Wednesday, December 21, 2011

"Dia HEROku"

     Alhamdulillah..pagi ini terasa ingin menukilkan sesuatu.Rasanya minggu lepas sehingga ke hari ini agak sibuk."Memaksa" diri untuk bertahan.Memang penat.Subhanallah


      Tapi,ana punya satu cara  untuk "menghilangkan" kepenatan saat berada di kampus adalah dengan mengingati hero hati ana iaitu Abah yang tersayang.Abah merupakan seorang tukang kebun di klinik kesihatan.Dapat dibayangkan betapa abah  perlu bangun seawal 5.30 pagi untuk bersiap ke tempat kerja.


       Selepas menunaikan solat subuh,abah akan bersarapan pagi.Emak di dapur sibuk menyiapkan bekalan buat abah bawa ke tempat kerja.Kadangkala abah akan meminta emak membuat sarapan dengan kuantiti yang agak banyak kerana abah ingin mempelawa rakan-rakan sekerja menjamu juadah masakan emak.


Lebih kurang pukul 7 pagi,abah akan keluar untuk ke tempat kerja dengan menunggang motosikal.Pemboncengnya adalah adik bongsu ana yang bersekolah di tingkatan Lima.


Tidak perlu dinukilkan rutin harian pekerjaan abah di sini.Cuma ana pasti dan yakin memang penat.Maka,jika ana penat dengan tugasan dan program yang disertai di kampus,ana akan ingatkan diri ana bahawa abah lagi penat berbanding ana.Mencari rezeki di bawah sinaran matahari dari pagi hingga ke petang.Daripada itu dengan kekuatan daripada YANG MAHA ESA,ana beroleh kekuatan.Saat diri meluahkan kepenatan serta merta akan terbayang wajah abah.


Monologku "Abah lagi penat tau Angah..Jadi Angah jangan mengeluh penat dan penat.
Kata-kata yang selalu diluahkan di benak hatiku ini


Abah,abahlah hero yang akan senantiasa bertakhta di hati ANGAH.


Angah sayang Mak dan Abah.

Kepada kawan-kawan dan adik-adik juniorku yang bertanya 

"Tak penat ke Lin???"

"Tak penat ke akak??""

Ana hanya mampu jawab sepatah dua lalu tersenyum dan 

.....Inilah jawapannya....

"Ya ALLAH,berikanlah aku kesempatan untuk membahgiakan abah dan emakku serta keluargaku"



2 comments:

sesuci kasihMu said...

a'aaa lin...ayah yg t'baek kan..lg penat dr kite..diorg x ungkit , x mrungut pon..kite bile penat skit dh mrungut kan..

t.kasih lin, sume enrty lin mmg best dn b'manfaat..

sem0ga bl0g ni tak terus sepi lin... ^__=

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum..

:-)..saya sayang mak abah.

sama-sama mastura ku sayang:-)..

Insyaallah,sampaikan walau satu ayat.

dah buat blog baru ye???