Thursday, May 24, 2012

Apa Ertinya??

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang

Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah.Dah lama tak melukis di dinding teratak ini.Nak kongsi sesuatu hari ini.Sebelum tu,sejak keluar statistik 2.5 juta penduduk berusia 25 tahun ke atas belum berkahwin..Rasa macam rancangan d tv bercerita ttg perkahwinan..Macam-macam tajuk.Sampai kadang terdetik dalam hati.. "Dah tak ada tajuk lain lagi nk cerita"..

Bukan menolak sebuah perkahwinan tapi ada lagi perkara penting yang perlu diambil berat.Terlalu banyak perkara lain yang boleh dibincang atau dikongsikan.Fikirkanlah dan renung2kan.

 Dalam masa sama,jangan lupa panjatkan doa.Jangan hanya bercerita ttg baitul muslim tapi usaha Hampeh tak der..Ini peringatan untuk yang menulis juga.. Insyaallah.

Dah,kali ini bukan nak cerita pasal "tawen-tawen" walaupun musim kompang berbunyi bakal bermula.Hari ini nak cerita tentang
"Erti sebuah KESYUKURAN"

Apa pengertian syukur dalam diri kita semua??

Saya tinggalkan soalan ini untuk kalian.



Bagi saya,andai kita semai benih-benih kesyukuran dalam hati,kita akan merasa cukup dalam setiap pemberian daripadaNya.Kita akan kurang mengeluh saat diuji olehNya malah sedar bahawa ujian itu tanda Allah sayangkan kita.

Mari kita muhasabah sama-sama..Antara kasih sayang Allah yang maha hebat buat kita dengan memilih saya,kamu,kamu,kamu dan semua untuk hidup di muka bumi Allah ini sebagai makhlukNya yang bernama

MANUSIA

Jadi,mari kita balas kasih sayang Allah dengan berusaha menjadi hamba yang bertaqwa kepadaNya.Allah bukan memandang pada hasil tapi usaha yang kita lakukan kerana usaha yang bersungguh pasti membuahkan hasil yang berguna pada kita.

Insan yang masih perlu perbanyakkan usaha,
~Wardah Addin~

1 comment:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Bial cerita ttg `tawen2` ni biarlah saya mencelah skt w/pun tidal lagi jagi pelajar! Biarpun betapa ramainya manusia didunia tidak kawin, namun dlm Islam ada aturcara samada kita perlu kawin atau tidak! Surah AlBaqarah:230 Ø£َÙ† ÙŠَتَرَ‌اجَعَا Ø¥ِÙ† ظَÙ†َّا Ø£َÙ† ÙŠُÙ‚ِيمَا Ø­ُدُودَ اللَّـهِ ۗ ÙˆَتِÙ„ْÙƒَ Ø­ُدُودُ اللَّـهِ Sekiranya psgn (lelaki dan perempuan) ingin berkahwin sesungguhnya `berat-sangka` Kami kedua2nya dapat menegakkan hukum Allah`.
W/pun ayat ini mengenai pekahwinan kali ke2, namun lafaznya diambil secara umum dlm kaedah Usul AlFiqh yang dipersetujui oleh para Imam Mazhab dlm istinbat mengenai perkahwinan. Allah SWT menggunakan istilah `dzon` iaitu perkahwinan adalah harus saja dan sekiranya nak kahwin juga, pastikan kedua2nya dapat menbegakkan hukum2 dlm Islam. Maksudnya teruskan pembelajaran AlQuran tanpa memberi alasan sibuk mcmana sekalipun selepas kahwin! Hatta Imam Syafie dan Imam Nawawi r.anhuma sendiripun sehingga akhir hayat tidak berkahwin! Mrk terlalu sibuk menumpukan kearah pahala jariah dr menumpukan soal perkahwinan. Malangnya umat Melayuwiyah kita ini berkahwin tanpa memikirkan nasib mrk setelah berjanji kepada Allah SWT! Kalau boleh belajar, Alhamdulillah teruskan cari yang sekuffu. Wallahualam.