Thursday, August 30, 2012

Tak pernah kecewakan Aku

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Dia tak pernah mengecewakanku
Tak pernah sama sekali
Hatiku disakiti dan  dilukai
Yang ada cuma bahgia 
Yang Dia berikan padaku
Yang sentiasa meminta dari Dia

Lalu untuk apa aku berduka
Untuk apa aku bersedih
Dan untuk apa aku bermuram durja
Kerna Dia sentiasa ada disisiku
Tidak mengira waktu
Tidak mengira saat suka mahupun senang
kerna Dia tahu aku amat memerlukanNYA

Cukup banyak dan terdaya
Untuk aku menghitung satu persatu
Setiap nikmat yang Dia berikan buatku
Sejak dari tertulisnya aku untuk Dia ciptakan
Sehingga akhirku nanti

Dialah penciptaku
Yang Maha Agung
Yang Maha Perkasa
Dan Maha Kaya dengan nikmatnya.

Dan kerna itu
Setiap detik yang dilalui dengan pinjaman nafas daripada DIA
Usah alpa dan leka
Dalam melafazkan kalimat cinta sebenar
pada Dia yang kekal selama-lamanya.







2 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Memang benar Allah SWT Maha Mengetahui sehingga ilmuNya mengatasi segala2nya walaupun taqdir sebelum kita diciptakan lagi. Surah Alhadid:22 مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْ‌ضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَ‌أَهَا ۚTidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya.
Sehubungan dgn itulah kita mesti menentukan takdir kita sendiri srg dan masa depan seterusnya krn manusia ini diberi pemilihan hidup. Surah Albalad:10 وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

Ini bermakna, kita sendiri secara umumnya mengetahui kedudukan takdir qadha dan qadar kita walaupun kita beri pelbagai alasan! Surah AlQiyammah:14-15 بَلِ الْإِنسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَ‌ةٌ ﴿١٤﴾Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَ‌هُ ﴿١٥﴾Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
Maka sudah tiba masanya kita memikirkan jaminan masa depan kita. Apa lagi dengan mentadabbur AlQuran. Surah AlIsra`:14 اقْرَ‌أْ كِتَابَكَ كَفَىٰ بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا (Lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)"

Apabila telah berlaku jarak yang jauh diantara kita dgn Rasulullah saw maka jantung kita bertambah keras kerana lari dari peringatan Allah SWT. Surah AlHadid:16 وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖDan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras.
Surah AlHasyr:19 وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّـهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.
Apa yang berlaku dalam kehidupan sebenar, bukanlah manusia tidak mahu kembali ke jalan Allah SWT tetapi sering terpesong kerana begitu banyak simpang-siur yang mengkaburkan! Itulah risiko perjalanan hidup...
Dan jangal lupa bhwa tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT ialah dgn mentaati perintah Allah SWT spt terdapat dlm tafsiran Ibnu Kasir Surah :Luqman:12 بَعِيد . وَقَالَ الزَّجَّاج : الْمَعْنَى وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَان الْحِكْمَة لِأَنْ يَشْكُر اللَّه تَعَالَى . وَقِيلَ : أَيْ بِأَنْ اُشْكُرْ لِلَّهِ تَعَالَى فَشَكَرَ ; فَكَانَ حَكِيمًا بِشُكْرِهِ لَنَا . وَالشُّكْر لِلَّهِ : طَاعَته فِيمَا أَمَرَ بِهِ
Wallahualm

merpati merah jambu said...

Assalamualaikum..
Mengadulah nasib kita hanya pada-NYA..
InsyaALLAH segala derita kita dihapus-NYA :)