Saturday, December 3, 2011

~Secebis perjalanan di Bumi Yang Maha Agung~

Dengan nama ALLAH yang maha pengasih dan penyayang


Alhamdulillah,syukur ke hadrat ALLAH SWT..Allahu akbar..Agak kepenatan sepanjang hari ini.Jumaat adalah hari cuti bagi negeri Kedah..Alhamdulillah,diharapkan muslimin dan muslimat termasuk ana memanfaatkan masa yang ALLAH kurniakn buat kita dengan sebaik-baiknya:-)


Malam ini,ingin berkongsi sedikit perjalanan kehidupan ana pada hari ini.


Bermula semalam ana bersama-sama dengan sahabat ana telah menjalankan usrah..Tentatif programnya seperti berikut :


agenda usrah..


6.30     : p beli nasik lemak terchenta :)
6.45     : jln kaki ke masjid  :)

(sampai terus berwudu' dan klu de mse bce quran semuka due :) )
7.02  :Berbuka puasa bersama-sama
7.30     : pas mghrb berjemaah-mulekn usrah dgn ubudiyyah kpd Allah dlm bentuk jemaah dlu k :) 
8.30     : mulekn usrah kelompok :)
(jgn lupe bwk bku kosong khas tuk catatan usrah :) )
-tdo awal tuk qiyam kul 3pg. kte saling kuat menguatkn antr ahli usrah ble sush nk qiyam sbb dugaan ptame tdo msjd ialah sejuk...hehe :)
-usrah diteruskn dgn ubudiyyah kpd Allah dlm bentuk jemaah lg..
-tdo sebentar menunggu subuh (supply energy semula)
7.00pg   : beriadah/panjat puncak vista :)
-usrah still berlnsung dlm jemaah tp lebih kpd pemerhatian alam kejadian Allah.



(copy paste agenda USRAH drp mesej yg dihantar oleh sahabat di FB..xsempat nak taip..hehehe)..Pendekatan yang berbeza digunakan bagi membuatkan perjalanan USRAH lebih menarik:-)


Alhamdulillah,usrah kami bermula setelah solat isyak berjemaah di masjid Sultan Badlishah,UUM.Bermula khamis malam jumaat sehingga pagi Jumaat.Alhamdulillah.memang seronok bila tidur di masjid dgn sahabat2.Memang sejuk tak terkata bila masuk awal pagi sekitar 1 pagi.Dan sememangnya nak bangun qiamulail adalah saat yang sukar.Bila semua  dah lena tidur diulit mimpi.Namun alhamdulillah,hajat kami diizinkan oleh ALLAH swt untuk berqiamulail.

Setelah solat subuh,kami pun bersama-sama "Kembara ALAM"..Sungguh syahdu saat mengembara di hening pagi.Menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH SWT.Subhanallah.



Kembara Alam kami selesai lebih kurang pukul 8.30 pagi.Insyaallah,minggu depan akan ketemu lagi.Moga ALLAH memberikan kesempatan buat kami untuk bertemu menjalin ukhuwwah keranaNYA.

Setelah selesai kembara Alam,kami membawa haluan masing -masing menuju ke kolej kediaman sendiri.

Dan ana pun pulang ke kolej kediaman..Ingat-ingat nak rehat..tapi....Tapi sayang (nasyid sikit)
Jeng..jeng..jeng...sebuah baldi comel yang berwarna merah sudah menunggu ana dengan setianya di bilik..

Makanya proses mencuci baju pun bermula..

Attention : basuh guna tangan tau..sebab nak bagi "cuti" kat mesin basuh..Hehehe
(sebenarnya nak jimat Rm2.00 bila guna mesin basuh)

Proses membasuh baju selesai lebih kurang pukul 10.30 pagi..(penat2 sambil lap peluh di dahi).
Oleh itu,pengajarannya disini "Ingat jasa mak kita yang bertahun-tahun basuh baju untuk kita dulu."Ada tak mereka mengeluh???Renung-renungkan..:-)

Selesai basuh baju..Alhamdulillah baru kesempatan untuk berehat seketika..Tapi tak juga berehat??Buat apa tu??

Buka facebook..Tengok2 ada sahabat tagged untuk ke program ini..

Makluman kepada aktivis da'wah lapangan Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) yang pernah turun lapangan ketika ini dan kepada jiwa2 yang punya tanggungjawab untuk ummah. satu perjumpaan akan diadakan pada esok hari (2/12/2011) selepas solat jumaat (jam 3 petang) bertempat di perkarangan Masjid Sultan Badlishah UUM...Moga usaha kecil ini, memberi makna buat ummah. wallahua'lam


(post yang di tagged pada ana)
Alhamdulillah ana berpeluang menjejaki kaki ke mesyuarat pertama bagi UNGGAS
ini.Mengikut perancangan,kemuncak aktiviti untuk UNGGAS ini ialah pada malam tahun baru 1/1/2012..Mendekati hati insan-insan yang memerlukan  suntikan hati dan pertolongan  dalam merubah kehiudpan ke arah yang lebih baik.
.Moga
ALLAH beri kekuatan pada kami.Moga kami juga turut sama muhasabah diri memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam diri setiap daripada kita yang bergelar Hamba kepada Yang Maha Esa.Jadi,insyaallah pada 16/12 dan 23/12/2012 kami akan menjalani latihan pemantapan diri dari sudut fizikal dan mental.
Selesai membaca post di Fb dan menitipkan kata-kata nasihat peringatan buat diri ana dan sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH..Ber"blogwalking" seketika.Ana pun mengambil masa yang terluang sementara menunggu zohor untuk menghilangkan kepenatan.Sempat juga qailullah.

