adalah perancangan,segala ketentuan adalah di tangan YANG MAHA ESA.Alhamdulillah,beberapa rawatan susulan akan saya terima selepas ini.Moga ALLAH memberikan kesembuhan kepada saya.Amin Ya Rabbal Alamin.


Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Hospital Sultanah Bahiyah,para doktor dan jururawat serta pihak Dewan Penginapan Pelajar Eon iaitu kepada Tuan Pengetua,Felo-felo,warga DPP Eon dan pihak UUM.Ucapan terima kasih juga ingin saya tujukan buat keluarga,kawan-kawan yang bertanya khabar dan menziarahiku,kawan-kawanku yang menjagaku sepanjang di hospital dan di rumah tetamu sebelum keluarga tiba untuk membawa saya pulang ke kampung,dan kepada semua yang memberikan sumbangan,kata2 dorongan dan nasihat serta iringan doa kalian buat saya.Sesungguhnya hanya ALLAH yang mampu membalas segala jasa kalian semua.


Akhir kata,sekali lagi TERIMA KASIH BUAT SEMUA atas sumbangan,sokongan,kata-kata nasihat serta iringan doa kalian buat saya.SEKIAN.


-JAGA KESIHATAN,HARGAILAH KESIHATAN kurniaan YANG MAHA PENGASIH.


-ISLAM itu INDAH-

16 comments:

Hardy Boy said...

semoga cepat sihat ye Azlen & bykkan bersabar menempuh segala dugaan drp-Nya

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalamualaikum..

terima kasih ya.:-)

Hardy Boy said...

waalaikumussalam. sama2 (^_^)

Izzati Hashim said...

Salam ziarah (=

syafikillah Azlen, moga kesakitan itu menjadi kifarah dosa2 yg lalu. InsyaAllah cepat sembuh tu, take a good rest.

jgn tension2 nanti melambatkan proses penyembuhan tu (=

p/s : tgh sakit gg gaks ni hehehe :D

sitinurulaieen said...

maaf lin saat kau sakit..aku tak ada datang or bagi perhatian penuh kat kau! maaf sebab aku tak ambil berat pasal kau..maaf sebab aku terlalu sibuk..

nyata memang aku terlalu pentingkan diri sampai abaikan kau.. tapi jauh dalam sudut hati nie..sangat risaukan kau dan harapkan kau selamat dan cepat sembuh..

maaf...

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalamualaikum

terima kasih izzati:-)

Insyaallah,moga kesakitan ini mjadi kifarah dosa2 yg lalu.

Dr Izzati pun,jgn mkn manis byk2 ti btmbh skt gg.hehe

Moga cepat sembuh:-)

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalamualaikum...

to my rumate..Noien..

xdo salah2 apo2 pun ngan den.xplu nk minta maaf.kita "FAMILY 23" sampai bila2.jgn sedih2 ye:-)

Terima kasih byk2 ats iringan doa:-)

Hardy Boy said...
This comment has been removed by the author.
Hardy Boy said...

kisah azlen nie mengingatkan azlen kpd adnin, wanita dlm novel saya, semoga kesudahan azlen tidak seperti wanita tersebut. InsyaAllah, tiada penyakit tanpa ubatnya, tiada soalan tanpa jawapan & tiada permulaan tanpa pengakhirannya...

kuatkan semangat, ingatlah bahawa ramai orang terutamanya famly azlen sentiasa menyokong Azlen di belakang. kami sama2 mendoakan semoga azen cepat sihat supaya dpt dpt mengabdikan diri kpd-Nya lebih lagi..
Ketika sakit ini, Allah ingin kita dekat lagi kpd-Nya kerna Dia amat menyayangi kita & Maha Penyayang. Bila selalu dibuai kesenangan, kekadang kita slalu lalai kpd-Nya...

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalamualaikum...

to hardy boy

ya ke ??ape tajuk novel trsebut??

terima kasih ats iringan doa n kata2 sokongan.

Yang pasti setiap penyakit ada penawarnya.Yang paling penting,jgn sesekali berhenti bergantung kepadaNYA.

HaDi said...

salam...

emm,,byk ye ujian yg ditempuhi...
mst iman org yg diuji ini istimewa di sisi-Nya,,justeru itu Dia sengaja dtgkan ujian untuk menambahkan lagi kasih syg-Nya...

Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan..=)

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

waalaikummussalam

terima kasih En.Hadi atas iringan doa tersebut.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI segala-galanya.

Muhammad Marzuqi said...

salam,
saya pun sejak akhir2 ni pening kepala...haish..lumrah kehidupan.moga ada hikmah kita sakit ni. moga keluarga sentiasa happy2..:-)

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

waalaikumussalam

seelok2nya jmpa DR jika kerap rasa cm2.

sy pun xtau sblm ni..bla dh kna thn wad..bru tau

Unknown said...

assalammualaikum qaseh azlen...

manusia tidak lari dari ujian sang pencipta..

smoga awak akan lebih tabah menghadapi dugaan, dan setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..

saya doakan awak dikurniakan kesihatan yang baik lagi sejahtera..

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalamualaikum...

terima kasih en..Hafizan..