Wednesday, December 28, 2011

Azlen SaYangkan DIA..(^_^)

Bismillah..


Alhamdulillah...syukur ke hadrat ALLAH SWT..Mulanya saya mohon sahabat sudi untuk mendoakan bapa saudara yang yang kini sedang berada di hospital.Semoga pak andak akan beransur pulih..Insyaallah.Mohon doa kalian juga moga keadaan banjir yang berlaku di Sarawak,Sabah dan beberapa negeri lagi beransur pulih.
Terima kasih atas doa kalian semua.Hanya ALLAH yang mampu membalasnya.


Petang tadi,berkesempatan untuk meluangkan masa bersama seorang sahabat di tasik berdekatan kolej.Kami berdua berjalan kaki memusing tasik.Ingin mengeluarkan peluh dan menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH.Pelbagai topik kami bualkan.


Antaranya..kehidupan yang bakal dilalui setelah bergelar graduan Universiti Utara Malaysia.Kami berdua suarakan kebimbangan yang bersarang dihati.Namun,dipujuk hati yang bimbang dengan kata-kata semangat.


Berdoa,berusaha..Insyaallah,ALLAH permudahkan jalan kita.


Kami sama-sama memasang impian untuk menjadi tetamu ALLAH.Saya pasti kalian jua memasang niat itu.Kumpul duit untuk hantar mak dan abah mengerjakan haji dahulu.


Topik beralih kepada satu topik yang memang hangat diperkatakan .Saya pasti anda dapat menekanya.


Sekali lagi kata-kata semangat ditiupkan..


Berdoa ,berusaha dan bertawakal..ALLAH mendengar setiap luahan hambaNYA..Kita siap sedia jadi yang solehah wahai sahabat..Walaupun sukar untuk mendapat gelaran itu..Namun,apa yang penting kita sentiasa berusaha ke arah itu.


Buat diriku yang masih sentiasa mengingati akan detik 2 April 2011.Usah risau wahai diriku..Alhamdulillah,pembedahan telah berjaya dilakukan.Insyaallah,selagi mana ALLAH memberikan peluang buatmu untuk menikmati kehidupan...


Hargailah ia..Kutiplah bekalan buat dirimu disana.Yakinlah ALLAH tahu yang terbaik buatmu..Ujian buat dirimu kecil jika dibandingkan dengan insan-insan yang lain yang begitu besar ujianNYA.Ujian kehilangan insan yang tersayang,ujian kelaparan, dan pelbagai lagi.Biarpun doktor mengatakan bahawa penyakitmu mungkin berulang kembali.Percayalah,ALLAH tahu yang terbaik untukmu.Alhamdulillah last "follow up".Doktor memberikan kata yang positif.Semuanya dalam keadaan baik.


Azlen sayangkan ALLAH.



No comments: