Sunday, July 31, 2011

TETAMU yang dinanti..Kini TIBA..

Dengan nama ALLAH yang MAHA PENGASIH dan PENYAYANG..

Alhamdulillah...Syukur ke hadratMU..Terima kasih YA ALLAH


Disini ana..Noor Azlen Binti Haron,pemilik sementara Teratak ini ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak buat keluarga yang tersayang,sanak saudara,sahabat taulan dan semua sahabat yang mengenali ana secara dekat,sahabat-sahabat yang mengenali ana daripada dunia "BLOG" dan Facebook dan sahabat-sahabat yang ana kenali di mana sahaja...


Ana mengucapkan SALAM RAMADHAN AL MUBARAK BUAT KALIAN SEMUA.Moga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.Bersama-samalah kita berusaha dalam menggapai keredhaan YANG MAHA ESA.


Akhir kalam,andai ada hati-hati yang terluka dek kerana kata-kata dan tingkah laku ana selama ini,ana menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.

Salam Ramadhan Al Mubarak.
-ISLAM itu INDAH-

Wednesday, July 27, 2011

i MISS YOU so MUCH..

Dengan Nama ALLAH YANG MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG

ALHAMDULILLAH.. 

Rindu itu bertaut kembali...Dia sudah makin menghampiri daku dan kalian..Tetapi belum pasti daku dan kalian berkesempatan menemuinya..

DIA semakin menghampiri..jika dikira mulai saat ini ..semakin hampir...

Adakah daku atau kalian sudah bersedia untuk menemuinya andai daku atau kalian diberikan peluang??


Buat diri ana..terasa masih sedikit  persiapan "JIWA"..Namun jauh di sudut hati..MOGA diberi peluang olehNYA untuk menemui YANG Ku RINDUI..Mempertingkatkan amalan sebaik mungkin agar menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya buat ana.

DIA yang ku RINDUI....RAMADHAN AL-MUBARAK.. 


Merasai kehadiran ALLAH 
dalam  HATI menjadikan kita 
sentiasa ada KAWAN
walaupun bersendirian

Kosongnya  HATI kita 
dari mengingati ALLAH akan membuat kita kesepian
walaupun berada
di tengah ramai orang

Penuhilah HIDUP 
Dengan KASIH  SAYANG 
dan PERHATIAN
daripada ALLAH

Agar 
HIDUP LEBIH TERARAH
dan 
BERMAKNA  

-ISLAM itu INDAH- 
 
 
 

Tuesday, July 26, 2011

Terima kasih IBU..:-)...

Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH dan MAHA PENYAYANG

Alhamdulillah..ana berkesempatan singgah ke teratak ana petang ini..Beberapa hari sebelum ini,blog seakan dilanda virus..Ana pun kurang pasti.Beberapa saat lepas dibuka..keluar amaran MALWARE DETECTED!..

ALhamdulillah,minta pertolongan seorang sahabat yang baik hati sudi membantu.Setelah beliau singgah teratak ana malam tadi untuk melihat keadaan..Alih2..amaran MALWARE DETECTED! tidak keluar lagi.Blog ana kembali seperti biasa.Alhamdulillah..

Pemilik teratak sejak pagi tadi senyum memanjang..hehe..ALLAH..senyum sebab ape??Alhamdulillah..dapat pujian daripada ibu(ana ada mak,ibu dan mama)..Kalau baca entry sebelum2 ni..ada ana nyatakan siapa mak,ibu dan mama.

Ibu puji..sedap Lin masak..klau la ibu ada anak lelaki,dah jadi..tet..Anak ibu perempuan semuanya.Tak berani nak gtau apa yang ibu cakap..Biarlah rahsia.hehehe.:-).Alhamdulillah,mungkin bakat memasak ana warisi daripada mak yang tercinta..Terima kasih ibu atas pujian tersebut..Masih banyak lagi kelemahan yang ada dalam diri ana perlu diperbaiki.

Dalam kehidupan ini..setiap daripada kita perlu menghargai diri sendiri dan insan-insan di sekeliling kita.Sesekali,apa salahnya kita hargai insan-insan yang kita sayangi dengan sesuatu yang bermakna..Usah buntu untuk memberikan sesuatu yang berharga..Tapi SEMANIS PUJIAN IKHLAS yang kita berikan mampu membuat insan-insan disayangi kita merasa bahgia.

Cuma,tatkala menerima pujian,usah berangan tak berkesudahan(peringatan buat ana sendiri) tapi dalam masa yang sama memperbaiki setiap kekurangan dalam diri dan memantapkan setiap kelebihan yang ada dalam diri kita..

sampai sini sahaja..Dah masuk asar..Ayuh kita solat dulu..Insyaallah ketemu lagi

-ISLAM itu INDAH-

Thursday, July 21, 2011

MADUku aDalaH dia...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
 
Alhamdulillah..ana tidak mahu berceloteh panjang hari ini..Tapi cerita lepas ini panjang..harap sudi membacanya:-)Ana perolehi kisah ini daripada teratak a.k.a blog inspirasikalbu.blogspot.com
 
Ada suatu kisah yang ingin dikongsikan di sini. Sanggupkah anda semua menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki? Rata2nya mesti mengatakan TIDAK. Siapa yang sanggup bermadu kasih kan? Berkongsi suami yang sama..Kisah ini bakal mengubah PERSEPSI anda semua..Selamat membaca ^_^


****************
 
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.


"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.

Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

********************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…


Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!




Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…


Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!



Wednesday, July 20, 2011

Tuesday, July 19, 2011

......???

Assalammualaikum


Bismillah...Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akbar..
Terima kasih YA ALLAH..Hari ini ana diberikan peluang lagi untuk melihat BUMI ciptaanMU.


Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada ALLAH,
nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada ALLAH,
kita turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada ALLAH juga.
Ya ALLAH,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan olehMU kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah keranaMU,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah keranaMU
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh
yang ditetapkan olehMU kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalm mengharungi ujian,
yang KAU berikan kepadaku.

-Aminah Qutb-

4 bulan yang INDAh..Insyaallah

Assalamualaikum

Apa khabar kalian semua???Ana doakan kalian semua sihat dan gembira dalam melalui hari ini dan seterusnya.INSYAALLAH..Ana kurang sihat sikit..Alhamdulillah..moga ia jadi kifarah buat dosa-dosa ana..

Alhamdulillah,hari ini sampai awal ke destinasi yang akan akan DILAWATI selam 4 bulan ini..Insyaallah..Untungnya pagi ini..Rezeki daripada DIA..ana ke destinasi tersebut dengan menumpang kereta bapa saudara yang keluar untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Insyaallah,esok ana akan menjadi "penunggu" tetap semula di bus stop berhampiran untuk menunggu si DIa...jeng3x..Si DIA..pak wa la tu..Ish2..Ana dah ada pakwa a.k.a HERO ana..Namanya en HARON BIN HASSAN..Always in my HEART..(cakap omputih nampak).Teringat kisah malam tadi dengan adik perempuan ana yang sorang ni.(Iklan jap)

Dibah : Angah,apa org kg kita panggil udang kering (masa tu adik ana tengah bersembang di telefon dengan kawannya sempat juga bertanya dengan ana tu)
Angah : Dry prawn..(entah nak masak apa kawan adik ana tu tiba2 tanya udang kering)
Dibah : Haha..
Angah :hehhe..
Dibah : kacang kuda plak..org kg kita panggil ape???
Angah :....Ce cuba kalian teka ana jawab ape?????(baca kisah sampai habis, nanti ana bagitau ana jawab ape pada adik perempuan ana yang comel ini..(akak dia comel lagi..*perasan lebih*)..

Sambung balik cite..Beliau yang ana maksudkan adalah abah yang tercinta.Sebenarnya,ana tunggu bas atau teksi..Insyaallah..selam 2 bulan lebih lagi ini ana akan menjadi "penunggu" tetap di bus stop untuk menuju ke destinasi tersebut..

