Friday, January 28, 2011

Bicara "HATI"

Bismillahirrahmannirrahim...

Alhamduliilah dengan izinNYA saya berkesempatan untuk ke "FORUM PERDANA" bersempena dengan Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan Siswa Kebangsaan 2011 yang berlangsung di UUM dimana tempat saya menuntut ilmu.

 Pada mulanya,terasa sukar untuk ke sana kerana diserang "sakit" yang selalu kena pada sseorang yg bergelar "HAWA" bila tiba masanya.Yang prempuan mgkin tau...yg lelaki mgkn sukar nak faham..tapi kalau,blh tnya Ummi ke..tak pun akak ke..Mst mereka tersenyum bila anda brtanyakn ttg 2:-)Tapi alhamdulillah,dengan izinNYA saya sampai di Dataran Budaya yng mana tmpt berlangsungnya "Forum Perdana" trsbt ditemani teman-teman sya.

Majlis berlangsung agak lambat daripada masa yg telah dirancang.Walaubagaimana,saya rasa tidak rugi malah beruntung sgt2 kerana terpaksa mnunggu lbh krg sejam daripada masa yg ditetapkan.Hal ini kerana sungguh byk input2 yg berguna yg sya perolehi drp forum tersebut..Sebelum memanjangkan langkah..ingin sya kongsi2kan pada semua bahawa tajuk forum pada malam tersebut adalah "BICARA HATI".

Pada hemat saya,penganjur sengaja memilih tajuk ini kerana ingin menarik siswa dan siswi untuk menyaksikan forum ini.Tajuk yg mudah difahami dan setiap orang punya tafsiran yg berbeza pada tajuk forum trsebt.Bak kata pepatah "Rambut sama hitam,tapi hati lain2".Rasanya pepatah ni pada zaman dulu2 boleh digunakn lagi.Tapi pada masa skrg mgkin agak tidak "relevan".Anda semua ingin tahu kenapa???Fikir2kanlah sendiri:-)Rasanya dh melencong jauh daripada tujuan asal sy..brbicara sol pepatah plak.hehe.Baiklah,kembali kepada tujuan asal saya,hari ni di pagi Jumaat yang indah dan permai ditambah angin sepoi2 bahasa di Bumi Sintok ini,saya teruja nak kongsikan "input2" yg saya telah perolehi daripada forum trsebt.

Tapi sebelum 2..elok sy perkenalkan moderator dan panel2 yg telah dijemput untuk berbicara soal "BICARA HATI' ini.Ustaz Mohd Khadafi bin Haji Rofie selaku moderator@Pensyarah UUM(pernah mngajar saya subjek "HUBUNGAN ETNIK").Seronok sgt hadirkan diri dalam kelas yg disyarah beliau.Seterusnya Ustaz Roslan Che Rus iaitu Pegawai di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan Ustaz Jamnur Azhar Mulkan yg merupakan seorang Doktor dan Pengamal Perubatan Islam.Ketiga-tiga mereka adalah sahabat dan sama-sama menuntut di Universiti Al-Azhar,Mesir.Kagum:-)

Baiklah..sy nak kongsikan...Antaranya :

 Hati ada 3 JENIS iaitu :

(i) Hati yang TAAT kepada ALLAH
(ii)Hati yang DERHAKA kepada ALLAH
(iii)Hati yang MATI

 5 JENIS penyakit HATI yang MATI ialah :

 (i)Hati yang kasih kepada DUNIA smentara tapi lupa akan kehidupan selepas MATI
 (ii)Hati yang senantiasa kasih kepada DUNIA tapi lupa kepada AKHIRAT
 (iii)Hati yang kasih kepada harta benda DUNIA tapi lupa akan hisab ALLAH SWT.
(iv)Hati yang ksih kepada mahligai2 indah  DUNIA tapi lupa akan KUBUR yang sempit dan gelap gelita.
(v)Hati yang kasih kepada CIPTAAN ALLAH tapi LUPA akan PenciptaNYA

 HATI akan MATI apabila :

(i)Malas melakukan amal kebajikan
(ii)Tidak merasa gerun kepada ayat-ayat ALLAH
(iii)Berlebihan mencintai dunia
(iv)Kurang mengagungkan ALLAH SWT

-Hati tempat letaknya IMAN.Maka bersihkanlah hati dengan melakukan perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA.

-Tindak tanduk perlakuan kita mengambarkan HATI kita.

-"hati adalah cermin hidup orang-orang mukmin" -Imam Al-Ghazali-

Beberapa Sabda Nabi Muhammad SAW yang dikongsikan ahli2 panel kepada kami :

Rasulullah s.a.w. berkata: 

  "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan 
   jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu   daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut."
  
Sabda Nabi SAW bermaksud ; “ Didalam tubuh manusia itu,ada seketul darah,jika darah itu baik,maka baiklah manusia tersebut dan jika darah itu kotor maka kotorlah manusia itu.Sesungguhnya ketulan darah itu ialah hati (qalbi)”.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’raaf: 179)

Akhir kata,ini adalah sebahagian "input" yang berguna yang telah saya perolehi daripada "ForuM Perdana" trsebut.Moga "HATI-HATI" kita senantiasa disirami HIDAYAH Allah SWT.

SEKIAN. 

 -"ISLAM itu INDAH"-

6 comments:

HaDi said...

Salam...

Hati adalah raja kpd tubuh...
Tetapi raja yang boleh dibentuk oleh akal yg berperanan sbg penasihat...
Semoga 'raja' kita semua dapat dipandu oleh 'penasihat' ke arah jln yg diredhai-Nya..

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

waalaikumussalam saudara Hadi

setuju ngan saudara Hadi.Hati adalah RAJA kepada tubuh.

Jika RAJAnya bongkak,kejam,angkuh @ sewaktu dngannya maka "rakyat jelatanya" akan memberontak dgn tindak tanduk "RAJA"

Tapi jika "RAJA' baik,pemurah rendah hati maka "rakyat jelatanya" akan mengikut "RAJA" dengan taat dan setia:-)

Hitoeni Yuukan said...

asal iman itu ialah tidak berpakain..
sarunglah ia dgn rasa malu dlm diri.
btw nice post.. teringin nak gi forum cam ni

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

terima kasih atas peringatan trsebut

Insyaallah,akan ada peluang nnt.

nazirulhazwan~ said...

nice cik azlen:) thanks tau utk info2 gini.nati den nak share kat blog boleh kan.hee

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalamualaikum..

boleh share en nazirulhazwan@farid kamil@mawi..:-)

silakan,smga broleh manfaat drpnya:-)