Tuesday, November 30, 2010

TauTan HATI..bakal ku MILIKI:-)

Assalamualaikum pembuka bicara...........Bismillahirrahmannirrahim

Jam di laptop sudah mnunjukkan pkul 11.34 malam.Ikutkan hati mmg nak msuk tido dh.Tapi xboleh..sedih.sebab ape xbleh..sebab esok pagi nak exam..kena wat revision last punyer..Len kena kuat..

Dalam pada nak jd kuat..perut plak sakit gara2 mkn lewat.sbb nak g exam td,sbb 2 mkn pas blik exam.Alhamdulillah selesai 6 paper.esok last paper..Yahoooooooooo.bestnye.Moga kejayaan milik kita bersama.AMIN

Nak cite pasal ape ya???Emm...pasal novel..minat gak baca novel..hehe.Bru smlm kot dpt info ttg satu novel yg brtajuk "TAUTAN HATI" drp teman blogger..


Pagi td trus p kedai buku.Excited sgt.sbb xsabar nak tau kisah disebalik tajuk novel ini.Masuk je kedai buku..tgk2 dlu..mana tau jmpa.Last2 kena tnya akak kat kedai buku 2 jgak..


 Len : akak,ade novel tajuknya "TAUTAN HATI"???
Akak : xde la adik..kat situ novel lama je
Len   :  owh...terima kasih kak
Akak : sama2.

Hampa sikit..sbb xdpt jump lagi novel 2.tapi xpe..dont give up>>>
Pendekkan cite..masa layari internet td..g mlwt blog teman blogger...tgk kat hyperlink yg dia ade...check punya check...AKHIRNYA..kini pasti...OpPPss.dah2...Hehe..jumpa novel "TAUTAN HATI"Alhamdulillah.tp blm order lg.Blh beli secara online di   website PUSTAKA IMAN.

Jadi,insyaallah dlm masa terdekat ini...dapat la saya "feeling" ngan novel 2.:-)xsabar2 nak tau ape cite disebaliknya..Mood : xsabar..hehe.xsabonye nak bli novel ni.

p/s:kepada sesape yg nak tau ttg novel ini..jgn lupa utk memilikinya.xrugi...dgrnye penuh dgn pengisian yg brmanfaat:-).













Monday, November 29, 2010

BACA DULU:-)

Assalamualaikum...

alhamdulillah masih diberi peluang lagi untuk mencoret warkah pada kali ini..Hari ni mmg hari yang menguji tahap kesabaran Len...2 perkara yg boleh watkan Len marah n hilang kesabaran sgt2.Alhamdulillah masih dapat dkwl perasaan marah ini.Rasa nak nangis pun ade skrg..I need "YOU"
Istighfar byk2 stiap kali berlakunya perkara sbgini.Ingat setiap yang brgelar HAMBA padaNYA akn diuji dengan UJIAN.UJIAN trsebut akn mmbuat kita lebih dekat dgn MAHA PENCIPTA.

Tutup cita ttg kemarahan Len hari ni.Nak kongsikan ttg satu perkara yg kadangkala kita sbg HAMBA alpa utk menjalankan kewajiban kita sehari-hari.(INGATAN ditujukan kpd sy juga).

Tentang SOLAT FARDU yg WAJIB ditunaikan pad setiap UMAT ISLAM yg tlh cukup syarat2nya.
SOLAT tiang AGAMA.Jika alpa dalam menunaikannya maka robohlah "TIANG"itu.

 "Sebagai contoh : rumah yg tiangnya sudah roboh walaupun satu pasti akn membahayakan penghuninya.Maka begitu juga SOLAT.Mungkin sesetengah drp kita tidak lagi merasa "bahayanya" lagi.Tapi ingatlah(ditujukan utk diri sendiri juga) bahawa ajal maut ditangan ALLAH.Segala-galanya adalah RAHSIA.
Entah esok atau lusa atau akan tiba harinya nanti kita akan kembali kepada YANG MAHA SATU:-)

Diriwayatkan daripada Muaz r.a katanya:
Aku diutuskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: Engkau akan mendapati golongan Ahli Kitab, oleh itu dakwahlah mereka supaya mengucap Dua Kalimah Syahadat. Jika mereka menerima Dua Kalimah Syahadat tersebut, ajarkanlah mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Sekiranya mereka tetap mentaati perintah tersebut, ajarkanlah pula kepada mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka agar mengeluarkan zakat. Jika mereka tetap mentaatinya, beritahulah mereka supaya berhati-hati terhadap harta mereka dan takutlah doa orang yang teraniaya kerana doa mereka adalah mustajab.

Buat renungan kita bersama, barang siapa yang meninggalkan solat fardu, seksanya umpama..
Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam




Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

p/s : 
...Kehidupan dunia sememangnya indah..maka pasti semua kita mahu untuk merasa KEINDAHAN itu lagi di SANA NANTI..ISLAM ITU INDAH.


SHARING + CARING = LOVING

Friday, November 26, 2010

ni RAHSIA tau...JANGAN xbgtau kat ORANG :-)

Assalamualaikum.....selamat brhari JUMAAT..

