Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah lagi disayangi Nabi Muhammad Saw.
Alhamdulillah..terima kasih YA ALLAH atas kasih sayangMU kepada kami.Ya Allah,pada malam 18 Muharram 1433H, ana menyaksikan sendiri di depan mata ana seorang insan memeluk agama Islam.Serta merta menitis airmata ini.Sebak.
ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).
Subhanallah,kejadian ini ana saksikan di ceramah yang ana hadiri malam tadi.
Salah seorang non muslim yang hadir ke ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Kamarudin Abdullah telah memeluk islam dihadapan kami,muslimin dan muslimat yang hadir ke ceramah tadi.Masyaallah.
Hidayah itu bukan ditunggu ketibaannya tapi jejakilah..usahalah.
Nikmat ISLAM dan IMAN dianalogikan seperti seseorang yang dahaga di padang pasir..Saat dan ketika itu emas dan perak tidak lagi berguna tapi dengan hanya seteguk air dapat melegakan kehausan yg dialami...Betapa nikmatnya.
Saya juga berkesempatan menghadirkan diri ke program di bawah ini di sebelah paginya..
Inilah sedikit sebanyak perkongsian ilmu yang ana perolehi iaitu dalam melakukan sesuatu tanamkan niat kerana ingin mendapat keredhaan ALLAH swt.Seterusnya,dengar dan patuhlah walaupun ia tidak selari dengan "selera" kita namun ia adalah arahan/seruan daripada ALLAH swt..
Janganlah sesekali berkata bahawa "saya tak dapat hidayah lagi".."Saya tak dapat seru lagi"..Bagaimana nak dapat??..Jika kita tidak usahakan ke arah itu.
USAHA tangga KEJAYAAN
Nak naik tangga sampai ke puncak jadi kena USAHA.
Hijrah pada zaman sekarang adalah HIJRAH dalam meninggalkan segala yang ditegah oleh YANG MAHA ESA.
"Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada orang lain"
Seterusnya,terasa penat sikit minggu ini..Insyaallah,
16-17/12/2011 akan ke Pulau Pinang untuk kursus bagi ..
Doakan agar ilmu yang kami perolehi di kursus ini dapat kongsikan bersama kalian.Insyaallah..
Seterusnya,pada 18/12/2011 akan ke program ini..
Insyaallah,akan update perkongsian yang diperolehi daripada program ini.Moga dipilih olehNYA untuk ke program ini.
Dan akhirnya,Buat para mahasiswa/siswi UUM yang ingin memantapkan ilmu pengetahuan & mengasah skill berda'wah melalui media, bolehlah sertai bengkel ini.
Kaunter Pendaftaran akan dibuka seperti butiran berikut:-
tarikh: 13 hingga 19 Disember 2011
Masa: 9.30pg hingga 3.30 petang
Tempat: Foyer Library Sultanah Bahiyah
Mohon sebarkan...(^^,)...
Boleh hubungi saya untuk pendaftaran sama ada di Fb atau di no yg trtera di poster di bawah :
Mohon doa kalian moga bengkel yang bakal berlangsung ini berjalan dengan lancar.Insyaallah.
Akhir kata,jika kalian berminat untuk membeli buku ini
Boleh berhubung dengan saya di FB,hanya hantar meseg di Inbox saya.Insyaallah tak rugi anda memiliki buku ini.Hanya RM10 sahaja.
-Mati itu satu KEPASTIAN yang tidak dapat diundur dan dilajak walau sesaat-
Akhirnya,hayatilah bait-bait lagu ini..
Kita adalah hamba yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan yang hakikatnya adalah hamba
Tapi mengapa sering kita tangguhkan
perintah waktu untuk menyembahnya
Tapi mengapa kita selalu leka
dengan kewajipan sebagai hamba
Sedangkan Tuhan tak pernah lupa
untuk mencurahkan segala nikmatnya
Bahkan Tuhan maha pengampun
di atas segala dosa yang dilakukan
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat
Bangunlah di tengah malam
untuk bermunajat merintih kepadaNya
Pohonlah kasih sayangNya
agar selamat dunia dan akhirat
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat.
Kita adalah insan yang hakikatnya adalah hamba
Tapi mengapa sering kita tangguhkan
perintah waktu untuk menyembahnya
Tapi mengapa kita selalu leka
dengan kewajipan sebagai hamba
Sedangkan Tuhan tak pernah lupa
untuk mencurahkan segala nikmatnya
Bahkan Tuhan maha pengampun
di atas segala dosa yang dilakukan
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat
Bangunlah di tengah malam
untuk bermunajat merintih kepadaNya
Pohonlah kasih sayangNya
agar selamat dunia dan akhirat
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat.
Insyaallah,ketemu lagi.(^_^)..wASSalam..
-ISLAM itu INDAH-
2 comments:
" dan Allah akan memberikan hidayah pd sesiapa yg dkhendakiNya.."
sm0ga dpermudahkan sgala urusan..=)
~ sharing is caring..(^_~) ~
assalammualaikum
terima kasih ya ukhti..
terima kasih atas titipan doanya,
Post a Comment