Sunday, January 16, 2011

Bermula kembali langkahku DI SINI..

       Alhamdulillah syukur ke hadrat YANG MAHA PENGASIH kerana telah memberikan Len peluang untuk kembali ke sini lagi.Walaupun hati ini dipaut kesedihan tatkala terpaksa berjauhan dengan keluarga yang tercinta.

Belum lagi masuk sehari Len berada di sini tapi sudah terbit kerinduan pada abah,mak,abg,adik2 serta sanak saudara yang berada di kampung nun jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati..Manakan tidak rindu kerana setelah sebulan lebih berada di kampung menghabiskan cuti semester.(menitis air mata)

Pelbagai ilmu dan pengalaman ditimba sepanjang berada di kampung.Segala-galanya akan dijadikan benteng buat menempuhi kehidupan seterusnya.

Sedih je bunyi ayat di atas kan...mmg jadi kebiasaan tatkala brjauhan daripada keluarga yang tersayang akan terbit perasaan sedih dan sayu itu.Macam juga insan-insan yg lain.Len pun begitu.Punya hati dan perasaan.Angah rindu kalian semua.Insyaallah umur panjang kita jumpa lagi:-)

Esok..17 Januari 2011 bermulalah semester baru buat Len dan kawan2.Moga semester akhir ini memberikan seribu satu kenangan yang berharga buat Len dan kawan2.

Tahun ni macam2 perkara yang nak Len laksanakan.Moga Allah sentiasa memberikan Len kekuatan utk melaksanakan setiap perkara yang telah dirancang ini.Salah satunya :

(i)setiap bulan Len mesti hadiahkan diri sendiri dengan buku yang memberikan input berharga buat bekalan di dunia mahupun akhirat.
Alhamdulillah bulan Muharram yang lepas Len dh pun menghadiahkan diri dengan 2 buah buku(terlebih sasaran..hehe..) buat diri Len.Moga Len istiqamah dalam mengamalkan segala isi2 penting dalam buku tersebut.Insyaallah.

Sekarang tengah memilih buku2 yang ingin dihadiahkan buat diri pada bulan safar ini.Dah ade pilihan tapi..sold out:-(..Jadi kena pilih yg lain dulu.

Tutup cite ttg tu.Kembali kpd tajuk yang asal.Insyaallah tahun ini merupakan tahun akhir merangkap semester akhir buat diri Len.Selama menuntut hampir 3 tahun di sini,pelbagai suka duka kehidupan telah dilalui.Segala-galanya mengajar Len supaya lebih mempersiapkan diri dengan pelbagai aspek fizikal,mental dan spiritual.

Lepas ini makin banyak lagi cabaran yg bakal ditempuhi..Insyaallah jika masih diberikan kesempatan untuk merasai kehidupan di BUMI ciptaan ALLAH SWT.

Kata pepatah.."Makin jauh perjalanan makin luas pemandangan"..Mmg betul kata pepatah tersebut..Setelah diberi peluang utk menimba ilmu jauh di utara tanah air..pelbagai pengalaman telah dirasai.Pengalaman tersebut begitu mengajar diri Len menjadi hamba ALLAH yang tabah dan sabar dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang mendatang.

Moga langkah Len kali ini akan memberikan seribu satu pengalaman yang berharga buat diri yg masih "muda" ini.


Hati itu fitrahnya putih nan bersih,
Kan hitam ternoda lantaran dosa,
Kikislah aibnya agar kembali jernih
Pertahankan kesuciannya dalam


HALAQAH CINTA

Di sinilah,
Aku menyahut kalam-Mu YA ALLAH,
"Dan berilah mereka pelajaran dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka"
(An-Nisa' : 63)

 Moga halaqoh ini menusuk jiwa,
Memandu islah diri sentiasa.

Dipetik daripada novel TAUTAN HATI karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin.

 "ISLAM ITU INDAH"

















No comments: