Sunday, December 25, 2011

Akak tahu ADIK kuat...(^_^)

Assalammualaikum semua...


apa khabar kalian semua???


Insyaallah...Moga semuanya dalam keadaan sihat..(skema betul ayat akak setelah mengikuti dua bengkel penulisan..kata nak jadi Novelis kan..)..Hehehe...Akak perlu mengolah ayat sebaik mungkin..Tiada lagi singkatan ejaan seperti dulu..Terasa seperti berada dalam zaman Hang Tuah..Hang Jebat..Berbual dan menulis sepatah-patah perkataan.


Baiklah...ingin akak nukilkan sebuah kisah benar..Kisah ini diharapakan memberikan pengajaran buat diri sendiri dan penziarah blog akak.(kenapa bahasakan diri akak??)..sahaja nak buat kelainan.


Bermulalah kisah...


Di satu pagi yang hening lagi menyejukkan..


Berbaring seorang adik di atas katil biliknya menahan kesakitan.Dahinya berpeluh.Menahan kesakitan yang ditanggungnya.Allah..allah..Izinkan aku untuk sujud kepadaMU di pagi subuh ini.Kata hati yang terbit saat itu.Serta merta dia menahan kesakitan menuju ke bilik air.Dipaksa kakinya untuk melangkah ke bilik air dengan keadan terbongkok-bongkok menahan kesakitan.


Hatinya bertambah sayu kerana kesakitan yang ditanggungnya saat itu tidak terdaya untuk ditanggungnya.Solat subuh berlalu.Hati adik begitu pilu dan sedih kerana tidak mampu menunaikan solat subuh pagi itu.


Tangisan adik didengari oleh sahabat sebiliknya.Lantas sahabat sebiliknya bingkas bangun dan bertanya kepadanya.Tanpa membuang masa,sahabatnya memberikannya ubat bagi melegakan kesakitan yang ditanggungnya.


Kesakitan yang ditanggung adik semakin menjadi-jadi.Akhirnya adik dimasukkan ke hospital.Pengalaman pertama adik menjadi penghuni hospital dan bukannya pelawat.Beberapa jam dimasukkan ke unit rawatan rapi dan akhirnya dihantar ke wad biasa apabila keadaan mula stabil.Saat itu,hanya MATI yang bermain di mindanya.


Pada sebelah malam,pembedahan dijalankan.Pembedahan yang dijalankan telah merungkaikan segala-gala kesakitan yang ditanggung oleh adik selama 10 tahun .Hanya dalam satu malam sahaja,dengan kuasa YANG MAHA KUASA,akhirnya semua terungkai.


Alhamdulillah,setelah pembedahan dijalankan,kehidupan adik berjalan dengan baik.Semua keranaNYA.Detik itu,adik berazam dalam diri bahawa ingin berkongsi pengalamannya dengan sesiapa sahaja kenalan yang ditemuinya lebih-lebih lagi kepada insan yang bergelar perempuan atau wanita.Adik tidak mahu insan yang bernama HAWA ini menanggung kesakitan berkurun lama kerana penyakit yang dialaminya ini cukup aneh.Hanya diketahui oleh segelintir yang pernah mengalaminya.Daripada sakit biasa setiap bulan,lama-kelamaan ianya bertambah serius.


ALLAH MAHA PENGASIH.Adik cukup terharu.Setelah peristiwa itu,adik lalui kehidupan dengan gembira dan ceria.Adik ingin menghargai peluang kehidupan yang diberikan olehNYA.Mengutip bekalan untuk kehidupan di sana.Menjadi anak yang solehah kepada keluarga dan impian untuk menjadi isteri yang solehah kepada seorang insan bergelar suami.Akak doakan moga impian adik dimakbulkan. Yang hidup pasti pergi ke sana bila tiba masanya.Maka,peluang yang diberikan olehNYA ingin gunakan dalam keadaan yang sehabis baik oleh adik.


Adik lebih kuat keranaNYA.Terima kasih Ya ALLAH.


Inilah nukilan hati adik.Sebuah pengajaran buat akak.Akak mesti hargai peluang yang ALLAH berikan seperti adik.


Hargailah kehidupan yang dipinjamkan oleh YANG MAHA PENYAYANG kepada kita.Jangan sia-siakannya.Dan usah bersedih dan berduka saat menerima kad-jemputan-daripada-allah.


Ok adik,Moga adik kuat..AKak tahu,adik memang KuaT..Sebab akak kenal sangat ADIK.


(ADIK di dalam cerita di atas bukanlah adik kepada penulis)



2 comments:

Si Puteri Ali said...

skema-skema..hik3..
habis tu adik sape tu kak?

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

(^_^)

insyaallah,one day you will be know who is ADIK..