Sunday, April 8, 2012

♥♥..CinTa MasJiD..♥♥

Assalammualaikum

Apa khabar kalian semua??Saya doakan baik-baik sahaja.Insyaallah.Amin..Alhamdulillah,hari ini pagi-pagi dah ceria.ALLAH bagi keceriaan dalam kehidupan saya..

Bangun pagi selesai solat subuh terus on tv9 tengok sambungan tajuk "Imarah Masjid" yang disampaikan oleh Ustaz Syed Nor Hisyam.Alhamdulillah,banyak juga pengisian yang diperolehi.

Nak kongsi sikit,boleh x??

Mula-mula pada yang memiliki tafsir Al-Quran..Jom buka surah at-Taubah ayat 18.Dalam ayat ini telah menjelaskan beberapa ciri 'AJK" masjid yang digariskan oleh ALLAH SWT.Terma "ajk" digunakan oleh Ustaz dalam mengambarkan ciri -ciri seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid.
Ada 5 ciri,iaitu :

(i)Benar-benar beriman kepada ALLAH SWT(semua dilakukan kerana ALLAH SWT)
(ii)Wawasannya jelas menuju akhirat
(iii)Mendirikan solat
(iv)membayar zakat
(v)Dia tidak takut melainkan kepada ALLAH SWT.

Alhamdulillah,sedikit perkongsian yang dapat saya kongsikan di sini.ALHAMDULILLAH,ALLAH pilih saya antara yang terpilih untuk menghadiri majlis ilmu walaupun di depan tv sahaja.

Pesan-pesan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian..Usahakan diri untuk meghadiri majlis ilmu.Usahakan diri untuk memberikan makanan kepada rohani kita.

Sekarang dah banyak kemudahan..Di tv,ada rancangan yang memberikan makanan "rohani" buat kita.Yang penting pandai2 memilih siaran di tv ya..Tak kurang juga radio..Pilih-pilih siaran radio yang menyiarakan majlis ilmu buat tatapan halwa telinga kita sebagai makanan rohani.

Pokoknya,pilihan di tangan kita.Jadi,harus bijak memilih kerana kehidupan adalah untuk kita memilih..Memilik yang baik atau sebaliknya.Dan dalam memilih jangan lupakan DIA.

Ok,sampai di sini sahaja.Insyaallah bertemu lagi di lain siaran.






3 comments:

Pemimpi Tegar said...

Assalamualykum.

Agunci datang ziarah sini.

Jemput baca post terbaru.

Moga ada sesuatu yang dapat dijadikan penyeri kehidupan.

Terima kasih.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sekadar sempat kongsi ciri yang kedua iaitu (ii)Wawasannya jelas menuju akhirat.
Semmgnya kalau kita imbaskan kembali sewaktu kita berada di alam Ruh bahawa kita pernah berbai`ah di hadapan Allah SWT bahawa kita akan turn kebumi dan melalui fasa2 sehingga ke alam akhirat. Surah Al`Araaf:172 ﴾ وَإِذْ أَخَذَ رَ‌بُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِ‌هِمْ ذُرِّ‌يَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَ‌بِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Tujuan kita hidup didunia adalah hidup dengan berpandukan petunjuk Allah SWT dengan mentadabbur AlQuran disamping mencari sedikit bekalan didunia untuk mengatur strategi hidup. Surah AlBaqarah:36وَلَكُمْ فِي الْأَرْ‌ضِ مُسْتَقَرٌّ‌ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِي dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".
Surah AlBaqarah:38 إِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".
Maknanya, petunjuk dari Allah SWT telah pun sampai pada setiap orang melalui AlQuran dan tidak ada dakwa-dakwi apabila hidup dalam kegelapan! Surah AlQiyammah:14-15 بَلِ الْإِنسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَ‌ةٌ ﴿١٤﴾ وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَ‌هُ Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, 15. Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).

Live today for tomorrow. Surah AlQasas:77 وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّـهُ الدَّارَ‌ الْآخِرَ‌ةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia;

Carilah pekerjaan, pasangan hidup dan perancangan hidup yang sesuai asalkan dapatbersama2 menunaikan janji2 kita kpd Allah SWT. Wallahualam.

insan_marhaen said...

berusaha menghadirkan diri ke majlis2 ilmu untuk muslimat..tp terkadang terlalu 'mengalah' dengan kekangan yang lain..Allahurobbi....