Alhamdulillah...syukur ke hadrat ILahi..Sebelum membaca mulakan dengan BISMILLAH..Hari ni Len nak kongsikan satu RAHSIA..rasanya ramai yg dh tau rahsia ni..APepun lin nak kongsi2kan jgak
.SHARING + CARING = LOVING


Inilah RAHSIANYA....:
  • Solat yang paling
    afdhol selepas
    solat-solat fardhu ialah solat tahajjud, akan tetapi amatlah sedikit
    yang dapat melakukannya
  • Hadith :Jibril a.s.
    telah datang
    kepada nabi s.a.w dan berkata kepada baginda:"Wahai Muhammad hiduplah
    selama mana yang engkau suka namun engkau akan mati, cintailah siapa
    yang engkau suka namun engkau pasti akan berpisah meninggalkannya dan
    lakukanlah apa yang engkau suka, engkau pasti mendapat balasannya. Dan
    kemuliaan orang mukmin terletak pada solat tahajjudnya dan
    ketinggiannya pada ia tidak berharap apa-apa dari manusia."
  • Nabi s.a.w :"2 rakaa't
    solat tahajjud
    itu lebih baik dari dunia dan seisinya, kalaulah tidak kerana takutnya
    aku ia akan menyusahkan umatku pastilah ku fardhukan ia".
  • Solat tahajjud
    merupakan petanda
    orang-orang soleh.
  • Solat tahajjud juga
    merupakan
    penghampiran kepada Allah s.w.t dan mencegah diri dari melakukan
    perbuatan keji dan mungkar.
  • Dengannya dapat
    memadamkan dosa-dosa.
  • Dapat menyihatkan badan
  • Dan pada bahagian 1/3
    akhir malam
    Allah s.w.t turun kelangit bumi kemudian memanggil: " Adakah terdapat
    orang yang memohon ampun? maka ku ampunkannya.Adakah terdapat orang
    yang meminta? maka ku berikannya.Adakah ada yang meminta petunjuk ?
    maka ku berikan ia petunjuk. Adakah terdapat orang yang meminta syurga
    maka ku jadikan ia berhak mendapatkannya.Adakah terdapat yang memohon
    perlindungan dari neraka ? maka ku lindungi ia dari neraka."
  • Tidak ada pemberian
    Allah yang lebih
    utama kepada hambanya dari pemberian taufiq untuk mengerjakan 2 rakaa't
    solat tahajjud.
  • Waktu tahajjud adalah
    waktu untuk
    meminta kepada Allah s.w.t
  • Waktu tahajjud adalah
    waktu yang
    teristemewa untuk penerimaan doa.
  • Juga ia merupakan
    waktu yang mana
    seluruh pintu-pintu raja sedang tertutup dan hanya pintu Raja segala
    raja yang sedang terbuka.
"mudahan-mudahan kita semua dpt merasai "KEMANISAN"itu.."Amin YA rabbal Alamin

Thursday, November 25, 2010

Tahukah ANDA????

Assalamualaikum...



Alhamdulillah..hari ni Len nak kongsi cite ttg kelebihan solat..Bahan yg Len dpt ni pun drp seorg blogger jgak..Menarik sgt..jadi Len nak kongsi2 kan.Moga brtambh ilmu
 
..Sharing + Caring = LOVING

HADIS 1
Usman r.a. diberitakan sebagai berkata, "Allah SWT menganugerahkan sembilan kurnia atas orang yang menjaga solatnya dan mengamat-amati dalam mengerjakannya pada waktu-waktu yang telah ditetapkan, iaitu:

1) dia dicintai Allah SWT.
2) dia menikmati kesihatan.
3) selalu dinaungi malaikat.
4) rumahnya diberkati.
5) nur taqwa bercahaya pada wajahnya.
6) hatinya lembut.
7) dia akan melintas Titi Siraq seperti kilat pantasnya.
8) dia diselamatkan dari neraka
9) jiran-jirannya di syurga adalah mereka yang Allah berfirman yang mafhumnya: "Mereka tidak merasa takut dan tidak gundah-gulana". (Al-Baqarah: 38)

HADIS 2
Rasulullah SAW bersabda, "solat adalah tiang agama dan mempunyai sepuluh fadhilat, iaitu:
1) daya penarik pada wajah.
2) teman di dalam kubur.
3) jalan turunnya rahmat Allah.
4) anak kunci ke syurga.
5) timbangan bagi neraca (amalan baik).
6) jalan untuk mendapat keredhaan Allah.
7) harga bagi syurga.
8) naungan terhadap api neraka.
9) seorang yang sangat memberati solatnya menegakkan Islam.
10) seorang yang melengah-lengahkannya merosakkan Islam."






Sunday, November 21, 2010

PERMATA yang DICARI:-)

assalamualaikum...dh lama xjenguk BLOG..alhamdulillah masIH dbri pluang utk brnafas di bumi ALLAH yg luas ini.
nak kongsi sebuah lagu yg sy dgr masa "study week" hr 2..ambik dr hp sepupu sy..best lagunya..sejuk je hati dgrnye..Subahanallah.



Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya

Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah

Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah

Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

 PERMATA YANG DICARI (DEHEARTY)