Monday, December 12, 2011

Permata dari Pondok yang Mendamaikan.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih dan Penyayang


Alhamdulillah,my netbook tak "merajuk" hari ini.Sejak seminggu hingga ke hari ini..Netbook "merajuk" dengan ana.


Cukup..teruskan pada tajuk.Malam Jumaat yang lalu dapat mesej daripada seorang sahabat


Sahabat : Salam,nak ikut p blaja kitab kat pondok x?
Saya      : Bila ??kat mana?
Sahabat  : Esok pagi dalam kul 8-11,kat pndok jitra,kta p naik kete
Saya       : ok.penerangan dalam Bm kan??Azlen xmahir bahasa Arab
Sahabat  : Yup,jgn risau.Dah pi nnt,mst nak pi lagi.esok jumpa kat bus stop simedarby ya dalam kul 8pg.


Sabtu yang lalu,ana berkesempatan untuk mengikuti pengajian kitab di Pondok Bukit Gajah d Jitra.Allahu Akbar..sejuk hati.Pondok tersebut terletak di dalam kawasan pokok getah,dikelilingnya terdapat pokok2 getah yang gah berdiri.Tergamam seketika saat kereta yang dipandu kak Fizah membelok ke kawasan pokok getah.


Tertanya2 dalam hati "Biar betul pondok kat sini??..(^_^)..


Alhamdulillah,setelah sampai kami berlima pun melangkah menuju ke surau pondok.SUasana yang mendamaikan.Angin bertiup sepoi2 bahasa.Subhanallah..seronok.Ada yang datang bersama keluarga..yg datang berdua pun ada..sweet sgt.oppss.Jgn salah faham tau.Berdua tu,suami dan isteri tau..Yang dtg ngan kwn2 (kami la tu..).hehe


Jadi ana nak kongsikan perkongsian ilmu yg ana dapat.Insyaallah bermanfaat.


Yang pertama..


Sentiasalah bermuhasabah dalam kehidupan.Muhasabah bukan dalam keadaan susah sahaja tapi bermuhasabah kala melayari kehidupan saat susah dan senang.


Yang kedua..


Niat adalah penting dalam kita melakukan sesuatu.Berniatlah kerana ingin mendapat keredhaan ALLAH SWT.Selain itu,niat apabila menuntut ilmu atau sesuatu pekerjaan adalah kerana ingin menghilangkan kejahilan dalam diri dan mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad SAW.


Yang ketiga..


Sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW..Sekali kita berselawat kepada Nabi Muhammad SAW,ALLAH SWT gandakan 10 kali kebajikan buat diri kita.


Yang keempat..


Sentiasa berzikir memuji kebesaran ALLAH SWT.Pada sabtu lepas,Ustaz (ana bahsakan ustaz sbb ana juga tidak mengenali siapa yang menyampaikan ceramah untuk pengajian kitab  pd sabtu lepas).Jadi,disini dinyatakan khasiat nama ALLAH "Al-Muhaimin" iaitu sesiapa yang berzikir "Ya Muhaimin" sebanyak 100 kali setiap hari akan beroleh kemuliaan dalaman (spiritual) di sisi ALLAH SWT.


Caranya,selepas mandi kemudian berwuduk.Setelah itu,menunaikan Solat sunat Mutlak(solat sunat ini tidak terikat dengan waktu dan menunaikan bukan disebabkan sesuatu).Usai bersolat,berzikir "Ya Muhaimin" 100 kali.


Yang kelima..


Jihad terbahagi kepada empat iaitu jihad badan,jihad nafsu,jihad syaitan dan jihad pergaulan dengan manusia.Pada pengajian yang lepas,Ustaz kongsikan bagaimana jihad dengan Syaitan iaitu:


(i) dengan menyibukkan hati mengingati ALLAH SWT kerana hati adalah tempat persinggahan syaitan
(ii)Mengikis godaan syaitan daripada lubuk hati kita dengan memperbanyakkan zikir sama ada zikir hati dan zikir lidah.


Tamat

Insyaallah,jika telah tertulis ana berkesempatan untuk menjejakkan kami ke pondok itu lagi untuk pengajian kitab pada sabtu ini,Insyaallah ana akan kongsikan perkongsian ilmu yang ana perolehi

-Sampaikan walau satu ayat-

-Islam itu Indah-

Tenang..ni bukan gambar pondok tu..Sahaja je letak.:-)

p/s :Betul kata kawan ana,kalau pergi sekali,nak pergi lagi mengaji..Alhamdulillah..

2 comments:

hanna sofea said...

syukran atas perkongsian.. teringin juga nk ke pondok..

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

afwan.Insyaallah..nnt ade kesempatannya:-)..