Alhamdulillah,Jumaat berkunjung tiba..Jumaat penuh barakah.Hari ini nak "update" entri yang baru.Tajuk entri hari ini.
"IMPIANKU"
Saya pasti kalian yang sedang membaca entry ini punya impian dalam kehidupan.Saya antara yang mempunyai impian seperti kalian juga.Terutamanya setelah habis pengajian ini,impian utama saya adalah ingin memberikan kebahgiaan kepada keluarga terutamanya abah dan emak saya.
Usai pengajian dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan di Universiti Utara Malaysia pada bulan 1 yang lalu,selesai peperiksaan akhir saya terus mengambil tiket pulang ke kampung halaman.Pengalaaman pahit manis terkenang saat bas ekspress yang saya naiki meninggalkan stesen bas changlun.
Pelbagai perkara juga berlegar-legar di minda.Setelah tamat pengajian dan berkira-kira serta merancang,saya ingin menjalankan perniagaan sendiri maksudnya ingin mengelak daripada "makan gaji".
Walaupunbagaimana,saya tetap juga mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan dan swasta.Tapi hati saya masih kuat untuk mengikuti perancangan saya untuk menjalankan perniagaan sendiri.
Kini hampir 3 bulan tamat pengajian,saya telah menghadiri satu temuduga.Namun,belum tiba rezeki saya untuk bekerja.Sekarang saya di rumah dan menetap bersama keluarga di kampung.
Alhamdulillah,hajat nak berniaga dipermudahkan.Tapi saya mulakan dengan perniagaan kecil-kecilan dahulu.Saya berniaga aiskrim Malaysia.

Saya juga turut menjual
![]() |
Gambar ini diambil drp blog dapurkakjee.com Dadih saya buat menggunakan serbuk dadih segera seperti di atas. |
turut menjual
![]() |
Gambar ehsan "google" |

Alhamdulillah,dan saya letak dibawah label "Wardah Sweet & Spicy".Insyaallah,akan datang nak jual cendol,air cincau dan mee siput.Seterusnya,saya mengambil keputusan nak ambil kursus jahitan yang ditawarkan di Giatmara selama 6 bulan.Insyaallah.Dah cuba"search" tapi belum jumpa tarikh daftar kursus.Moga ALLAH permudahkan.Insyaallah,dah tahu menjahit saya nak membuka satu lagi perniagaan iaitu di bawah label "Wardah Collection".Saya nak hasilkan jubah,tudung labuh dan beberapa busana muslimah.Doakan impian saya ini ya.Amin
Ok,bila dah ada impian,kita usaha untuk mencapainya.Yang penting jangan sesekali lupa tunaikan kewajipan sebagai hamba ALLAH.Laksanakan suruhanNYA dan tinggalkan laranganNYA.
Baik,sehingga berjumpa lagi.Insyaallah..Wassalam
4 comments:
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah! Tamat juga akhirnya bidang pengajian dan bermulalah era hidup diluar kampus. Walauapa sekali bidang pekerjaan yang dipilih, rancangkanlah dgn sebaik2nya tanpa membazirkan masa dan wang kerana kesemua itu memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Namun jangan lupa matlamat hidup kita adalah pencarian dunia utuk ke akhirat. Surah ALQasas:77 وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّـهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّـهُ إِلَيْكَ "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah). Wallahualam.
p/s Sekarang Azlen dah balik Johor ke atau ke Selangor? Keluarga dah pindah dari S`wak ke S`jung lah?
Alhamdulillah..9/10 rezeki itu dari perniagaan..
Wasiat NABI MUHAMMAD S.A.W. MESTI BACA!!!!!
ni adalah benar... sila baca sehingga habis... dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh...
Assalamualaikum...... Warahmatullahi Wabarakatuh
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad
... Maeine (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW.
selepas membaca lalu
hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada
hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal
dunia di zaman ini tiada seorang pun yang
matinya dalam keadaan beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata suami. (b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat
kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu
menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana hari
penghabisan(......Qiamat) akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit, sesudah itu
matahari akan turun di atas kepala.
PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita
Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara
Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyangla.. (d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila
berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu
bapa.
Banyak lagi contoh-contoh orang yang
menerima wasiat ini tetapi tidak
mempercayainya dan tidak mengedarkannya
atau menyampaikan kepada orang lain.
dimana
mereka mendapat malapetaka.
setelah
kejadian yang menggembirakan dan
menyakinkan ini anda jangan lupa
menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa
96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu
dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. INSYAALLAH.
PERHATIAN
setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.
assalammualaikum
terima kasih saudari tajunur,saudari C,Jai dan anonymous
alhamdulillah,saya dh brpindah dan menetap d johor skrg
terima kasih atas nasihat dan peringatan
jazakallahu khairan
Post a Comment