Friday, January 13, 2012

DIA temanku..

Assalammualaikum


Alhamdulillah..Hari ini rasa ingin kongsi tentang satu perkataan iaitu "PENANTIAN".Tiba-tiba teringat akan artikel yang saya baca di blog seorang blogger saat perkataan ini berlegar di kotak minda.


Artikelnya menerangkan bahawa PENANTIAN itu bukanlah suatu PENYEKSAAN seperti yang dicanang oleh segelintir.Namun PENANTIAN itu suatu PROSES.


Lihatlah dengan mata hati bahawasanya apabila kita dalam situasi "PENANTIAN".Pelbagai perasaan yang kita rasakan.Sebagai contoh saat menunggu keputusan peperiksaan Pmr,SPM mahupun STPM dan seterusnya.


Apa yang kalian rasakan saat "MENANTI" keputusan itu??


TAKUT...RISAU..GELISAH..


Namun,setelah saya membaca penjelasan panjang lebar mengenai artikel itu,hati saya terjentik dan merasa tersentuh.Satu persoalan timbul di benak fikiran


Adakah saat aku menunggu sesuatu sama ada keputusan peperiksaan,menunggu kawan untuk ke kelas bersama-sama,menunggu bas awam untuk ke pekan dan pelbagai lagi situasi "PENANTIAN"..Saya menunggunya dengan YANG MAHA ESA.


Atau saya buang jauh-jauh hati daripada mengingatiNYA??


Masyaallah,terima kasih YA ALLAH kerana Engkau mengerakkan hatiku,tanganku dan mataku untuk membaca nukilan menyentuh hati tentang "PENANTIAN itu bukan SATU PENYEKSAAN.Namun satu PROSES untuk mendidik jiwa supaya bersabar dan jangan sesekali jauh daripadaNYA.


Menantilah dengan YANG MAHA AGUNG..Panjatkan luahan doamu pada YANG MAHA MENDENGAR kerana dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi TENANG.


Cukuplah sampai di sini dahulu.Saya menulis kerana ingin memberikan pengajaran buat diri sendiri agar memperbaiki kelemahan diri dan berharap agar nukilan hati saya ini boleh menjadi asbab kepada hati-hati di luar sana untuk bersama-sama dalam menggapai keredhaan ALLAH SWT.


Teringat akan dialog dalam filem "KETIKA CINTA BERTASBIH"yang diluahkan oleh watak dalam filem itu iaitu Azam..


~Prinsip hidup saya berdasarkan AL-Quran dan Sunnah~


Sekian.
Muar,Johor
3.35 petang
19 Safar 1433H

3 comments:

Anonymous said...

penantian itu yeah teramat indah apabila ikhlas + sabar kerana DIA.. insyaALLAH takkan ada kecewa,, walau nanti diakhirnya tak sama seperti yang dirancang & diharap.. yakinlah. bahawa DIA ad rencana yang terhebat. insyaALLAH..

p/s:ingatan buat diri ini juga.. yang tengah cuakz mnunggu keputusan STPM.. kak doakan,, btw nice sharing.. may ALLAH bless

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum

terima kasih adik berkongsi kata hikmat buat akak dan pengunjung teratak ini.

Penantian menjadi Indah bila Ikhlas dan Sabar.

Insyaallah,akak doakan yang terbaik buat adik.

Jaga diri,hiasi perabadi(^_^)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Wah! Dah ada teman rupanya....
Walau apa status `teman` yang dimaksudkan sebagai teman sepergaulan (`asyirah`), adik-beradik, suami-isteri, ipar-duai, mahupun pemimpin , mesti ada ukurannya.
Status `teman kepercayaan` atau bithonah sangatlah penting kerana ia menentukan corak masa depan kita dalam menentukan sebarang rancangan. Ramai mrk yang musnah dan gagal dlm hidup kerana mengambil diluar kalangan mrk sendiri dah mudah percaya pada org yang kita tidak kenal peribadinya.
Surah AliImran:118 ا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Namun jika kita mengambil `bithonah sebagai pemimpin (wali)` maka itu pun ada ukurannya. Surah AlMaidah:55 إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
Wallahualam