Thursday, November 3, 2011

Terus meminta daripadaNYA..

Assalammualaikum..


Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH SWT..Sudah lama rasanya tak meluahkan sesuatu di teratak ana ini..Bila hati rasa gundah,padahnya sesuatu yg ingin dilakukan terasa hambar dan tak berdaya.Masyaallah..YA ALLAH,bantulah hambaMU..


Istikharah yang dilaksanakan menukilkan beberapa petanda..Alhamdulillah,diluahkan isi hati yang terbungkam kepada seorang sahabat yang dianggap persis seorang akak.Alhamdulillah..Mesej penting daripada seorang akak kepada adiknya ini yang harus disemat dalam HATI iaitu..


BERDOA dan terus BERDOA kepada YANG MAHA PENGASIH dan PENYAYANG dengan bersungguh-sungguh wahai adikku..


Lantas tanpa diminta titisan jernih membasahi pipi.Subhanallah..Ya..benar katamu wahai kakak yang tersayang.


"DOA SENJATA MUKMIN"

Lihat,sudah jelas lagi terang..

Maka jangan sombong..

Sentiasa berdoa dan terus berdoa

Mintalah padaNYA..

Jika DIA makbulkan maka tanda DIA sayang padaMU

Jika tidak,maka DIA ada yang terbaik untukMU

Kita merancang,ALLAH jua merancang

dan sebaik-baik perancangan adalah

daripada YANG MAHA ESA.

Maka wahai sahabat-sahabatku yang disayangi kerana ALLAH dan peringatan buat ana sendiri

BERDOALAH

Dan Tuhanmu berfirman:"berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan bagimu." (Surah Ghafir:60)

sebagaimana sabda baginda s.a.w. :

"Sesungguhnya Tuhan kamu yang mulia, amat pemalu terhadap hambaNya apabila hambaNya mengangkat kedua belah tangannya memohon kepadaNya (berdoa) untuk menolak kedua tangannya itu dengan kosong." (Abu Daud, Al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Sekian..Moga dalam redhaNYA.

-ISLAM itu INDAH-

3 comments:

Hidayatullah said...

minta pada ALLAH.. bukan pada makhluk..

harap pada Allah.. jgn harap pada makhluk..

utk diri saya juga..

"berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah diri dan lemah lembut"(7:55)

Unknown said...

syarat doa yg akan diterima oleh Allah adalah dgn betulkan muamalah kita...
pehatikan apa yg kita makan/minum/guna dan sebagainya,kerna...
hari ini hidup kita seharian,selalu di ganggu dgn perkara ini..

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

alhamdulillah..

terima kasih atas prkongsian kata yg brmakna.

syukran jazilan:-)