Sunday, June 26, 2011

Dia MENGAJARku..

Bismillahirrahmannirrahim..

Sebak..perasaan yg dirasai saat mencoretkan bingkisan hati pada saat ini..Seketika tadi singgah ke blog sahabat yang turut berjuang dalam menyampaikan dakwah melalui kecanggihan teknologi masa kini...tiba-tiba sebak menyelubungi saat membaca entry yang beliau coretkan.Allah..sungguh hati ini begitu mudah untuk "menangis" saat mengenang peristiwa yang berlaku pada diri tanggal 2 APRIL 2011..

Tanggal 2 APRIL 2011..detik itu terdetik di hati ana bahawa mungkin detik itu merupakan detik terakhir ana menyaksikan keindahan alam ciptaan ALLAH swt.Detik yang perlu ana kenang hingga akhir hayat ana.Terima kasih Ya ALLAH kerana memberikan kesempatan kepada ana sehingga saat ini untuk merasai nikmat kurniaanMU padaku.

Pilu,sebak dan pelbagai perasaan menghantui diri saat meninggalkan DIA..DIA yang akan ana kenang sampai bila-bila.Saat itu ana diberikan ujian cinta olehNYA.Hanya kecil ujian tersebut jika nak dibandingkan dengan insan-insan lain yang ana temui di situ..Rata-rata menghidap kanser..Ada yang keguguran..Sungguh,jika ana ditempat mereka,ana rasa ana tidak betah untuk melaluinya.

Di situ juga,ana menyaksikan kesungguhan seorang ummi menjaga anaknya yang menghidap kanser.Allah..hati ini sangat sayu melihatnya.(ana gelarkan ummi tersebut dgn gelaran nenek)..Nenek,terima kasih yang tak terhingga sebab tolong bukakan pintu bilik air di hospital lalu untuk ana..nenek sanggup berdiri di depan pintu bilik air menunggu ana sehingga selesai dek kerana kudrat ana yang ketika itu tidak terdaya untuk membuka pintu bilik air tersebut.Terima kasih nenek.(Ana sedih sangat sebab tak sempat nak minta no.telefon nenek).Ya ALLAH,ketemukan ana dengan nenek itu sekali lagi..

Ana dapat pengajaran daripada pengalaman tersebut iaitu hargailah dan sayangilah IBU BAPA..Mereka telah banyak berkorban dalam membesarkan kita semua.Sungguh banyak pergorbanan yang mereka curahkan buat kita.Terima kasih YA ALLAH kerana telah "meminjamkan" abah dan emak kepada ana.

Maka,sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana ALLAH SWT..Sayangilah abah dan emak.Hargailah mereka selagi mereka ada di sisi kita..Panjatkan doa buat mereka usai solat kita..

Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 
 
Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 
 
Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 
 
Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 
 
Amin Ya Rabbul Alamin.. 
 
Katil..yang banyak mengajar ana..


nenek yang duduk di kerusi itu adalah nenek yang telah tolong ana bukakan pintu
bilik air saat kudrat ana tak terdaya ketika itu untuk membuka pintu.
Lin nak jumpa nenek..tapi Lin tak tau camne nak cari nenek..:-(


Kena pakai baju ini..harap2 tak pakai lagi ..


Doktor yang memeriksa ana..Dr Nik Nur farhana..yg dlm gmbr trsebut tak ditukar lagi smpai ana
keluar drp hospital


 Dia....HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH YANG BANYAK MEMBERIKAN PENGALAMAN DAN PENGAJARAN BUAT ANA..



-ISLAM itu INDAH-
 

saya NAK jumpa DIA.



Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH swt..Terima kasih YA ALLAH..Hari ini ana diberikan kesempatan lagi untuk mencoret di teratak sementara ana ini..


Alhamdulillah..ana masih lagi diberikan kesempatan untuk menghirup udara nan segar di BUMI INDAH ciptaan YANG MAHA PENGASIH.Tinggal bebarapa hari lagi Rejab bakal melabuhkan tirainya..Maka SYAABAN pula akan muncul tiba.Semakin dekat RAMADHAN menghampiri kita.Ana berharap sangat agar ana diberikan kesempatan untuk bertemu dgn RAMADHAN AL MUBARAK.


Ya ALLAH,berikanlah kesempatan untuk hambaMU merasai nikmatnya RAMADHANmu buat sekian kalinya..