Selesai solat zohor,ana pun bersiap-siap untuk ke masjid bagi menghadiri mesyuarat UNGGAS tersebut.Mesyurat berakhir beberapa minit sebelum Asar.Alhamdulillah berkesempatan berjemaah di masjid bersama sahabat-sahabat yang terlibat dalam mesyuarat tadi.

Selesai mesyuarat,bergerak ke kolej untuk bersama-sama dengan kawan membeli juadah untuk makan malam.Setelah beberapa hari sebelum ini rezeki belum sampai untuk menikmati nasi kerabu.Alhamdulillah petang tadi,ana diberikan rezeki olehNYA untuk merasai nasi kerabu(berbunga-bunga hati).

Ana memang "puteri nasi kerabu'
sahabat ana berseloroh.."kalau camni kena kahwin dgn org kelantan la ni"
Pastu kena pandai buat nasi kerabu:-)

Pulang ke bilik,sekitar jam 6.30 petang menikmati nasi kerabu bersama sahabat  di bilik ana.Alhamdulillah.Dipendekkan cerita,selesai solat isyak..Alhamdulillah ana dan roomate berkesempatan untuk menghadiri majlis ilmu di kolej berdekatan.

Tajuknya ialah "Bukan Cinta Biasa" iaitu berkenaan dengan peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh seorang yang bergelar "Pelajar dan Muslimah".

Ceramah selesai lebih kurang pukul 10.30malam..Masyaallah..penat tak terkata.Namun hati ini berkata-kata adakah segala perkara yang dilakukan hari ini "cukup" untuk bekalan di sana???

Oleh itu,ana menyeru kepada diri ana sendiri dan sahabat-sahabat sekalian,Marilah kita bersemangat dan terus berusaha dan tidak kenal berputus asa dalam mengutip "bekalan" kita untuk ke sana.Dan apabila kita melakukan sesuatu jangan hanya untuk diri sendiri tapi berfikirlah jua untuk membangunkan UMMAH.

Ayuh tuliskan diari hidupmu bukan untuk mengira amalanmu tapi
sebagai MUHASAH buat diri dalam memperbaiki diri
menjadi Mukmin Yang Sejati.

Akhir kata,moga sedikit perkongsian daripada ana ini dapat memberikan manfaat buat DIRI ana sendiri dan pelawat teratak ana ini.
InsyaALLAH

~ISLAM itu INDAH~

“Jadilah kamu di dunia seperti seorang pengembara atau seorang yang sedang melalui satu jalan”

 -Hadis riwayat Bukhari-





5 comments:

Kamil Muhamad said...

ana juga berhasrat utk berkenal dengan Usrah, sepertinya indah sekali.....

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum..

sbg prmulaan,saudara Kamil boleh mulakan usrah dgn sahabt2..kumpul dlm 3 or 4 org..n then duk sembg2..luah pndpt n pglmn hidup yg boleh djadikn pgjrn n strusnye.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sebermulanya perjalanan hidup diBumi Allah SWT mestilah dalam petunjukNya. Tugas kita adalah utk mencari petunjuk dgn mentadabbur AlQuran kerana ia adalah petunjuk hidup kita sehingga ke akhir hayat! Bumi yang kita diami ini pada asalnya diwariskan pada orang2 soleh sebab itu Rasulullah saw berusaha mempelajari AlQuran bersungguh2 supaya dapat negara Islam dan membebaskan bumi ini dibawah cengkaman kuffar. Begitu juga, apabila kita melihat keindahan alam sekeliling mesti ada perasaan utkmenebus kembali bumi Allah ini. Surah AlAnbiya`:105 وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".
Begitu juga, apabilakita memerhatikan pada segenap pepenjuru dunia dan pada diri kita terdapat tanda2 kebesaran Allah SWT. Surah Fussilat:53 سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar.

Perjalanan usrah mesti bermula dengan kefahaman AlQuran dan hadis Rasulullah saw yang penuh keberkatan. Tetapi sudah menjadi sunnatullah bahawa kebanyakan manusia tidak berapa gemar apabila berpaksikan kefahaman AlQuran secara `direct`kerana kita sudah dididik sedemikian sejak lahir lagi. Surah AzZumar:45 وَإِذَا ذُكِرَ اللَّـهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ ۖ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِن دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.
Surah Alisra`:46 وَإِذَا ذَكَرْتَ رَبَّكَ فِي الْقُرْآنِ وَحْدَهُ وَلَّوْا عَلَىٰ أَدْبَارِهِمْ نُفُورًا Dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri.

Sebagai seorang Islam, InsyaAllah kita mesti sentiasa berdamping dgn AlQuran dan Hadis krn kedua2nya merupakan petunjuk dlm hidup. Semoga hidup danusrah kita sentiasa dlm pemeliharaan Allah SWT. Wallahualam.

Al - Mu'allim said...

Salam.

Memang hidup di kalangan shbt2 usrah sngt indah. Usrah yang dilakukan juga tidak harus formal dlm bentuk halaqah sahaja.

Apapun, moga terus istiqamah dalam gerak kerja Islam.

p/s : nasi kerabu tu nmpk sedap :)

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum

Tajnur :terima kasih tajnur atas penerangan bersertakan dalil-dalil tersebut.sangat menghtargainya.

aL-Mu'allim:

alhamdulillah memang indah terasa bagai satu keluarga.terima kasih.
nasi kerabu tu memang sedap:-)..alhtamdulillah