Tuesday, January 10, 2012

~ini Rancangan Wardah Addin~

Assalammualaikum


Syukur alhamdulillah..Seakan tak percaya tahun ini saya sudah menjangkau usia 24 tahun.Jujurnya banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari.Menuntut ilmu sepanjang hayat.Kita boleh memperoleh suatu ilmu dan pengajaran hatta daripada seorang anak kecil


Banyak sungguh perancangan yang diatur tahun ini untuk dicapai.


Pertamanya ingin memperbaiki segala kelemahan diri.Dengan ceramah yang dihadiri semasa di universiti telah banyak menyedarkan saya.Pelbagai input yang berguna diperolehi.Antara azam baru ialah seterika telekung untuk solat.


Bunyinya mungkin janggal.Namun ini antara pengalaman yang saya perolehi daripada ceramah yang saya hadiri.Saat kita ingin keluar ke kuliah,bersiar-siar atau beriadah.Sudah pasti kita akan memperkemaskan diri kita.Pakaian yang digunakan diseterika.Tudung diatur rapi.Lelaki pula,rambut disisir rapi dan kemas.


Tapi saat kita ingin solat,adakah kita turut melakukan perkara yang sama??Berkobar-kobar dalam mempersiapkan diri bertemuNYA.


Allah..Malunya rasa dalam diri.Itu adalah antara azam sempena Tahun Hijrah yang sudah berlalu hampir dua bulan.Tidak lama lagi bulan Rabiulawal akan menyapa kita.Teringat akan cadangan yang dikemukakan oleh Ustaz Kamaruddin Abdullah.Saat kita menyambut hari kelahiran Rasul Junjungan kita nanti disamping kita berarak dan berhimpun mengalunkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW,kita hadiahkan risalah atau flyer yang berkaitan peribadi Rasulullah dan  diselitkan dengan coklat atau gula-gula atau mungkin bunga kepada kawan-kawan non muslim kita.Kita sebarkan indahnya akhlak Kekasih ALLAH yang kita sayangi ini kepada mereka.Apa kata,nanti kita semua cuba laksanakan bila tiba masanya nanti.Insyaallah.


Keduanya, ingin menghadiri beberapa kelas kemahiran yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti setiap hujung minggu.Saya merancang ingin menghadiri kelas jahitan dan masakan iaitu pembuatan kek,pastri dan kek cawan.Insyaallah sudah punya teman untuk ke kelas iaitu ibu saudara dan adik perempuan saya.


Alasan untuk saya menghadiri kelas ini adalah kerana ingin memperolehi ilmu baru dan mengasah kemahiran dalam diri.Jujurnya saya lebih suka bekerja daripada rumah.Makanya,rasional saya mengikuti kelas jahitan dan masakan adalah kerana ingin memulakan perniagaan daripada rumah sahaja.Lebih mudah.Saya punya alasan yang tersendiri untuk bekerja di rumah.Maka saya perlu gunakan masa yang terluang ini untuk menghadiri kelas kemahiran.Sambil itu,merancang Rancangan Perniagaan.


Seterusnya,saya mempunyai perancangan untuk mengambil Sijil Usuluddin di bawah kelolaan Universiti Malaya dalam 3 siri.Setiap siri memakan masa 3 bulan dengan bayaran RM400 bagi setiap siri.Kelas yang terdekat adalah di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.


Rancangan seterusnya adalah mengambil lesen memandu.Memang terasa rugi sangat tidak mengambil lesen memandu di usia remaja.Kebanyakan kawan sudah mengambil lesen seawal usia 18 tahun.Namun,sebenarnya rancangan saya untuk mengambil lesen memandu masih dalam 50-50.Jujurnya saya "risau" untuk memandu di Malaysia ini.Boleh ke ada perasaan "risau" begitu????


Akhirnya,setiap anak pasti mempunyai impian untuk membahgiakan kedua ibu bapa.Saya juga begitu.Saya masih lagi merasa bahawa belum lagi dapat membahgiakan abah dan emak saya.Jasa dan pengorbanan mereka membesarkan saya tidak mampu saya balas sepenuhnya.Namun,jauh di sudut hati saya,saya berharap agar sesuatu yang saya lakukan mampu untuk membuatkan abah dan emak saya gembira dan bahgia.Insyaallah.


Ya ALLAH, Engkau permudahkan setiap urusan hambaMu ini.Amin Ya rabbal Alamin.



1 comment:

fuad ansari said...

bagus juga kalau bekerja dari rumah..

tahniah, atas niat yg baik tu..

semoga Allah swt perkenan dan mudahkan.. (",)