Monday, January 10, 2011

ErTI sebuah PENGORBANAN

assalamualaikum..


Sudah lama rasanya tidak mencoret luahan hati di sini.Dibiarkan blog terkontang -kanting buat seketika.Nak kata malas..ade sikit.:-)Tapi itu bukan sebab utamanya..Sebenarnya masih mencari-cari luahan hati yang cocok utk dikongsikan di blog ini.Sepanjang "penyepian" ini,pelbagai situasi yg dipandang..pelbagai nasihat yang didengar yg kadangkala mnimbulkn persoalan di benak fikiran.


Akhirnya kali ini luahan "Erti sebuah PENGORBANAN" dipilih utk menghiasi blog brtarikh 6 SAFAR 1432H ini.


Pengorbanan ayah dan ibu membesarkan anak-anak..Pengorbanan guru mendidik anak-anak didik.Pengorbanan semut-semut untuk "PERMAISURINYA"..Emm..semut??.contoh yg mudah utk dilihat:-)hehe


Setiap daripada kita sudah pastinya tidak terlepas daripada berkorban.Percaya atau tidak semua drp kita pernah berkorban tanpa kita sedari.Berkorban masa..Brkorban wang ringgit..Berkorban harta...Dan Macam2 lagi yg dikorbankan..Tapi harus diingatkn kadangkala pengorbanan yg dilakukan itu membawa diri ke lembah yang dusta.AWAS!!!


Kadangkala pengorbanan yang dilakukan tidak dipandang dan dihargai walau ianya memberikan seribu satu keindahan dalam hidup setiap insan yang bergelar HAMBA ALLAH.


Sebagai contoh,kekasih ALLAH nabi MUHAMMAD SAW yang berkorban siang dan malam demi memancarkan nur ISLAM di segenap lapisan dunia.Pelbagai cabaran,dugaan dan halangan yang ditempuhi.Tetapi Rasulullah tidak pernah berasa jemu untuk menyebarkan nur ISLAM hingga ke akhir hayatnya.Kasih dan sayang Rasullullah kepada umatnya tidak berbelah bahagi hingga ke akhir nafas Baginda masih punya peringatan untuk dititipkan buat umatNYA yang tercinta.


Subahanallah..sungguh besar pengorbananmu, Ya Habibi Ya MUHAMMAD.
Selawat dan salam ke atas junjugan Nabi Muhammad SAW dan ke atas kaum keluarga serta para sahabat Baginda.


Terngiang-ngiang lirik lagu...


"Berkorban apa saja...
Harta atau pun nyawa.. 
itulah kasih mesra..
Sejati dan mulia..."


Hidup tanpa pengorbanan diibaratkan seperti..............agak sukar utk digambarkan seperti ape ya????Ermmm..Saya biarkan sesiapa yang membaca coretan ini menafsirkannya sendiri kerana setiap daripada kita punya pandangan akan setiap yang dilihatnya.


Rasanya cukup sampai di sini sahaja coretan buat kali ini.Risau kalau dipanjangkan akn menimbulkan pelbagai  luahan yang pelik2 pula nanti:-)


p/s : kepada penulis blog ini...ucapan khas..Jangan lupa utk berkorban ek:-)
........Sekiranya ada salah dan silap dalam coretan ini,,jangan segan2 utk diperbetulkan:-)


"ISLAM ITU INDAH"

4 comments:

tura hepy said...

yerrrr lin kena b'korban dgn penuh keikhlasan...eh, bukn lin je, kita semua heee

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalamualaikum

thanks Tura..betul 2 brkorban dgn pnh keikhlasan:-)

Pemerhati Dunia said...

Salam perkenalan.

entry dan luahan hati yang menarik.

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

salam perknalan kembali

terima kasih..masih byk yg prlu dipelajari:-)