Thursday, December 29, 2011

Selamat pagi..AwAk!!!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih dan Penyayang..


Selamat pagi muslimin dan muslimat..Terima kasih Ya ALLAH..Rajin pula "update" blog masa minggu akhir sebelum peperiksaan.Masa ini macam-macam perkara nak dibuat.Setuju tak kawan2??


Masa ini rajin nak "exercise"..sebab sebelum ini sibuk dengan kelas
Masa ini rajin nak kemas-kemas bilik..sebab sebelum  ini sibuk dengan tugasan individu dan kumpulan..
Masa ini idea membuak-buak..Siap boleh buat satu novel..(melampau tu)...


Rutin pagiku selepasa solat subuh adalah menyelak tirai di bilik dan duduk di tepi tingkap untuk Senyum dengan ALAM..Sedut udara nyaman.Cuba kalian praktikkan..Seronok..Tak perlu lama..Hanya beberapa minit..Seminit pun boleh..alhamdulillah..Mata diajar untuk melihat 
pokok-pokok hijau yang tenang dalam seminit dua..Sepanjang hampir 4 tahun di UUM,rutin saya tatkala menaiki bas untuk ke kelas adalah dengan melihat alam yang menghijau daripada tingkap di tempat duduk.Berbicara dengan alam.Dengan menyapa mereka.Cakap dalam hati.."selamat pagi pokok-pokok yang menghijau".Nikmatilah keindahan Bumi ciptaan ALLAH."


Memulakan pagi dengan mengingati ALLAH hati akan tenang..Akhir kata,Senyumlah..(^____^)..
TeRima KaSih Ya ALLAH.






3 comments:

Si Puteri Ali said...

sobahan khair akak! ^^,
nanti kalau terlebih rajin,meh la tlg kemas bilik saya..hihihi

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

amboi2...

kalau datang bilik miha,akak trus kurang rajin..jadi tak tau nak wat cmne tu..hehehe(^_^)..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Dalam keadaan sihat dan kita masih mampu berhafas inilah kita mesti memikirkan perjalanan hidup dimasa mendatang. Kesihatan dan nikmat waktu senang pasti akan ditanya sejauh manakah kita telah mencapai petunjuk dari Allah SWT iaitu AlQuran.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ
Daripada Ibnu ‘Abbas, katanya: Nabi s.a.w. bersabda: “Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya/kerugian/lemah padanya; kesihatan dan kelapangan/masa terluang.”

Wallahualam