Tuesday, October 4, 2011

Hulurkan TANGAN,Ringankan BEBAN..

Bismillahhirrahmannirrahim...

Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH SWT..Apa khabar wahai pelawat-pelawat blog ana sekalian??Ana doakan moga sentiasa dalam rahmat dan perlindunganNYA.


Baiklah hari ini,ana ingin kongsikan cerita sebenar yang berlaku dalam realiti kehidupan ana..Ana cukup terharu tatkala on Facebook,ada beberapa kenalan Fb yang mempercayai ana dan seterusnya menceritakan permasalahan dan bertanya soalan kepada ana.


Terharu atas kepercayaan kalian kepada ana..Jauh di sudut hati ana sebenarnya ana ingin bergelar seorang "KAUNSELOR" pada masa akan datang.Namun perancangan ALLAH adalah sebaik-baiknya..Kini ana di tahun akhir pengajian dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.


Namun,keinginan ana yang ingin menjadi seorang "KAUNSELOR" akhirnya termakbul juga..Bukan "kaunselor" yang memiliki segulung ijazah dalam bidang berkaitan.Namun,dengan izinNYA,beberapa kenalan FB yang sama sekali tidak mengenali ana secara langsung melauahkan kegusaran dan permasalahan yang membelenggu kehidupan mereka kepada ana.


mutiarakata2

Maka,peranan yang ana mainkan adalah dengan mendengar(maksudnya "mendengar" melalui chatting di Fb)..Setelah usai mendengarnya dan memahami setiap butiran masalah mereka..Maka ana akan cuba untuk membantu mereka.Syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana mempermudahkan ana dalam membantu sahabat.


Ana gembira apabila kenalan-kenalan di FB menyatakan kegembiraan saat masalah mereka telah dapat diselesaikan.Seakan satu hadiah buat ana..Ucapan terima kasih mereka ucapkan buat ana.Namun yang sebenarnya bukanlah ana yang menyelesaikan masalah kalian..YANG MAHA PENOLONG memberikan jalan dan kemudahan kepada kalian dalam menyelesaikan masalah kalian.


“Allah s.w.t. tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……”
(al-Baqarah, ayat 286)



Ana gembira dan terharu..Terima kasih kepada kalian semua atas kepercayaan kalian buat ana.Bukan niat anda menulis entry ini untuk membangga diri..Jauh sekali memuji diri.Namun hanya ingin kita bersama-sama semaikan  sikap "HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN" dalam diri kita.


Maksud ana,bukanlah kalian menolong sseorang sehingga suatu lagi masalah timbul bagi pihak kalian.Tetapi menjadi seorang INSAN yang PRIHATIN dan menyemai sikap "TOLONG -MENOLONG" walaupun dengan hanya "MENDENGAR"..insyaallah,kita akan membantu sseorang yang terbeban dengan pelbagai masalah berasa "RINGAN" dalam menghadapi masalah tersebut.


Namun,perlu diingat  agar IKHLASkan hati kita dalam menolong dan bukan mengharap balasan daripada mereka.

Insyaallah,

HADIAH daripada sebuah KEIKHLASAN adalah
KEDAMAIAN dan KETENAGAN jiwa daripada
YA RABB

mutiarakata1


-ISLAM itu INDAH-

nota hati :
alhamdulillah semangat dah mulai KEMBALI..
untuk menulis..:-)

p/s:..Luahkan kepada YANG MAHA MENDENGAR,pasti kita tidak KECEWA..

2 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
AlHamdulillah baguslah seandainya Azlen sudi menolong rakan2. Siapa lagi yang nak menolong jika tidak, kita sebagai saudara Islam. Hubungan persaudaraan berasaskan `tali Allah` yang tidak akan putus! Surah AlBaqarah:256 فَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَا‌ۗ Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus.
Sememangnya kita disuruh menolong dalam perkara2 kebajikan berasaskan atas dasar taqwa. Surah AlMaidah:2 وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.
Manakala bagi kaunselor pula, ada perkara2 perbincangan dilakukan secara tertutup atau rahsia demi menjaga maruah seseorang. Surah AlMujadilah:9 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا تَنَـٰجَيۡتُمۡ فَلَا تَتَنَـٰجَوۡاْ بِٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ وَمَعۡصِيَتِ ٱلرَّسُولِ وَتَنَـٰجَوۡاْ بِٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertakwa.
Wallahualam

Abu Zarim Mohamad said...

kaunselor FB,,,,lepas ni boleh la leraikan permasalahan sy,,,wakaka,,:),,,masalah yg bersimpul dlm kotak fkiran ni,,:)