Alhamdulillah minggu lps berpeluang singgah ke blog BroHamzah..saya rasa pasti sahabat2 blogger mengenali beliau.Saya tertarik dengan topik "Warming Up"..iaitu berbicara tentang persediaan awal dalam menyambut Ramadhan Al Mubarak yang bakal menjelma tidak lama lagi.


Pelbagai persediaan yang disenaraikan beliau utk perkongsian bersama para pembaca blognya..Antaranya


(i) dengan membaca buku berkaitannya


(ii),berpuasa setiap isnin dan khamis


(iii)membiasakan diri untuk bangun awal,membaca Al-Quran setiap hari


(iv)mendirikan solat sunat setiap hari


(v)Bermuhasabah 


(vi) bersedekah sedikit demi sedikit


  Artikel penuh boleh layari website Langitilahi.Com. - Warming up mengejar piala taqwa!


Jadi,mari kita sama2 praktikkan "WARMING UP" ini..Insyaallah mudah untuk kita melalui RAMADHAN yang akan datang kelak.


Buat pemilik teratak..a.k.a Ana la tu..kena konsisten sekarang khatam quran sebelum Ramadhan..Sekarang baru sampai Surah Al-Mukmin.:-)
Alhamdulillah..minggu ini ada teman nak berpuasa sekali dengan ana..Seronok sgt2..Terima kasih ye kak Norizah dan Ibu Salina..


Akhir kata..."SAYA RINDU KAMU"..Ramadhan Al Mubarak..
Saya nak jumpa DIA..Ramadhan Al Mubarak.


-ISLAM itu INDAH-



Friday, June 24, 2011

..............................

Assalamualaikum dan salam seindah Jumaat..penghulu segala hari...

Alhamdulillah..hari ini ana ingin berkongsi bingkisan kata-kata yang begitu menyentuh hati ana ini.Syukran jazilan kepada ukhti Nursadiqah kerana memberikan keizinan untuk saya berkongsi bingkisan kata-kata di teratak ana..
"Buat yang masih belum berpunya, ku titipkan sedikit harapan...

Jodoh kita ALLAH dah tentukan di luh mahfuz..Cumanya..ianya..mungkin datang sama ada  cepat ataupun lambat.., susah atau senang..Tapi itulah yang dinamakan jodoh kita..

Persoalannya, kita tak tahu siapa.. dan bila.. Andai ditakdirkan mungkin esok, mungkin lusa.. Tapi kita kena yakin pada ALLAH..Jangan berputus asa.. banyakkan isthikarah dan solat hajat..

Mungkin orang tu dah ada di sekeliling kita cuma dia dalam proses memperbaiki diri..  Begitu juga dengan kita..mungkin ALLAH nak bagi tempoh lagi untuk kita perbaiki dan mendalami ilmu..

Yakin sahaja dengan ALLAH..dan persiapkan diri kita.. insyaALLAH...ianya akan sampai bila sudah tiba waktu dan ketikanya.. dan bila kita benar-benar telah bersedia memikul tanggungjawab dan amanah itu…(sedikit titipan harapan yang saya ambil daripada http://nursadiqah.blogspot.com/2011/06/takdir-jodoh.html)

"Idaman setiap INSAN"

"Jadi ayuh kita soleh dan solehahkan diri kita terlebih dahulu sebelum bercita-cita untuk mendapat yang soleh dan solehah.."

-ISLAM itu INDAH-

Wednesday, June 22, 2011

Saturday, June 11, 2011

HaJatku Tercapai.

Assalamualaikum buat pembaca yang budiman

Alhamdulillah..Hari ini Lin tidak mahu berceloteh panjang..Rasa teruja.Akhirnya hajat Lin nak brniaga trcapai.Alhamdulillah..Terima kasih Ya ALLAH..Moga Allah permudahkan segala urusan kita.Amin..Terima kasih juga buat heroku(abah yang tersayang) sebab bagi modal permulaan.Berbunga riang hati Lin sekarang:-)



Niqab 2 lapis(kain satin dan kain lace)
Harga : rm16(tidak termasuk postage)


Alhamdulillah..kepada sesiapa yang berminat boleh buat tempahan melalui facebook dgn msg kpd Lin atau boleh hubungi Lin di no 0135971430.

p/s:kepada sahabat2 blogger,kalau sudi,boleh tlg Lin promosi niqab ini..Lin dahului dgn jutaan terima kasih.Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.Jgn lupa sertakan link di sini nnt:-)