Monday, August 20, 2012

Yang TERBAIK!!!

Ramadhan sudah pergi meninggalkan beberapa ketika yang lalu..Ramadhan kali ini tidak akan kembali kepada kita tetapi yang pasti beruntunglah buat sesiapa yang dipilih oleh Yang Maha Pengasih untuk melaluinya.

Sangat-sangat beruntung..Untungnya bukan seperti kita mendapat hadiah sebuah kereta apabila menang peraduan teka silang kata(dan macam2 lagi peraduan) tetapi beruntungnya apabila setiap ibadah yang kita laksanakan digandakan ganjaran olehNYA.

Selain itu,kita dapat bonus berganda-ganda pemberian YANG MAHA PEMURAH.Bukan bonus separuh gaji yang kakitangan awam dapat tu tau.

Menariknya bonus ini hanya kita dapat pada bulan yang dinamakan sebagai RAMADHAN.

Tidakkah merasa kita cukup BERUNTUNG kerana dipilih untuk merasai RAMADHAN kali ini??

Jom muhasabah bersama..

Saya dan kamu yang sedang membaca nukilan ini tidak dijanjikan YANG MAHA PENCIPTA dengan jaminan untuk dimasukkan syurga.Akan tetapi Rasulullah SAW yang dijamin ke syurga oleh ALLAH begitu gigih dalam mengabdikan diri kepada YANG MAHA SATU.

Maka,dengan itu ALLAH hadiahkan kita dengan satu bulan yang di dalamnya dipenuhi rahmat dan kasih sayang daripada ALLAH.

Dengan itu,kita sewajibnya menghargai kehadiran RAMADHAN dalam kehidupan kita.

Moga ALLAH terima amalan saya dan muslimin serta muslimat sekalian pada RAMADHAN kali ini.Amin

Moga ALLAH pilih saya dan kalian untuk bertemu dengan RAMADHAN yang akan datang.Amin

Moga kegigihan kita dalam menahan diri daripada melakukan kemungkaran kepada ALLAH,menjadikan AL-QURAN sebagai novel cinta dan pelbagai lagi amal kebaikan yang dilakukan sepanjang RAMADHAN yang lalu diteruskan pada bulan-bulan yang akan datang.

Marilah menjadi hamba ALLAH dan bukan hamba RAMADHAN.

HAMBA ALLAH sepanjang masa mentaati perintahNYA dan menjauhi laranganNYA.

Akhir kata,ayuh meriahkan hari-hari yang kita lalui setelah RAMADHAN dengan menjadi HAMBA ALLAH yang terbaik.(^_^)



No comments: