Monday, December 26, 2011

Pasti tidak KECEWA..

Assalammualaikum...


Semakin  dekat detik itu..Moga ALLAH bagi kesihatan yang baik kepada saya dan kawan-kawan.Doakan saya agar segera sembuh daripada keadaan kesihatan yang kurang baik ini untuk menduduki peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.


Kesilapan daripada saya juga kerana 'memaksa' diri walaupun keadaan diri yang sudah penat namun tetap menerima sesuatu tugasan untuk diselesaikan.Itulah kelemahan saya.


Bermuhasabah..adakala kita leka dan alpa.Natijahnya kita yang akan rugi.Allahu akbar.Terima kasih Allah kerana menyedarkan hatiku.


Bukan mudah untuk redha tapi pupuk diri untuk redha akan segala ketentuan ALLAH.Bilamana kita redha,mudah untuk kita menyingkap hikmah disebalik sesuatu perkara yang  berlaku  dalam kehidupan kita.Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya.
.
Jika ingin menangis..menangislah dihadapanNYA.Hati akan tenang kerana mengingatinya.Bermunajat denganNYA di sepertiga malam.Berdoalah kerana itu kekuataan kita.Yakin dan percayalah dengan janji Allah.ALLAH tak akan mengecewakan hambaNYA




"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

::Ghaafir 40:60::



azlen rindukan Pondok..Ingin menziarahinya sebelum berjuang di medan peperiksaan


No comments: