Saturday, August 25, 2012

JaNgan tunggu LaMa-LaMa

Jangan tunggu lama-lama,nanti lama-lama dia dikebas orang.Wah..siap nyanyi2 lagi.Opps..siap nyanyi-nyanyi lagi.

Sebelum melencong dan melalut tak tentu pasal maka eloklah saya terus ke mukadimah coretan hati saya kala petang yang dingin ini.

Baiklah,JaNgaN tunggu LaMa-Lama..

Buat sahabat pembaca..Jika hati dah tergerak untuk berhijrah ke arah kebaikan.Cepat-cepatlah realisasikan menjadi kenyataan.Usah hanya bermain di ruang legar otak fikiran.

Kerana apa???..Kerana itulah adalah sentuhan lembut daripada ALLAH buat hati kita yang dahagakan kebaikan.

Risau..Bimbang dan tak YAkin??

Buang jauh-jauh perasaan itu.Perasaan itu hanya menghanyutkan kita daripada terus alpa dalam melakukan kebaikan.

Lawan habis-habisan perasaan buruk itu.

Yakinlah dengan ALLAH YANG MAHA KUASA kerana ALLAH adalah pemilik hati setiap daripada kita.

Berani dan terus mengorak langkah untuk melakukan hijrah walaupun ianya memberikan sesuatu kelainan dalam diri kita.

Lain kerana telah berusaha untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih baik.

Beberapa orang adik(panggilan saya kepada mereka yang lebih muda daripada saya) telah menjengah ke inbox fb saya.

Ya,mereka nyatakan bahawa mereka ingin berubah ke arah yang lebih baik.Alhamdulillah,ALLAH lemparkan ilmu dalam menitipkan pesanan dan nasihat buat adik-adik yang ingin berubah ke arah kebaikan.

Antara pesan saya 

Usah berlengah andai hati sudah dirisik ALLAH untuk berhijrah,berhijrahlah keranaNYA pasti kalian akan bahgia dengan cintaNYA.Usah berlengah dalam berhijrah bimbang kita tidak diberikan kesempatan untuk bertemu dengan hari esok.

Maka hargailah cinta kasih ALLAH buat kita dalam menyentuh hati kita supaya
BERHIJRAH menjadi hamba ALLAH yang mentaati perintahNYA.

Ayuh!!!!


2 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Secara realitinya, semua manusia yang mahukan pemilihan terbaik merasa risau dan bimbang! Kenapa tidak, kerana kita bertanggung=jawab terhadap diri kita kelak. Surah AlQiyaamah:14-15 بَلِ الْإِنسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَ‌ةٌ ﴿Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, ١٤﴾ وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَ‌هُ Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri). ﴿١٥

Hidup ini mesti didalam petunjuk Allah SWT walaupun kita hidup dgn keluarga mahupun mendirikan rumahtangga atau dimana2 jua. Surah AlBaqarah:230 أَن يَتَرَ‌اجَعَا إِن ظَنَّا أَن يُقِيمَا حُدُودَ اللَّـهِ ۗ .Sekiranya kedua2 (lelaki dan perempuan) ingin berkahwin sesungguhnya `berat snagka` (harus) Kami bahawa kedua2nya dapat menegakkan hukum Allah`.
W/pun ayat ini mengenai perkahwinan kali ke 2, tetapi para Imam Mazhab membahaskan bahawa itulah merupakan Istidlal (menjadi dalil) mengenai asas hukum dalam perkahwinan mengikut Istinbat Hukum dari segi Usul AlFiqh.

Memang betul Azlen, jangan tunggu lama2 tetapi biarlah selepas pernikahan agenda menghidupkan generasi AlQuran dan Sunnah Rasulullah saw diteruskan. Cuba kita renungkan disekeliling kita mereka yang sudah melaluinya. Yah! Generasi kita masih ditahap yang lama walaupun dunia semakin maju dgn pelbagai ilmu2!
Semoga mendapat pasangan hidup yang berpaksikan AlQuran dan Sunnah. Wallahualam

isteri cikgu said...

assalamualaikum,

entri2 yg menarik dik!
teruskan menulis=)

sudi2kanlah singgah blog akak,

istericikgu@blogspot.com