Dah sebulan lebih masa berlalu..Dah 35 hari ana di tempat ini..Di destinasi yang ana katakan tadi.Sesungguhnya ana dah rasa sayang dan kasih dengan insan-insan yang berada di sini.Rata-ratanya berusia seuisa dengan abah dan mak ana..Ada juga seusia dengan abang dan kakak.Dan semestinya banyak pengalaman yang ana telah perolehi.

Insyaallah nanti ana nyatakan destinasi apa yang ana lawati selama 4 bulan ini..Ana gembira berada di sini.Suasananya seperti di rumah juga..Berada di sini dari pukul 8.00pagi hingga 5 petang.

Akhir kata,lalui hari-hari dengan bahagia..Bahgia bila suka..bahgia bila duka..insyaallah,bilamana bahgia dalam menghadapinya maka kita akan nampak hikmah yang tersirat disebaliknya.

-tiada tulisan dapat menzahirkan, hanya jiwa yang bersyukur akan keindahan rasa ini.-


Put Your Full Trust to ALLAH swt
Lupa nak sambung cite td..
Ana jawab..
Angah : horse nut..
Dibah :hehe.lawak betul angah ni...(ketawa) 
Teringat masa sekolah rendah dulu..hatta sampai sekolah menengah..kalau dah tak jumpa perkataan yang sesuai untuk buat ayat dalam bahasa inggeris..ana terus langsung ubah bulat-bulat  perkataan bahasa melayu ke bahasa inggeris..macam yang berlaku pada ana dan adik malam tadi..hehe..kalian macam tu jugak kan????:-)..opps..Gurau ya:-)
-ISLAM itu INDAH-

Saturday, July 16, 2011

Hadapi dengan SENYUMAN

Bismillahirrahmannirrahim..


Alhamdulillah..masih berkesempatan untuk mencoretkan bingkisan hati di teratak ana ini..Alhamdulillah cuaca baik hari ini sesudah semalam mendung sahaja.Terima kasih YA ALLAH..ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.


Cadangnya petang ni nak ke Tanjung Mas...nak beriadah ditemani "my bodyguard" a.k.a my lil brother.hehe.Jalan2 sambil "tangkap" gambar alam yang indah ciptaan ALLAH SWT..Insyaallah,jika diizinkan olehNYA untuk ke sana,akan ana kongsikan gambar2 menarik yang ana "tangkap" nanti.


Malamnya pula nak ke surau berdekatan rumah sempena malam nisfu syaaban.Moga dipermudahkan langkahnya untuk ke sana.Amin Ya rabbal alamin.


Hadapi dengan senyuman 
Semua yang terjadi 
Biar terjadi . 
Hadapi dengan tenang jiwa 
Semua... Kan baik baik saja 

Bila ketetapan tuhan 
Sudah ditetapkan 
Tetaplah sudah . 
Tak ada yang bisa merubah 
Dan takkan bisa berubah 

Relakanlah saja ini 
Bahwa semua yang terbaik 
Terbaik untuk kita semua 
Menyerahlah untuk menang



Hayatilah bait lagu ini....


p/s : SENYUM tau..masa baca entry ini..Terima kasih singgah blog ana..Kan comel kalau senyum..:-)




Senyum macam baby comel ni..comelnya anak ummi dan abi ni,
(perasan plak ana..kahwin xlagi..huhu)
-pIC ehsan google-

Senyum seindah SURIA..keluarga bahgia..


-ISLAM itu INDAH-



Wednesday, July 13, 2011

Indahnya pagi kerana ayat-ayatMU

Bismillahhirrahmannirrahim..

Alhamdulillah..Ana berkesempatan untuk "mengupdate" blog sebelum  ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah,Muar pada pagi ini.Temujanji pada pukul 10 pagi..Cuma berjumpa doktor.Tiada yang serius..Hanya "follow up"..

