Tuesday, September 27, 2011

MaNisnya bErjumpa KeKasihku..

Dengan nama ALLAH YANG MAHA PENGASIH dan PENYAYANG..


Apa khabar sahabat-sahabat semua?Ana doakan sihat selalu..Senyum tau..:-)..Alhamdulillah ..Penat hari ini sebab buat "open House"..Bukan open house saya..saya sekadar "meringankan tulang-belulang sahaja..Hehehe..


Senyum tau..Dari tadi dok suruh org SENYUM kan..jom manis-maniskan Muka untuk jumpa dengan "KEKASIH"..


Namanya sangat indah iaitu istiqomah.Istiqomah maksudnya berterusan.Sudah lama diriku tak berjumpa dan merindui istiqomah.Kadang-kadang kami berjauhan dan ada masa kami terlalu dekat.Susah nak jelaskan hubungan kami ini.


Hanya Allah swt sahaja yang Mengetahuinya.Lantaran istiqomah akan merajuk kalau aku membiarkannya tanpa sedikit usaha untuk menemuinya.Istiqomah tetap dengan keindahan dirinya tapi aku akan resah gelisah saat kehilangannya.

Aku sungguh kecewa dengan diri kerana membiarkan istiqomah pergi begitu sahaja.aku kadang-kadang kaget tanpa istqomah disisi.Baru ku tahu bahawa kehadirannya sangat bermakna buat diriku.Aku terasa kehilangannya saat jiwaku kacau dan tak berdaya.Dari situ aku sedar bahawa istiqomah sangat menyayangi ku namun aku sendiri yang tak mempedulikannya dan membalas cintanya.


Pertama kali aku berjumpa dengan istiqomah,sungguh menarik dan romantik penampilannya.Hari-hai dia datang menjengukku dan menuturkan kata-kata kasih dan sayang serta syurga Allah swt yang terindah.Pengaruh dunia telah menjauhkan istiqomah dengan diriku lantaran pujuk rayu syaitan yang menyesatkan.



Syaitan selalu membisikkan dalam hatiku supaya menjauhkan diri daripada istiqomah.Aku dengan jiwa yang lemah menuruti apa saja yang syaitan katakan.Oh..sungguh malu aku pada istiqomah.

Istiqomah…datanglah padaku kerana aku sungguh merindui dan sentiasa ingin bersama-sama denganmu.Setiap pagi sebelum subuh aku ingin kau dekatiku dengan solah sunah tahajjud.Seterusnya solah qabliyyah subuh dan solah fardhu subuh berjamaah.



Istiqomah…hadirlah dalam diriku.Selepas subuh,datanglah padaku dengan zikir mathurat dan tilawah al-quran.Di kala matahari tinggi sedikit,hadirkan dirimu istiqomah dengan solah sunat dhuha dan doanya yang sangat bermakna buat diriku.

Akhirnya istiqomah…datanglah padaku tiap kali masuk waktu solah fardhu dengan permulaan solat sunat qabliyyah zohor,asar,maghrib dan ishak serta selepasnya(ba’diyyah) dengan solah sunat zohor,maghrib dan ishak.



Wahai istiqomah,aku mengharapkan jalinan yang kita bina ini mampu mengangkat diriku ditempat tertinggi disisi Allah swt.insyaAllah…=)


Nukilan:Ustaz Hafizaidi/syabab ad-din



 http://www.al-hafizaidi.blogspot.com/











2 comments:

Hardy Boy said...

Info yg menarik... (^_^)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Ibnu Mas`ud telah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda.`Tidaklah seseorang dari kamu akan ditanya mengenai dirinya melainkan AlQuran. Maka jika seseorang itu kasih akan AlQuran, maka sesungguhnya dia kasihkan Allah dan jika dia menggenggam AlQuran, maka sesungguhnya dia telah menggenggam Allah dan RasulNya` petikan dari AlFurqan diantara pimpinan ArRahman dan pimpinan Syaitan oleh Ibnu Tamiah.
Insyaallah, beristiqomah jugalah dengan AlQuran selain ibadah2 khusus kerana ia merupakan peringatan hidup kita sepanjang zaman! Wallahualam.