Friday, April 20, 2012

Ku Pinangmu Dengan Bismilllah

Assalammualaikum

Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH swt.Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda.

Dah hari jumaat..Jom muhasabah,apa kita buat sepanjang minggu ini..Muhasabah jap..2 minit.

Tarik nafas dalam-dalam kemudian istigfar..Renung dalam diri.


Baiklah,pentingnya muhasabah ini agar kita sedar dan fahami apa yang kita lakukan di dunia ini.Dunia bukan hanya untuk berseronok.Tapi dunia ini juga ladang akhirat untuk kita semai benih-benih amalan untuk kita bawa menghadap YANG MAHA AGUNG.

Tajuk hari ini macam suspens...Suspens tak???.

Ku pinang mu dengan BISMILLAH..BAca dulu dari mula sampai habis..Penting tau.Sebab kadang kita hanya melihat sesuatu hanya pada permukaan tanpa kita selami dalam-dalam maksudnya.Dan terkadang kita tersalah menilai dek lantaran memahami sekadar di permukaan sahaja.

Pesanan ini dibawa dan ditaja oleh Wardah Addin..(^_^)..Pesanan buat diri ini juga.

Hari ini,saya nak kongsikan kehebatan..Bukan kehebatan saya 

kerana hanya ALLAH YANG MAHA HEBAT.

Nak kongsikan tentang Kehebatan dan Keistimewaan BISMILLAH.


                        Bismillah... Dengan nama Allah.

       Antara kehebatan dan cinta dalam Bismillah ialah, ayat pertama yang ditulis Qalam ialah Bismillah. Maka, seeloknya...apabila kita hendak menulis sesutau, maka tulislah Bismillah pada awalnya kerana Bismillaah itu tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibril.


Allah tidak akan meninggalkan orang yang membaca Bismillah sekejap mata pun sejak Bismillah diturunkan 

kepada Adam bagi setiap orang yang memohon sesuatu dan dimulai dengan Bismillah. (Hadis Qudsi).

Tatkala Bismillah diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh bintang dan terlempar semua syaitan.



Demi Allah dan keagunganNYA, tidaklah Bismillah dibacakan kepada orang yang sakit melainkan sebagai ubat kepadanya dan tidaklah dibacakan Bismillah ke atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, bacalah Bismillah untuk setiap perkara baik yang ingin dilakukan.

Jumlah huruf dalam Bismillah ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (Al-Muddathir). "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah Bismillah 19 kali setiap hari." (Ibnu Mas'ud)

Tiap huruf Bismillah ada Junnah (penjaga/khadam) hingga setiap huruf berkata,"Siapa yang baca Bismillah, maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

Barangsiapa yang memuliakan tulisan Bismillah nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

Barangsiapa yang membaca Bismillah maka bertasbihlah seluruh gunung kepadanya.



Barangsiapa yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara daripada gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

Barangsiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Maha Suci Allah... DIA beri kita seribu satu nikmat hatta dalam sebutan Bismillah sahaja. Semoga kita semua dapat amalkan ayat ini sama-sama okey!.. 




Alhamdulillah dh selesai baca.Jadi,agak2 kena tak tajuk dengan isi??

(^_^)





Sunday, April 8, 2012

♥♥..CinTa MasJiD..♥♥

Assalammualaikum

Apa khabar kalian semua??Saya doakan baik-baik sahaja.Insyaallah.Amin..Alhamdulillah,hari ini pagi-pagi dah ceria.ALLAH bagi keceriaan dalam kehidupan saya..

Bangun pagi selesai solat subuh terus on tv9 tengok sambungan tajuk "Imarah Masjid" yang disampaikan oleh Ustaz Syed Nor Hisyam.Alhamdulillah,banyak juga pengisian yang diperolehi.

Nak kongsi sikit,boleh x??

Mula-mula pada yang memiliki tafsir Al-Quran..Jom buka surah at-Taubah ayat 18.Dalam ayat ini telah menjelaskan beberapa ciri 'AJK" masjid yang digariskan oleh ALLAH SWT.Terma "ajk" digunakan oleh Ustaz dalam mengambarkan ciri -ciri seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid.
Ada 5 ciri,iaitu :

(i)Benar-benar beriman kepada ALLAH SWT(semua dilakukan kerana ALLAH SWT)
(ii)Wawasannya jelas menuju akhirat
(iii)Mendirikan solat
(iv)membayar zakat
(v)Dia tidak takut melainkan kepada ALLAH SWT.

Alhamdulillah,sedikit perkongsian yang dapat saya kongsikan di sini.ALHAMDULILLAH,ALLAH pilih saya antara yang terpilih untuk menghadiri majlis ilmu walaupun di depan tv sahaja.

Pesan-pesan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian..Usahakan diri untuk meghadiri majlis ilmu.Usahakan diri untuk memberikan makanan kepada rohani kita.

Sekarang dah banyak kemudahan..Di tv,ada rancangan yang memberikan makanan "rohani" buat kita.Yang penting pandai2 memilih siaran di tv ya..Tak kurang juga radio..Pilih-pilih siaran radio yang menyiarakan majlis ilmu buat tatapan halwa telinga kita sebagai makanan rohani.

Pokoknya,pilihan di tangan kita.Jadi,harus bijak memilih kerana kehidupan adalah untuk kita memilih..Memilik yang baik atau sebaliknya.Dan dalam memilih jangan lupakan DIA.

Ok,sampai di sini sahaja.Insyaallah bertemu lagi di lain siaran.