Indahnya pagi ini..nak kongsikan sesuatu kepada kalian,pengunjung teratak yang saya kasihi kerana ALLAH..



اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ،
Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau
 خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ
Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu.
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ
Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku.
أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ
Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan
أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى
Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan,
  فَاغْفِرْ لِى  فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ ،
Oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.


Nabi bersabda, "Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu ia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka ia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu ia meninggal dunia sebelum pagi hari maka ia termasuk dari ahli syurga". 
(H.R Imam Bukhari)


Kalian semua..doakan ana ya.:-)


Nak beli kain tudung macam warna yang ustazah Fatimah Syarha pakai..
Tapi tak jumpa ..akhirnya ana beli yang hampir2 warnanya...Alhamdulillah..

-ISLAM itu INDAH-

Friday, July 8, 2011

CERITERA CUTI...Ibrah Buat ANA...

Assalamualaikum


Alhamdulillah,syukur kepadaMU.Jutaan terima kasih buat para pembaca yang  dikasihi sekalian kerana sudi melawat teratak ana yang punya kekurangan ini.Terima kasih kerana mengisi ruang masa anda buat seketika menjengah blog ana.Moga beroleh manfaat.


Pejam celik pejam celik , hari ini sudah pun menjangkau  7 syaaban 1432H..Dalam beberapa minggu sahaja seluruh UMAT NABI MUHAMAMAD akan menyambut RAMADHAN AL MUBARAK.Moga ana diberikan kesempatan olehNYA untuk bertemu dengan RAMADHAN.


Alhamdulillah..kembali daripada bercuti buat beberapa hari.Alhamdulillah..dalam tempoh bercuti tersebut terlalu banyak ibrah yang ana perolehi.Syukur ke hadratMU.


Salah satunya adalah sentiasa Tenang dalam menghadapi sesuatu perkara.Usah gopoh dan gelisah.Hati yang tenang adalah hati yang sentiasa mengingati ALLAH.Sentiasa bergantung dan mohon segala-galanya daripada DIA.Alhamdilillah,ALLAH permudahkan ana.


SENYUM adalah VITAMIN..kenapa ana berkata begitu??Cuba kalian senyum (SENYUM TAU)...saya tak nampak pun kalian senyum..HEHEHe..senyum ya.Mudah bukan???Mudah sangat..Sedekah yang mudah untuk kita ungkapkan tapi sukar untuk kita lakukan..Selalu dengarkan ..Senyum itu satu sedekah.


Insyaallah..orang yang sentiasa senyum walau dalam duka mahupun suka insyaallah mereka akan merasa bahgia..Anda setuju...Cuba praktikkan dalm seminggu ini..Nanti share kan keputusannya pada ana:-)..Tapi tengok2 juga keliling..kalau senyum memanjang nanti..pelik pula ya.:-)


Sekarang pun tgh senyum walau tengah runsing(key in data lbh kurang 90 permohonan..save dlm pendrive dan tiba2 pendrive xdpt buka hari ini)...Cuba tahan untuk tidak menangis dulu..sampai umah ti nangis ek peluk emak:-)..Nak praktikkan dan tengok kesannya.(SENYUM)


Seterusnya,buat pertama kali dalam kehidupan ana,ana pegang perut ibu yang mengandung..SUBHANALLAH..mcm tak percaya..terasa di tapak tangan ana,baby dlm perut kak Yan(staf PTM)menendang.".main bola.".hehe...Nak jadi macam Safee Ali ya..Satu pengalaman baru buat ana.Percaya atau tidak,seorang ibu yang mengandung membawa beban lbh kurang 5kg hingga 6 kg dalam tempoh kandungan.(ana penah bca ttg perkara ini tp dh lupa baca katne).Hargailah segala pergorbanan abah dan mak.


Duhai anak-anak sekalian(termasuk ana)..Usai solat,tadah tangan berdoa moga ALLAH ampunkan dosa mereka.Diberikan kesihatan yang sejahtera kepada mereka.Banyak lagi doa-doa yang boleh diamalkan oleh kita(anak-anak sekalian) bagi mendoakan kesejahteraan abah dan mak kita(Alhamdulillah ana ada MAK,IBU dan MAMA)..Emak merupakan emak kandung ana.Selalu di HATI ana.Mama pula ana kenal di FB..Taaruf dan akhirnya Mama ambil keputusan untuk ambil ana sebagai anak angkat MAMA.IBU pula merupakan staf PTM..Ibu lebih senang jika beliau dipanggil dengan gelaran IBU..Jadi ana ada EMAK,MAMA dan IBU.Seronok sgt.Nanti nak suruh anak-anak panggil ana UMMI..Insyaallah..(jauhnya berangan)


Seterusnya,SYUKUR dengan segala nikmat YANG MAHA PEMURAH kurniakan..Terlalu banyak nikmat yang ALLAH kurniakan buat kita..Petang ini,dengan izinNYA dan kesempatan yang diberikan olehNYA kepada ana..Ana berkesempatan mencoret bingkisan hati di teratak yang ana rindui ini.Jangan pernah sesekali kita sombong dan bongkak dengan segala nikmat yang ALLAH kurniakan buat kita.


Emm..banyak lagi.Jangan pernah mengungkit apabila kita melakukan sesuatu kebaikan.Pagi tadi usai membaca AL-Quran beramai-ramai..Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk mendengar tazkirah.Antara pengisian yang ana perolehi iaitu 3 orang yang tidak memasuki syurga adalah orang yang berdusta,orang yang kedekut dan orang yang mengungkit.


Seterusnya(asyik guna penanda wacana ini je)..hehehe..Perbetulkan niat hanya kerana ALLAH apabila melakukan sesuatu perkara.Niat kerana ALLAH SWT..Insyaallah kita akan merasai kemanisannya.


Akhir sekali(nanti ana sambung cite lagi ya)..jangan merasakan bahawa kita malang apabila ditimpa kesusahan kerana sesungguhnya UJIAN tersebut adalah setimpal dengan kemampuan diri kita dalam menghadapinya kerana ALLAH mengetahui segala yang terbaik untuk hambanya Contohnya..jika anda rasa anda susah hanya dapat memandu kereta MYVI bukan BMW maka ingatlah ana yang lagi susah dengan hanya menunggang motosikal..jika anda rasa susah menunggang motosikal ada yang lagi susah dengan hanya mengayuh basikal,jika anda rasa susah ada lagi yang susah dengan hanya berjalan kaki dan jika kalian berasa susah ada lagi yang susah kerana nikmat kaki untuk melangkah telah ditarik oleh ALLAH SWT...


Sentiasa bermuhasabah diri...


Buat peringatan diri ana yang punya kekurangan ini dan kalian..Ingatlah bahawa setiap yang berlaku telah ditetapkan sejak azali lagi.ALLAH MAHA MENGETAHUI segala-galanya.


        . . . Kita tidak punya apa-apa..sekadar meminjam segalanya daripada DIA
                      kerna kita milik ALLAH YANG MAHA ESA.




-ISLAM itu INDAH-











Saturday, July 2, 2011

Antara "PENAWAR" buat ana..

Alhamdulillah....syukur ke hadratMu atas segala nikmat kurniaanMU..Hari ini alhamdulillah dapat rehat dan bercuti di rumah..Bersarapan pagi di rumah..Dapat main ngan arnab jap tadi.Comel :-)...


Alhamdulillah..rasanya sudah hampir setahun "terjun ke dunia" blog ini.Sebenarnya blog ini asalnya merupakan tugasan yang diamanahkan oleh pensyarah ana untuk dibuat.Al-Maklum,subjek Management Information System,jadi kena aplikasikan segala ilmu yang diperolehi untuk meghasilkan blog ini..Tapi setelah tamat subjek tersebut,ana ubahsuai blog ini untuk menjadi blog ana.


