Saturday, November 26, 2011

Indahnya Ukhuwwah Itu..

Assalammualaikum..


Apa khabar kalian??Moga kalian sihat dan sentiasa dalam perlindungan dan rahmatNYA.Terasa lama sudah tidak menconteng luahan kata di dinding teratak ini..Syukur ke hadrat ALLAH SWT atas nikmat dan kurniaanNYA.


Baiklah hari ini ana ingin kongsikan secebis perjalanan UKHUWWAH ana pada malam Jumaat yang lepas..18/11/2011.Detik itu bermulalah perjalanan ana untuk bertemu dengan seorang sahabat yang ana kenali melalui alam maya.


Kami tidak pernah bertemu..Perkenalan kami tidak sampai setahun.Namun atas ukhuwwah yang terjalin atas aturanNYA..Akhirnya kami dipertemukan pada Sabtu lepas.


Naqirah Mohamad adalah sahabat yang buat pertama kali ana temu dengan hanya kenal melalui FB dan blog sahaja.


Alhamdulillah,cukup syahdu pertemuan itu.Tidak disangka pertemuan pertama kali membuah kemesraan bagaikan sudah lama mengenali.Syukur ke hadrat ALLAH SWT.


Kedatangan saya juga atas pelawaan Qira utuk menyertai program "The Making of future Solehah Spouse" anjuran Intis Consultancy d Kolej Islam Antarabangsa.


Namun setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Ya..perpisahan yang cukup menyentuh hati ini.Setelah selesai program Qira menghantar saya ke Hentian Duta.Saya perlu segera pulang ke UUM kerna hari Isnin terdapat kuliah yang perlu dihadiri.


Detik perpisahan itu cukup menghibakan.Tanpa dipinta airmata kami berdua menitis membasahi pipi.Kami berpelukan sambil memberikan kata2 nasihat dan sokongan.Telah tertulis..petang Ahad itu perpisahan kami.Ana berdoa agar perpisahan kami ini bukanlah selamanya.Insyaallah,ingin bertemu lagi pada masa akan datang.


Pertemuan singkat itu juga telah mewujudkan ukhuwwah antara saya dengan Naimah yang saya temui di UIA yang merupakan kawan kepada sahabat ana,Jamilah yang menuntut di UIA.Ana berpeluang utk bertemu dgn Jamilah dan tertunai hajat utk melawat UIA yang mana antara universiti pilihan saya utk melanjutkan pelajaran dahulu.


Pertemuan singkat itu juga telah menemukan saya dengan kawan2 baru iaitu Nae'mah,Jaudah,Kauthar,Ili,Dalila,Kak Fadila dan Zainab.


Moga ukhuwwah yang tejalin antara kita diberkati ALLAH dan berkatnya hingga ke syurga .Insyaallah.


Ukhuwwah Hingga Ke Syurga
Akhir kata,Azlen sayang kamu semua:-)..


-ISLAM itu INDAH-

3 comments:

Siti NuruL Ain said...

salam maal hijrah lin..;)

Al - Mu'allim said...

salam 'alaik.

InshaAllah, ukhuwwah yang dibina kerana-Nya pasti akan berkekalan. Walaupun tidak hadir di depan mata, tetapi tetap mekar di dalam hati dan bertandang di dalam doa.

Ukhuwwah itu indah andai dibina atas dasar ketaqwaan kepada ALlah.

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

to cik ain:

salam maal hijrah buat kamu juga.sama2lah kita prbaiki diri dri semasa ke semasa:-)

to Al-Mu'alim :

Benar kata enta,ukhuwwah itu indah andai dibina atas dasar ketaqwaan kepada ALLAH:-)