Wednesday, May 9, 2012

Hanya Persinggahan...

assalammualaikum..

alhamdulillah...

Pagi ini ceria seceria si dia yang menulis..Saya la tu dan kalian yang sedang menziarahi teratak kerdil saya ini.Alhamdulillah,Allah bagi keceriaan.Saat ini juga,telinga "dihidangkan" dengan lagu MABRUK by Irfan Makki.Saya suka lagu ini.

Bila kita mulakan hari dengan Allah maka dengannya kita akan tenang walau badai melanda..

Tak percaya??..Cubalah

Kita mulakan pagi dengan solat subuh kemudian diikuti dengan membaca dan memahami ayat-ayat cinta Allah.Bila kita buat perkara yang Allah suka,Allah redha pada kita.

Ambik terjemahan Al-quran,rujuk surah al-Maidah 5:119-120

Solatlah kerana ia tiang agama.Saya pasti anda sudah mengetahuinya.Apabila solat tanda kerendahan hati kita pada Pencipta.Kita tak bererti tanpaNya kerana kita tak punya apa-apa tanpa Dia yang pinjamkan pada kita "nyawa",harta benda dan pelbagai lagi.

Sedarlah bahawa dunia ini hanya persinggahan atau transit sebelum ke sana yang kekal..Dunia hanya persinggahan.Kalau singgah,hanyalah sementara di situ.

"Dan( ingatlah),apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu,tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah,sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya"  
 ( Surah Muzammil 73: 20)

Peringatan buatku..buatmu sekalian,saudara seakidahku.Sekian

 




1 comment:

ooooooooo said...

assalamualaikum.berkenaan al-quran pena maya - boleh hubungi saya melalui email pospenamaya@gmail.com dan berikan nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima di sana nanti.tolong berikan maklumat lengkap yang akan digunakan pihak delivery.