Pelbagai cerita duka dan manis diperolehi sepanjang ber"blogging".(betul ke perkataan ini)..Kalau salah tolong betulkan..Rindu plak nak belajar balik subjek BAHASA MELAYU d sekolah(alhamdulillah berkat usaha GURUKU yang tercinta menyuruh kami menyalin 5 karangan setiap hari,ana dapat A1 dalam subjek in..kadang2 menangis juga la menyalin..mana tak 5 kali 7hari =35 karangan..lenguh tangan..huhu...(iklan jap imbau kenangan manis yang tidak akan ana lupakan..)


Baiklah..ana merupakan anak ke 2 daripada 4 beradik..masih menuntut di UUM dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan dalam tahun akhir.Kini menetap bersama keluarga yang tersayang di Muar,Johor.


Boleh dikatakan,pelbagai ilmu dan pengalaman yang berharga ana perolehi dalam berblogging..malu sebenarnya nak mencoret d blog bila mana melihat blog-blog sahabat yang begitu baik coretannya berlandaskan nas-nas Al Quran dan hadis..ana masih cetek ilmu lagi..


Ana menulis melalui pengalaman dan ilmu yang masih perlu didalami sedalam-dalamnya.Oleh itu,daripada "DUNIA" ini ana dapat bersahabat menjalin ukhuwwah sehingga rasa rapat walaupun tak pernah bersua muka dengan sahabat-sahabat sekalian..Sehingga beberapa masalah yang menghantui ana,ana ajukan kepada insan yang ana anggap seperti akak ana sendiri(ana tak ada akak,cuma ada abang seorang)..dah mula nak "HUJAN"...jap ya.jangan turun lagi..sebak...


Ana rasa bila ana berblogging dan membaca tinta coretan sahabat-sahabat sekalian...Sedikit sebanyak membantu ana saat ana berduka mahupun gembira.Coretan-coretan kalian semua menjadi peniup semangat ana saat ana menghadapi saat-saat genting ditimpa dengan ujian yang mengajar ana supaya sentiasa memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT.


Di saat ana "jatuh"..coretan-coretan kalian ana baca dan selami maksudnya..sedikit demi sedikit coretan kalian antara "PENAWAR" buat ana.Coretan-coretan kalian merupakan makanan "rohani" buat ana..Kalian kongsikan DOA-DOA,Zikir-zikir Munajat,ilmu-ilmu yang bermanfaat,tips-tips berguna,pengalaman berharga dan pelbagai lagi.


Kalian,tak mampu ana nyatakan link2 blog yang menjadi "PENAWAR" buat ana..Terlalu banyak.Terima kasih YA ALLAH kerana telah menghadiahkan ana dengan sahabat-sahabat yang telah banyak mengajar dan memberikan pengalaman yang bernilai buat ana.


Kepada kalian semua..ana harap janganlah berhenti daripada mencoretkan sesuatu yang berharga buat ummah..Biar hanya di blog,impaknya terlalu besar kepada sesiapa sahaja yang mengambil iktibar dan manfaat daripada coretan-coretan kalian semua..


Tak mengapa andai "followers" di blog kalian tidak sampai ke tahap yang kalian ingini.Usah bersedih dan putus semangat andai tiada sebarang komen yang diutarakan di petak komen anda walaupun sudah bertahun kalian berblogging.Yang penting niat kalian mencoret sesuatu yang baik untuk manfaat bersama.ALLAH MAHA MENGETAHUI segala-galanya.


Akhir kalam,andai setiap yang ana coretkan di teratak ana ini punya kekurangan dan kesilapan,maka perbetulkan..tegurlah ana..Jangan biarkan ana melakukan kesilapan andai kesilapan tersebut mampu ditegur oleh kalian.(terima kasih kepada seorang sahabat yang menegur ana..ana silap dalam mengeja SUBHANALLAH di blog ana,alhamdulillah dengan teguran daripadanya, ana perbetulkan.


-ISLAM itu INDAH-